BAB 20

Romance Completed 8432

Pagi-pagi lagi Nabella sudah datang ke rumah Haqimi dengan membawa nasi lemak yang dimasakkanya selepas subuh tadi. Hari ini tiba-tiba dia terasa mahu memasak nasi lemak untuk Haqimi dan Mia.

" Assalamualaikum " laung Nabella daripada luar rumah.

Beberapa minit selepas itu, pintu terbuka. Haqimi terpacul keluar daripada rumah.

" Waalaikumusalam " jawabnya. Langkah kaki diatur keluar merapati pagar.

" Ada apa? " soalnya. Suaranya kedengaran serius saja.

" Saya ada masakkan nasi lemak untuk awak dan Mia " mangkuk tingkat dihulurkan pada Haqimi.

Haqimi mengambil mangkuk tingkat yang dihulurkan oleh Nabella.

" Terima kasih. Lepas ni tak payahlah awak hantar makanan lagi. Saya boleh belikan makanan untuk Mia " .

Nabella terkedu mendengar Haqimi berkata begitu.

" Err kenapa? " .

" Saya tak nak menyusahkan sesiapa. Lagipun saya boleh bagi Mia makan. Sebelum saya jumpa awak pun, boleh jer saya bagi Mia tu makan. Elok jer awak tengok kan " .

" Haq saya ikhlas nak bagi " .

" Takpa. Lepas ni tak payah hantar apa-apa lagi. And lagi satu lepas ni kalau boleh jauhkan diri daripada Mia ya. Saya tak nak nanti dia terus harapkan awak. Bila awak takda nanti, dia rasa kehilangan. Saya tak nak Mia rasa macam tu " .

Nabella hilang kata.

" Saya masuk dulu. Ingat apa yang saya cakap tadi " Haqimi terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Nabella ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.

" Aku ada buat salah ke? " Nabella tertanya-tanya sendiri.

Nabella terus keluar daripada rumah sebaik melihat Mia sedang bermain bola di hadapan rumah. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Mia. Lebih kurang seminggu juga dia tidak bertemu dengan Mia.

" Mia " panggilnya.

Mia terus berlari mendapatkan Nabella.

" Mama! " .

Dia juga rindu dengan Nabella. Tiap kali dia ingin pergi ke rumah Nabella, Haqimi menghalang. Katanya Nabella tiada di rumah.

" Hai sayang " Nabella mencangkung di hadapan Mia.

Mia memeluk erat tubuh Nabella.

" Mia rindu mama lah. Mana mama pergi? " soalnya.

" Mama pun rindu sangat dekat Mia. Mama tunggu jugak bila Mia nak datang, tapi takda pun " balas Nabella.

" Mia nak pergi rumah mama, tapi papa tak bagi Mia datang rumah mama " adu Mia.

Nabella terdiam seketika. Jadi benarlah tekaannya, memang Haqimi yang menghalang Mia daripada berjumpa dengannya. Atas alasan apa dia sendiri tidak tahu.

" Mia mari sini " panggil Haqimi yang baru keluar daripada rumah.

Mia menoleh.

" Mia nak jumpa mama kejap " balasnya.

" Balik sekarang. Papa nak pergi makan. Tadi cakap lapar kan " .

Mia membuat muka sedih.

" Takpalah Mia, Mia pergi makan dulu. Nanti datang semula rumah mama ya " Nabella cuba memujuk apabila Haqimi memandangnya dengan pandangan yang tidak senang.

Dalam terpaksa Mia menurut jua. Dia terus berlalu mendapatkan Haqimi setelah mengucapkan selamat tinggal pada Nabella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience