Bab 1

Romance Completed 63084

"Bangun lah...anak bertuah betul...Hana Hanida bangun..." pagi pagi lagi binda sudah menjerit.
Hana Hanida mengeliat malas.
"Pukul berapa ni..?"
"Dah pukul 7...kau nak berlingkar lagi atas katil.." Bonda menyelak langsir.

"Baru pukul tujuh..ambil result pukul 9..lama lagi lah bonda..bagilah Hana lelap lagi..5 minit je.." Hana Hanida menarik selimutnya semula.
"Suka hatilah..tadi dah solat subuh ke belum..?" tanya Bonda.
"Sudah bonda ku sayang..sebab tu Hana mengatuk lagi ni..."

Di sekolah...

Jantung Hana Hanida berdebar debar..menunggu keputusan SPM.
Tangan yang sejuk digenggam Syuhadah.
Sahabat baik sejak kecil.
"Macam mana agaknya result aku..?" tanya Hana Hanida.
"Result kau okay..In Shaa Allah.." kata Syuhadah.
"Hana..." Hana Hanida menoleh.
"Eh...Amru..kau punya result macam mana..?" tanya Hana Hanida.
"Biasa biasa je...kau bila lagi..?"
"Tengah tunggu nama ni...lama aku tunggu kat sini..." kata Hana Hanida.
"Hana Hanida.."
"Nama kau tu..masuklah.." kata Amru.
"Masuk...baca doa.." kata Syuhadah.
"Okay.." dengan langkah yang ringan Hana Hanida masuk ke dalam pejabat.

Hana Hanida keluar dari pejabat.
Langkahnya perlahan.
"Macam mana...? Result..?" tanya Syuhadah.
Hana Hanida memeluk Syuhadah.
"Hana..?"
"Aku dapat 10 A.." Hana Hanida menangis kegembiraan.
"Alhamdulillah...nak tengok.." Hana Hanida menghulurkan slip SPM kepada Syuhadah.
"Wahhh...aku macam tak percaya...English yang kau benci..cemerlang.." kata Syuhadah.
"Kan..aku pun terkejut.."

...

"Alhamdulillah..." bonda memeluk anak bongsunya.
"Lepas ni nak buat apa...result cemerlang ni.." tanya Hanum.
"Sambung belajar rasanya...macam kakak.." kata Hana Hanida.
"Bonda kejap lagi Hana nak keluar...jumpa Syuhadah boleh kan..?"
"Pergilah.."

"Macam mana bonda nak beritahu Hana..?" tanya Hanum risau.
"Bonda kena beritahu juga...dan Hana kena terima..."

13 tahun yang lalu...

"Macam mana ni bang...Hana tengah tenat ni..?" Bonda menggoyang goyang tangan suaminya.
"Kejap lagi kawan abang sampai.."
"Rusli.."
"Tu dah sampai.."

"Macam mana doktor anak saya...?" tanya bonda.
"Alhamdulillah...anak puan selamat..tapi buat masa ni anak puan kena berehat dulu.." kata doktor yang bertugas lalu beredar pergi.
"Terima kasih.."
"Kalau kau tak ada...aku tak tahu nak buat apa...kos perubatan terlalu tinggi.." kata ayah.
"Tidak mengapa...kau tu kawan aku..tak salah kalau aku tolong kawan sendiri.."
"Tapi macam mana kami nak bayar balik..?" tanya bonda.
"Beri kami masa dulu untuk kami fikirkan.."

"Macam ni...kalau kamu setuju...kami nak minang anak kamu bila anak kamu capai umur 18 tahun.."
Ayah dan bonda terkejut.
"Tapi..."
"Kalau encik dengan puan setuju dengan syarat kami...kami anggap hutang tu selesai..." tambah Puan Elrina.
"Anak kau umur berapa..? maksud aku jarak umur.." tanya ayah.
"Kalau anak kau 5 tahun...jarak 8 tahun rasanya.."
Ayah memandang wajah isterinya yang memandang bawah.
Dengan hati yang berat...
"Kami setuju.."

...

"Hachhhhuuummmm..." Hana Hanida menggosok hidungnya.
"Kau demam ke..?" tanya Syuhadah.
"Tak ada lah...ada orang sebut nama aku kot.." kata Hana Hanida.

"Kau agak kau nak sambung kat mana..?" tanya Syuhadah.
Hana Hanida menyuap kek ke dalam mulutnya.
"Aku tak kisah...universiti boleh..kolej boleh kat mana mana je.."
"Aku ada apply UM..." kata Syuhadah.
"Ya ke..? kenapa tak ajak aku..?"
"Apply je..belum tentu aku dapat.." kata Syuhadah.
"Hermmm..."

"Assalammualaikum...bonda kenapa banyak kereta kat luar rumah..?" tanya Hana Hanida sambil menanggalkan kasutnya.
Hana Hanida terkejut.
"Ramainya.." kata hatinya.

"Ni Hana...dah besar anak kamu ni.."
Hana Hanida menyalam tangan Puan Elrina.
"Siapa ni bonda..? kenapa ramai orang kat rumah ni..?" bisik Hana Hanida.
Bonda menarik tangan Hana Hanida agar duduk disebelahnya.
"Hakimie tak datang ke..?" tanya bonda.
"Tak...dia ada kelas tuisyen.."
"Hana dah ambil SPM kan..?" tanya Puan Elrina.
Hana Hanida hanya menganggukkan kepalanya.
"Jadi..boleh kan kita bincang.." kata Puan Elrina.
"Maaf kalau saya menyampuk..bonda dengan makcik nak bincang pasal apa..?"
"Jangan panggil makcik..panggil ummi je pasal perkahwinan kamulah.."
Hana Hanida terkejut lalu memandang bondanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience