Bab 19

Romance Completed 63084

"So dah lama lah dia kahwin..."
Syuhadah menganggukkan kepalanya.
"Sejak bila...?" tanya Amru.
"2 minggu selepas ambil result SPM..." kata Syuhadah.
Amru menongkatkan dagunya.
"Kalau aku tahu aku tak luahkan perasaan aku pada dia..kenapa rahsia kan benda besar ni..?" tanya Amru lagi.
"Mulanya dia malu...sebab baru lepas SPM dah kena kahwin.."
"Buat apa nak malu...benda baik.."
"Aku tak tahu lah dia... kau okay tak..?"
"Aku okay...kalau dia bahagia aku pun bahagia.."
"Alah ramai lagi perempuan kat luar sana...pilih je.." kata Syuhadah.
"Ha'ah kan.."
Syuhadah menganggukkan kepalanya.

"Kau ada boyfriend tak..?" Syuhadah terkejut.

...

"Study macam mana..?"
"Tangguhkan dulu..."
"Boleh ke tangguhkan study..?" tanya Hana Hanida risau.
"Boleh...nanti minta surat cuti dari doktor.."

"Lepas ni aku nak cari buku..." kata Wany.
Ika memutar stereng kereta ke kiri.
"Nanti kau ambil lesen kereta...tak ada lah menyusahkan aku.."
"Macam tak ikhlas ke tolong aku..?" perli Wany.
"Ikhlas..tapi jauh.."
"Boleh pula ikhlas tu jauh ke dekat ea.." gelak Wany.
Ika tergelak.

Namun matanya terpandang sesuatu di tepi jalan.
"Hana Hanida..." bisik Ika.
"Apa kau cakap..?"
"Tak ada apa apa..."
Aku tak boleh biarkan dia hidup.
Wany disebelah sedang meneliti senarai buku di dalam telefonnya.
Ika mengenggam stereng kereta.

Hana Hanida menunggu Hakimie di tepi jalan.
"Masa ni pula lah dia nak pergi tandas.. "
Hana Hanida memandang di sekitarnya.
Tetapi matanya terpandang sebuah kedai kecil diseberang jalan.
"Ada jual jeruk lah.." rasa terliur pula.
Hana Hanida memandang kiri dan kanan kemudian dia melintas.
Hakimie mencari isternya.
"Ya Allah..dia melintas tanpa aku.." Hakimie berjalan ke arah Hana Hanida.

"Kalau aku tak dapat prof..kau pun tak boleh dapat..." laju Ika menekan pedal minyak.
Wany terkejut.
"Ika kau nak buat apa ni..? Ika ada orang lah kat depan.." jerit Wany.
"Kau diam...!!!"

"Alamak...jatuh pula.." Hana Hanida membonggok ditengah jalan untuk mengutip duit syiling yang terjatuh.
Hakimie berlari mendapatkan Hana Hanida apabila terlihat sebuah kereta yang meluncur laju ke arah Hana Hanida.
"Hana...!!"

"Matilah kau..."
"Ehh..Ika kau gila...."

"Abang..." Hana Hanida memandang Hakimie yang berlari kearahnya.
Kemudian memandang sebuah kereta dihadapannya.
Hakimie terus memeluk Hana Hanida.

"Prof..." Ika terkejut dan menekan brek kecemasan.
Sikit lagi terkena tubuh mereka berdua.
Ika memejamkan matanya.
"Ika kau ni dah gila.." marah Wany.
Baru lah Ika sedar.
"Apa aku buat..?"
"Apa kau buat....kau hampir langgar orang tahu tak..kau ni nak jadi malaikat maut ke..?" marah Wany.

Nafas Hakimie tidak menentu...matanya memandang dibawah.
Hana Hanida masih lagi di dalam pelukannya.
Hakimie menghela nafas lega.
Matanya menjeling kearah kereta dibelakangnya.

"Kau ni kenapa Ika...kan ada orang kat depan tu..kau nak jadi malaikat maut ke apa..?" marah Wany.
Ika menjadi takut.
Wany memandang dihadapannya.
Patutlah dia berhenti...ada Profesor Hakimie rupanya.
"Kau jangan nak musnah kan kebahagiaan orang...kalau kau sayangkan Prof tu..kau kena lepaskan dia.." kata Wany.
Ika memandang wajah Wany dan segera memeluknya.
"Aku tak tahu apa yang aku buat tadi..aku betul betul menyesal.."
Wany menghusap belakang Ika.
"Kau kena minta maaf pada prof tu.."
Ika meleraikan pelukannya dan segera keluar dari kereta.

"Kamu berdua okay...?" kata salah seorang penunggang motosikal.
Hakimie menganggukkan kepalanya.
Tangan Hana Hanida menggigil ketakutan.
Hakimie membawa isterinya ke tepi jalan.

"Prof..." Hakimie menoleh.
"Ika..?" kemudian dia memandang kereta dibelakang Ika.
"Kenapa kamu nak langgar isteri saya..?"
"Saya tak sengaja...saya minta maaf..prof hukumlah saya..." kata Ika sambil melutut.
"Apa salah saya pada kamu..?" tanya Hakimie tenang.
Hakimie tidak mahu menyelesaikan masalah dalam keadaan marah.
Syukur isterinya tidak ada apa apa.
"Saya..saya tak tahu..saya betul betul minta maaf...saya sanggup buat apa saja.." rayu Ika.
Hakimie memandang isterinya yang sudah kembali okay.
"Janganlah hukum dia...dia kakak saudara saya.." kata Hana Hanida.
"Dan saya tahu...dia tak sengaja...betulkan kak Ika..."
Ika terkejut.
"Macam mana..?"
"Bonda ada tunjuk gambar akak pada saya..."
Ika memeluk Hana Hanida.
Tidak menyangka Hana Hanida ini berhati mulia.
"Tapi...saya kena buat sesuatu untuk jadi kan pengajaran dalam hidup saya..."
"Kalau gantung kuliah macam mana..?"
Hana Hanida menjeling suaminya.
"Saya sanggup...saya tahu perbuatan saya ni sudah melampaui batas..."
"Tapi..."
"Abang terpaksa..."
Hana Hanida menghela nafas panjang.

...

2 Tahun kemudian...

"Hana Hanida..." dengan langkah yang ringan Hana Hanida berjalan naik keatas pentas untuk mengambil sijilnya.
Menjadi graduan Universiti bukannya mudah.
Tambahan lagi ibu muda macam aku ni.
Perlu membahagikan masa antara anak,suami dan pelajaran.
Tapi aku lagi kagum dengan ibu ibu muda yang berjaya diluar sana.Terutamanya Bonda.
Ibu tunggal yang sanggup berpenat lelah mencari rezeki untuk membesarkan aku dan Kak Hanum setelah kehilangan suaminya iaitu Walid kami.
Kak Hanum sekarang sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya dan sekarang sedang hamil anaknya yang pertama.

Kak Ika...sejak kejadian yang hampir meragut nyawa aku dan kandungan ku...dia sekarang menabur baktinya sebagai seorang kaunselor di sebuah Universiti.
Cakap pasal kandungan...aku dikurniakan anak lelaki yang sihat dan diberi nama Hakim Naufal.
Kini sudah usia 2 tahun.
Dan aku ingin buat kejutan untuk suamiku yang tersayang.

"Ibu..." Hakim Naufal yang berkaki pendek terkedek kedek mendapatkan Hana Hanida.
Hana Hanida mendukung anaknya.
"Tahniah Hana.." kata Bonda.
Hanum yang sarat mengandung mendekati adiknya.
"Akak bangga ada adik macam kau.." kata Hanum.
Hana Hanida tersenyum.
Matanya mencari seaeorang.
"Cari Hakimie..?"
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Dia ada acara di Universiti lain..." kata bonda.
"Alah...kat rumah boleh jumpa kan.." perli Hanum.
Hana Hanida mencium pipi anaknya.

...

"Naufal mana..?" tanya Hana Hanida.
"Dah tidur..." Hakimie duduk disebelah isternya yang sedang membaca buku.
"Tadi ada acara apa...?"
"Acara biasa biasa je.."
Hana Hanida meneruskan pembacaannya.
Hakimie mencium pipi isternya.
"Wangi isteri abang hari ni.."
"Hari ni je...?"
"Hari lain wangi juga..."
Hana Hanida tersenyum.

Hakimie memandang buku yang dibaca oleh Hana Hanida.
"Baca buku apa..?"
"Buku hati awak..."
"Amboi..dah pandai pickup line..." kata Hakimie.
"Tak ada lah...buku pasal kehamilan..."
"Kehamilan...? Kan Naufal sudah 2 tahun dah..kenapa nak baca buku ni lagi.."
Hana Hanida meletakkan bukunya di atas meja.
Pandangannya teralih kearah suaminya yang kebingungan.
"Abang.."
Hana Hanida mengenggam tangan Hakimie.
Lalu tangan Hakimie dibawa ke perutnya.
"Kenapa...sakit perut ke..?"
Ya Allah...lambat loading betul lah suami aku ni...

Setelah cuba memahami maksud isternya...akhirnya dia faham.
Ada nyawa di dalam perut Hana Hanida.
"Serius..?" Hakimie tidak dapat menahan senyum.
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
Hakimie menarik Hana Hanida ke dakapannya.
"Terima kasih...terima kasih sangat sangat.."
"Kandungan ni baru masuk 2 minggu.."
"Alhamdulillah.." Hakimie mengucup bibir isternya.
"Abang sayang Hana..."
"Hana pun sayang abang juga..."

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience