BAB 8

Romance Completed 8432

" Banyaknya umi masak malam ni. Along dengan angah balik ke? " soal Nabella.

" Taklah. Malam ni kita ada tetamu. Umi jemput jiran baru kita tu datang makan malam dengan kita " jawab Hajjah Esah.

Nabella mengangguk. Dia sudah faham benar dengan umi dan abahnya yang gemar menjemput jiran-jiran datang ke rumah untuk makan malam. Katanya lebih mengeratkan hubungan silaturahim.

" Nanti Bella join sekali ya " .

" Hmm yelah " .

" Bella nak naik atas sekejap ya. Belum solat maghrib lagi " .

" Haa iyalah. Pergi cepat solat. Nak habis waktu dah ni " gesa Hajjah Esah.

" Okay " Nabella terus melangkah ke tingkat atas.

Walaupun dia tidak bertudung dan agak sosial, dia masih menjaga solatnya. Haji Zainal pernah mengingatkannya solat adalah amal yang pertama sekali dikira berbanding amal yang lain.

" Assalamualaikum " .

Selepas isyak, Haqimi datang ke rumah Haji Zainal dan Hajjah Esah bersama dengan Mia.

" Waalaikumsalam. Haa dah sampai pun. Jemput masuk " pelawa Haji Zainal.

" Jom sayang " Haqimi menarik tangan Mia masuk ke dalam rumah.

" Makcik Esah mana pakcik? " soal Haqimi.

" Makcik kamu ada dekat dapur tu. Jomlah kita duduk dekat meja makan. Mesti cucu atuk ni lapar kan " pipi Mia dicubit perlahan.

Mia hanya tersenyum kecil. Haji Zainal membawa Haqimi dan Mia ke ruang makan mereka.

" Bella, tolong umi letakkan air ni dekat meja makan " arah Hajjah Esah.

Jug yang berisi sirap bandung dihulurkan pada Nabella. Tanpa membantah, Nabella mengambil jug itu dan membawanya ke ruang makan.

Langkah kakinya terhenti saat melihat tetamu yang berada di ruang makan.

" Mama! " Mia terus berlari mendapatkan Nabella.

Dia memeluk tubuh Nabella.

" Eh eh apa ni? " Nabella cuba menepis.

Haqimi bangun daripada kerusi dan mendapatkan Mia. Dia menarik tubuh Mia daripada terus memeluk Nabella.

" Maaf ya " ucap Haqimi.

" Nak mama " rayu Mia.

" Tu bukan mama sayang " pujuk Haqimi.

" Kenapa tu? " soal Haji Zainal.

" Mia ingat anak pakcik ni arwah mama dia. Sebab muka anak pakcik ni macam arwah mama dia " jelas Haqimi.

Haji Zainal mengangguk faham.

" Ohh kalau macam tu Mia boleh jer panggil kak Bella tu mama. Tak ada masalah pun " jawab Haji Zainal.

" Mana boleh papa. Bella muda lagi lah. Lagipun dia bukannya anak Bella" bidas Nabella. Dia menjeling ke arah Mia.

" Bella, jangan cakap macam tu. Tak baik " tegas kedengaran suara Haji Zainal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience