Bab 18

Romance Completed 63103

Laju kaki Hakimie berlari mencari wad Hana Hanida.
"Aku dah cakap tadi...jangan pergi..dah tahu diri tu sakit.." bebel Hakimie sendiri.

"Keluarga Hana Hanida...?" tanya doktor.
"Kami kawan dia..." kata Syuhadah.
"Maaf saya mahu bincang dengan keluarga pesakit sahaja.."
"Kalau kawan pun tak boleh ke..?" tanya Amru.
Doktor itu menggelengkan kepalanya.
"Macam mana Wada.. bonda Hana dengan Kak Hanum tak ada.." Amru risau.
Syuhadah mengigit kukunya.
"Syuhadah...!!" jerit Hakimie yang tercungap cungap.
"Prof..."
"Prof kenapa prof ada kat sini..?" tanya Amru.
"Hana mana...?" tanya

"Maaf encik siapa...?" tanya doktor.
"Saya suami Hana Hanida..." kata Hakimie.
Amru terkejut dan memandang Syuhadah yang kelihatan tidak terkejut.
"Macam mana isteri saya...?" tanya Hakimie panik.
Takut berlaku sesuatu yang tidak diingininya.

"Buat masa ni Alhamdulillah..puan Hana Hanida tiada apa apa masalah...tapi jika ada berlaku sebarang hentakan atau isteri encik jatuh..saya tak dapat jamin keselamatan isteri encik dan kandungannya..." terang doktor.
"Kandungan...?" tanya Hakimie pelik.
Syuhadah dan Amru turut sama terkejut.
"Encik tak tahu...?"
Hakimie mengelengkan kepalanya.
"Isteri encik mengandung..dan kandungannya hampir masuk sebulan..."
Hakimie tidak dapat menyembunyikan senyumannya.
"Kalau ada apa apa nanti panggil saya.." kata doktor itu dan berlalu pergi.

Hakimie meluru masuk ke dalam wad Hana Hanida.
Amru yang ingin masuk melawat Hana Hanida tetapi tangannya ditarik.
"Kenapa..?"
"Biar suami...maksud aku prof temankan Hana dulu..esok baru kita lawat dia.." kata Syuhadah.
Amru menggigit bibirnya dan memandang pintu wad yang tertutup dihadapannya.
"Dan kau kena cerita kat aku..apa yang dah jadi dan kenapa Hana kahwin tanpa pengetahuan aku.." kata Amru.

"Patutlah selalu sakit kepala dan muntah muntah..." Hakimie memandang Hana Hannida yang belum sedarkan diri.
Ya Allah terima kasih...kau makbulkan doa ku..aku berjanji yang aku akan menjaga amanah ini sebaik mungkin.
Tangan Hana Hanida digenggam erat.
Tangan Hakimie menghusap kepala isterinya beberapa kali.

Hana Hanida tersedar.
Terasa tangannya digenggam sesuatu.
"Abang..." Hakimie terlena di sisinya.
Hana Hanida merenung wajah suaminya.
Lalu mengukir senyum.
Hana Hanida mengusap kepala Hakimie.
Dirinya terfikir.
"Kenapa aku masuk hospital pula ni..?"
Hana Hanida cuba mengingati apa uang berlaku semalam.
Ketika ambil makanan ada orang langgar bahu..kemudian jatuh...sakit...Wada datang tolong.
"Mungkin tu kot.."
"Hana..." Hakimie tersedar.
"Sorry abang terbangun sebab saya ke..?"
"Tak sayang.." Hakimie menghusap pipi Hana Hanida.
Hana Hanida memandang suaminya yang tersenyum.
"Kenapa abang senyum macam tu..?"
Hakimie bangun dan terus memeluk Hana Hanida yang kebingungan.
"Terima kasih..."
Hana Hanida mengerutkan keningnya.
Kenapa dengan suami aku ni..?

Hakimie meleraikan pelukan dan menguncup dahi isternya.
"Abang..?"
Tangan kanan Hakimie menghusap perut Hana Hanida yang masih kempis namun ada nyawa didalamnya.
"There is a baby inside..."
Hana Hanida memandang Hakimie.
"Baby..? Baby..!?"
Hakimie menganggukan kepalanya.
Hakimie memeluk Hana Hanida sekali lagi.
"Alhamdulillah..."
Ya Allah....terima kasih kau makbulkan doa suami ku.

Hari ini Hana Hanida boleh keluar dari hospital atas nasihat doktor.
Hakimie memimpin Hana Hanida dengan berhati hati.
"Abang..saya boleh jalan sendiri..."
"Abang tahu...tapi doktor kata sayang kena hati hati.."
Over proctective betul lah suami aku ni.

Dalam kereta...

"Nak makan apa apa tak..?"
"Tak nak...tadi kat hospital dah makan sebelum abang datang..." kata Hana Hanida.
"Betul tak anak makan...?"
"Betul...tapi kan..."
"Tapi apa...?"
"Tak ada apa apalah..."
"Nak apa...beritahu abang..."
"Nanti lah..kat rumah..."

Hakimie masuk kedalam rumah bersama Hana Hanida.
Hana Hanida duduk disofa sementara Hakimie mengangkat beg pakaian masuk ke dalam bilik.
Tiba tiba tangan rasa mengigil.
"Rasa macam nak makan pula..."
Hana Hanida berjalan ke dapur.
"Hana...?" panggil Hakimie.
"Ermmm..."
"Buat apa kat dapur ni..?" tanya Hakimie.
Hana Hanida membuka peti sejuk.
"Lapar..."
"Sayang nak makan apa..?"
"Apa apa je...janji abang yang masak.."
"Masak...?" Hakimie memandang barang barang dapur.
"Okay..kita makan sup ayam.."
"Tak nak...nak makan sambal ayam.."
"Tapi sambal yang abang buat tu pedas..ingat tak dulu abang masak sambal ayam lepas je makan sayang asyik ke toilet je..."
"Abang maniskan lah sambal tu.."
"Okay..abang cuba..tapi kalau pedas sikit tak apa kan...?" tanya Hakimie.
"Tak apa..."

Hana Hanida kagum dengan skill memasak Hakimie.
Dari cara memotong bawang hingga ditumis cili di dalam kuali.
"Kenapa pandang abang macam tu..?" tanya Hakimie yang menoleh disebelahnya.
"Tak ada apa apa lah...Hana rasa beruntung dapat suami yang pandai masak..." kata Hana Hanida.
"Abang mula masak sejak umur 13 tahun...sebab ummi kan lambat balik dari kerja...so abang masaklah apa yang ada kat dapur.. "
"Hana teringin juga nak masak..."
"Nanti abang ajar Hana macam mana nak masak..."
Hana Hanida hanya memerhati Hakimie masak.
Kemudian tangannya bergeser dengan pisau.
Tangannya terluka kecil.
"Darah..." bisik Hana Hanida.
"Apa...?"
"Darah...tangan terluka lah.." kata Hana Hanida dan menayangkan tangannya yang terluka dihadapan muka Hakimie.
"Darah..?!" tangan Hakimie pasti mencapai plaster di kabinet.
"Tangan suka betul merayau..."
Hana Hanida memuncungkan bibirnya.
Hakimie terus mengucup bibir isterinya.
Berkelip kelip mata Hana Hanida.
"Apa lah abang ni.." Hana Hanida menepuk dada bidang Hakimie.
"Bukan selalu kan dapat kiss...free tau abang bagi bukan berbayar.." kata Hakimie.

Hana Hanida melentokkan kepalanya dibahu Hakimie sambil menonton televisyen.
Hana Hanida makan ais krim strawberi yang masam.
"Abang ingat sayang makan ais krim coklat.."
"Tetiba nak makan ais krim strawberi..muak lah asyik makan ais krim coklat je.."
Tangan kanan Hakimie diangkat dan mendarat di bahu kanan Hana Hanida.
Kepala Hana Hanida tersandar didada Hakimie.
Hakimie menguncup kepala Hana Hanida.

Habiskan masa cuti kat rumah pun tiada apa apa masalah.
Rasa hubungan semakin erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience