Bab 2

Romance Completed 63084

"Bonda..Hana baru lepas SPM...lepas ni nak sambung belajar...macam mana Hana kena kahwin pulak ni.." marah Hana.
"Maafkan bonda..bonda pun tak mahu Hana kahwin..tapi bonda terpaksa.."
"Terpaksa...?" kata Hana Hanida.
Bonda mengalirkan air mata.
"Bonda sebenarnya ada..."

Hana Hanida memeluk bondanya.
"Maafkan Hana bonda...sebab Hana bonda dengan arwah ayah kena tanggung semua ni.."
"Bonda minta maaf...tapi kalau Hana tak mahu bonda boleh merayu pada dia..suruh dia fikirkan cara lain..."
"Tak apa lah bonda...kalau ni saja cara yang ada...Han..Hana terima.."
Bonda memandang anak bongsunya.
"Betul ni..?"
"Hana tak nak bonda bayar guna duit..kos tu kan tinggi...Hana tak suka tengok bonda berhutang..."
Bonda memeluk anaknya erat.

Hampir tersedak dibuatnya.
"Kau kena kahwin..?!" jerit Syuhadah.
"Ya..aku terpaksa kahwin.."
"Serius...? Kau baru je ambil result hari tu..umur kau baru 18..." kata Syuhadah.
"Tapi bonda yang nak aku kahwin.."
Syuhadah memandang Hana Hanida yang sudah menunduk.
"Kalau bonda kau yang suruh kau kena ikut...aku sebenarnya nak kau bantah tapi dah kau mention nama bonda aku tak boleh nak buat apa..." kata Syuhadah.

"Ummi dah jumpa bakal isteri kamu.." kata Puan Elrina.
"Dah jumpa..? cepatnya.." kata Hakimie.
Hakimie membetulkan tali lehernya.
"Mesti..."
"Ummi betulkan.."
Puan Elrina merapati anak bujangnya.
Tali leher dipintal ke belakang.
"Nanti kalau kamu dah kahwin bakal isteri kamu yang akan pintalkan tali leher ni untuk kamu.." kata Puab Elrina.
"Tu pun kalau dia nak pintalkan...kan ummi kata dia tu baru lepas SPM.."
"Jangan cakap macam tu..In Shaa Allah dialah pilihan terbaik buar kamu.."
"Baiklah ummi...Hakimie dah lambat.."
Tangan tua Puan Elrina dicium.

2 minggu kemudian...

Hana Hanida hanya mengikut Puan Elrina dari belakang.
Gaun gaun pengantin diselak satu persatu tetapi tiada yang berkenan.

"Hana...ummi berkenan yang ni.." Puan Elrina menunjukkan gaun pengantin muslimah berwarna putih krim kepada Hana Hanida.
"Cantik.."
"Kan...ummi rasa Hana sesuai pakai ni.."

"Banyaknya shopping..." tegur Hanum.
"Hana tak ada mood kak...penat.." Hana Hanida berbaring diatas sofa.
"Betul Hana dah fikir masak masak..?" tanya Hanum.
"Rasanya dah kot...Hana pun tak tahu nak buat apa..takkan nak biarkan ummi tanggung seorang diri..." kata Hana Hanida.

"Hujung bulan ni...Hana dah jadi milik orang...tinggallah bonda sendiri.." kata bonda sedih.
Hana Hanida mencium tangan bonda.
"Bonda jangan cakap macam tu...Hana nanti balik jenguk bonda.."

"Ni bonda nak cakap...bukan senang jadi isteri orang..."
Hana Hanida memandang wajah bonda.
"Bila kamu kahwin kamu kena ikut semua cakap dia...tidak boleh bantah..macam kamu tak boleh lawan cakap bonda...sebab syurga kamu nanti dibawah kaki suami.."
"Tapi kalau Hana nak jemguk bonda boleh kan..?"
"Boleh..tapi kena minta izin suami..." Hana Hanida menunduk ke bawah.
"Macam mana kalau suami Hana tak bagi..?" tanya Hana Hanida.
"Tak boleh lah Hana jenguk bonda..."

"Ni hah bakal pengantin dah sampai.. macam mana persiapan..?" gurau Syuhadah.
"Ish..kau ni jangan nak perli aku.." Hana Hanida mengambil tempat dihadapan Syuhadah.
"Perli apanya..memang betul pun.." kata Syuhadah.
"Semua okay rasanya.."
"Haih..sedih je bunyi dia..patutnya kau happy yang jodoh kau dah sampai.."
"Tak kisah lah...ni aku nak beritahu..rahsiakan benda ni..." Syuhadah memandang Hana Hanida pelik.
"Rahsia..?"
"Aku tak nak kalau orang tahu yang aku ni berstatus kan isteri orang.."
"Patutnya kau bangga yang kau ni dah kahwin..dah jadi milik orang..ada orang yang bunjang sampai ke tua tahu.."
"Aku tahu...tolong lah..Wadah..kali ni je..rahsiakan...terutama sekali Amru.."

"Hah..bercakap pasal Amru...Amru kan suka kan kau..?"
"Sebab tu aku nak kau rahsiakan..Amru tu kan psiko sikit.."
"Ya lah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience