Bab 17

Romance Completed 63103

Hana Hanida meluru masuk ke dalam rumah sejurus Hakimie menaikkan brek kereta.
Kakinya pantas masuk ke dalam bilik.

Hakimie cuba membuka pintu tetapi berkunci.
"Hana...abang minta maaf...abang niat nak bergurau je..." Hakimie mengetuk pintu berkali.
"Hana..."

Hana Hanida terus merebahkan tubuhnya diatas katil.
"Biarkan dia tidur kat luar..." marah Hana Hanida.
Nasib baik aku tak ada sakit jantung.
Tapi dia tahu ke aku jumpa Amru..?
"Haaah..biarkan lah.." Hana Hanida melelapkan matanya.

...

Hana Hanida tersedar dari lenanya.
Tangannya mencapai jam tangan diatas meja.
"1 pagi...lamanya aku terlelap..."
Hana Hanida memandang disebelah.
"Mana dia ni..?" tanya Hana Hanida sendiri.
Rambut yang kusut tadi diikat sanggul siput.
Hana Hanida turun dari katil dan menuju ke pintu.

Hana Hanida menepuk dahinya apabila Hakimie lena bersandarkan dinding.
"Ya Allah...kenapa sampai tidur kat sini..boleh je tidur kat bilik sebelah.." kata Hana Hanida perlahan.
Hana Hanida masuk ke dalam biliknya semula dan menarik selimut ke luar.
"Nak angkat aku tak larat..." Hana Hanida menyelimutkan suaminya.
Perlahan Hana Hanida menyandarkan kepalanya dibahu Hakimie.

Sekali lagi Hana Hanida tersedar.
Tetapi kini dia berada diatas katil.
Bukan aku kat luar ke tadi.
Hana Hanida memandang di hadapannya.
"Dah subuh rupanya..."
Hakimie menadah tangannya memohon doa daripada Yang Maha Esa.

"Ya Allah...kau ampunkanlah dosa aku..dosa isteri ku..dosa ibubapa ku...dosa mertua ku serta dosa dosa orang yang aku sayang...dan jika kau izinkan...kurniakanlah aku dan isteri ku zuriat yang cerdik dan soleh..."
Menitis air mata Hana Hanida mendengar doa suaminya.
Hakimie begitu berharap agar dikurniakan zuriat.
Perlahan Hana Hanida mendekati Hakimie.
Hana Hanida membaringkan kepalanya diatas paha suaminya. Hakimie yang mulanya terkejut membiarkan sahaja.
"Kenapa..?"
Hana Hanida hanya mendiamkan dirinya.
Tangan Hakimie membelai rambut Hana Hanida yang ikal mayang.
"Abang nak minta maaf pasal semalam...abang nak bergurau je..tak sangka pula sampai jadi macam ni.."
"Tak apa...saya dah maafkan...abang lain kali jangan buat macam tu.."
"Ya...semalam jumpa siapa..?"
"Ermm kawan.."
"Lelaki..?" tanya Hakimie.
Hana Hanida menganggukkan kepalanya perlahan.
"Dia kawan dari zaman sekolah...nak tanya khabar...tapi sepatutnya Wada ada sekali...nak buat macam mana Wada ada hal..tu yang jumpa berdua je.."
"Dia tak ada buat apa apa kan...? Dan Hana tak ada sorokkan apa apa dari abang kan..?"
Baik aku jangan cakap pasal Amru yang dia luahkan perasaannya pada aku.
"Tak ada..." Hana Hanida mengesat air matanya.
"Hana nangis ke..?"
"Tak ada lah..mata masuk habuk.."

2 bulan kemudian....

"Final exam ni...buat betul betul.." kata Syuhadah.
"Saya doakan kita bertiga dapat keputusan yang cemerlang..." kata Ain.
"Aaminnn..."

"Wei...aku tahu ni bukan topik belajar...bulan lepas aku lupa nak tanya...macam mana kau habiskan cuti pertengahan semester...?" tanya Syuhadah.
"Aku duduk kat rumah mertua aku..suami aku tak ada.."
"Haih..?! Kenapa..?"
"Khusus..."
"Ha'ah...aku lupa pula..kan semua pensyarah ada khusus serentak..."
Hana Hanida hanya mengeluh.

Hana Hanida dan Syuhadah berjalan menuju kearah dewan peperiksaan.
"Cek..ada barang tertinggal tak..." kata Syuhadah.
Hana Hanida memeriksa begnya.
"Bekas pensil...botol air ada..."
Tangannya merasa sesuatu yang hilang dibahagian leher.
"Kad matrik aku..Wada kad matrik aku tertinggal.." kata Hana Hanida panik.
"Kau tertinggal kat mana..?"
"Aku lupa.."
"Wada..." jerit Ain yang menjengah dari dalam dewan.
"Exam nak start.. "
"Macam mana ni..?"

"Hana..." Hana Hanida menoleh ke belakang.
Hakimie berjalan mendekati Hana Hanida yang panik.
"Aku masuk dulu.." kata Syuhadah dan meninggalkan Hana Hanida.
"Kenapa tak masuk dewan lagi..?" tanya Hakimie.
"Kad matrik tertinggal.."
"Macam mana boleh tertinggal..?" tanya Hakimie.
"Tak tahu..macam mana ni..?"
Hakimie menyeluk poket kemejanya dan mengeluarkan sesuatu.
Bulat mata Hana Hanida dan terus memeluk Hakimie.
"Terima kasih...abanglah penyelamat saya.."
Hana Hanida meleraikan pelukannya.
Hakimie menyarung kad matrik dileher isterinya.
"Lain kali jangan lupa...nasib baik abang nampak..awak tertinggal kad ni dalam kereta.." kata Hakimie sambil mencuit hidung Hana Hanida.
"Okay..." Hana Hanida berlari masuk kedalam dewan.
Hakimie tersenyum dan terus berlalu pergi.
"Kau permudahkanlah peperiksaan isteri ku.." doa Hakimie.

Ika yang dari tadi berdiri disebalik dinding terkejut.
"Isteri...?"

...

Ika menghempas beg nya diatas meja.
"Isteri..? Prof Hakimie dah kahwin..?" sakit hati tadi apabila melihat mereka berpelukan.
"Bunyi apa tu..?" tegur Wany dari dalam bilik air.
"Aku..."
"Okay.."
"Aku kena buat sesuatu...aku kena pisahkan diaorang walau apapun yang terjadi..."
Kalau aku tak dapat Prof Hakimie orang lain pun tak akan dapat.
Teringat ketika dirinya berada di pertengahan semester satu.

"Saya suka prof.." merah padam wajah Ika.
"Saya pun suka awak tapi sebagai seorang pelajar.." kata Hakimie sambil menandakan latihan pelajarnya.
"Tapi saya suka prof lebih dari tu.." Hakimie memandang Ika.
"Awak masih lagi belajar...saya tak mahu awak hilang fokus.."
"Tapi.."
"Saya tak dapat terima awak..maaf..."
"Tak mengapalah.." Ika keluar dari rungan pensyarah dengan hati yang kecewa.
"Tak apa...aku tetap akan tunggu dia.."

...

"Macam mana exam tadi..?" tanya Hakimie.
"Okay.."
"Okay je..?"
"Okay je lah.." kata Hana Hanida.
"Jangan okay je...saya nak subjek saya awak skor A...jangan jadi macam middle test...satu point awak hilang turun jadi gred B.." kata Hakimie.
"Ya saya tahu..."
"Minggu hadapan dah start cuti kan...?"
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Nak pergi mana mana tak..?"
Hana Hanida memandang Hakimie.
"Means..?"
"Nak habiskan cuti semester...kan sebulan cuti.."
"Abang cuti sekali..?"
Hakimie menganggukkan kepalanya.
"Awal awal abang dah apply cuti..nasib baik pengarah U memahami.."
"Pengarah U...? Dia tahu ke..?"
"Tahu lah sayang...abang dengan dia tak boleh ada rahsia lagi lagi pasal kahwin dengan student sendiri.." Hakimie tergelak sedikit.
"Okay...so nak bercuti kat mana...?"
"Kat mana mana je.."
"Walaupun luar negara..?"
"Ya sayang..."
"Okay..kalau macam tu kita pergi Langkawi je lah.." kata Hana Hanida.
"Haih...ingat kan nak pergi luar negara..."
"Jauh sangatlah...dalam Malaysia tak habis teroka lagi.." kata Hana Hanida.
Hakimie hanya mengukir senyum.

...

"Kau okay tak..? Aku tengok muka kau pucat je.." tegur Syuhadah.
"Aku okay..." Hana Hanida mengeluh.
"Malam ni kau jadi pergikan...?"
"Jadi...alah makan makan je...takkan aku tak pergi..lagipun Aisha nak pindah kan.." kata Hana Hanida sambil mengurut kepalanya dengan minyak angin.
"Tapi kalau kau tak larat jangan pergi kalau jadi apa apa...aku yang susah nanti..."
"Tengoklah nanti..."

Pak Kasim sedang meneliti buku catatan pelajar keluar asrama.
Hana Hanida yang lemah berjalan lerlahan menuju ke bangku berdekatan bilik pengawal.
Sesekali terberhenti langkahnya kerana rasa macam muntah namun ditahan.
Pak Kasim yang tersedar kehadiran Hana Hanida berlari kearahnya.
"Mari Pak Kasim tolong.." Pak Kasim mengambil beg pakaian dari tangan Hana Hanida.
"Terima kasih Pak Kasim.."
"Sama sama...Pak Kasim nampak kamu macam sakit je.."
"Pening sikit Pak Kasim...rasa nak muntah pun ada juga.."
"Jangan lupa makan ubat...nanti takut melarat pula..."

...

"Syuhadah tolong jagakan Hana ni..risau saya.."
"Ya...saya jagakan.."

Rasa sakit kepala semakin menjadi jadi.
Tambah pula suasana bising.
"Kau okay tak...?" tanya Amru.
"Aku okay..."
Syuhadah mendekati Hana Hanida.
"Kau kalau tak okay..aku boleh telefon dia suruh ambil kau balik.." bisik Syuhadah.
"Aku okay...jangan risau.."
Hana Hanida bangun untuk mengambil minumam di meja.
Ketika Hana Hanida semakin menghampiri meja tersebut...tiba tiba bahunya dilanggar.
Hana Hanida hilang keseimbangan lalu jatuh terduduk diatas lantai.
"Hana..." Syuhadah dan Amru berlari mendapatkan sahabatnya.
"Kepala sakit sangat ni..."
"Aku call prof.." Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
Amru pelik.
"Kenapa kau call prof pula..?"
"Kau diamlah..tolong aku angkat Hana ni..biar dia duduk atas kerusi..aku nak call ni.."
Walaupun Amru masih lagi keliru tetapi Amru menurut sahaja kata kata Syuhadah.
"Dia suruh hantar kau kat hospital nanti dia datang...Amru tolong aku papah Hana.." kata Syuhadah.
"Okay.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience