BAB 10

Romance Completed 8429

Haqimi tidak senang duduk memikirkan tentang Mia. Dia terpaksa outstation ke Perak esok hari jadi dia bingung mahu menghantar Mia di mana. Nak hantar dekat rumah mak dia? Memang tak lah mak dia nak terima Mia.

Dia bercadang ingin meminta pertolongan daripada Haji Zainal dan Hajjah Esah tapi dia takut jika menyusahkan mereka. Tambahan pula Nabella tidak sukakan Mia. Dia tidak mahu gadis itu tidak selesa dengan kehadiran Mia.

Tapi jika difikirkan semula, itu saja cara yang dia ada. Lebih selamat berbanding dia menghantar Mia ke rumah keluarganya. Bimbang jika apa-apa terjadi pada Mia jika dia menghantar Mia ke tempat lain. Tak tenang dibuatnya nanti.

Akhirnya setelah berfikir lama, Haqimi memutuskan untuk meminta pertolongan daripada Haji Zainal dan Hajjah Esah juga.

" Assalamualaikum " laung Haiqmi.

" Waalaikumsalam. Haa Haq rupanya" Hajjah Esah terus melangkah keluar daripada rumah.

" Pakcik mana? " soal Haqimi.

" Ohh pakcik pergi masjid. Ada ceramah. Belum balik lagi " jawab Hajjah Esah.

" Oh. Makcik sebenarnya, saya nak minta tolong sikit dengan makcik. Boleh tak? " .

" Boleh jer Haq. Tolong apa tu? Insya Allah kalau makcik boleh tolong, makcik tolong " .

" Sebenarnya macam ni makcik, esok saya kena pergi outstation ke Perak. Lewat malam baru balik. Boleh tak kalau saya nak minta tolong makcik jagakan Mia? Itupun kalau tak menyusahkan makcik " .

" Eh boleh sangat lah Haq. Makcik lagi suka kalau Mia ada. Riuh sikit rumah makcik. Haq jangan risau. Makcik boleh jaga Mia " .

Haqimi tersenyum lega.

" Betul ni makcik? Terima kasih banyak-banyak ya. Saya sendiri dah bingung nak hantar Mia dekat mana. Mujur ada makcik " .

" Tak ada apalah Haq. Lagipun makcik dah anggap kamu dengan Mia tu macam anak dan cucu makcik " .

" Maaf ya kalau saya susahkan makcik" .

" Tak adalah. Jangan fikir macam tu. Makcik okay jer. Esok, hantar jer Mia ke rumah makcik ya " .

" Okay makcik. Terima kasih sekali lagi ya " ucap Haqimi.

" Sama-sama Haq. Haq jangan risau lah ya soal Mia. Lepas ni kalau Haq outstation, Haq tak tahu nak hantar Mia dekat mana hantar jer dekat rumah makcik. Kita bukannya orang lain. Makcik anggap korang macam anak cucu makcik jugak " .

" Terima kasih banyak-banyak ya makcik " ucap Haqimi sekali lagi. Dia begitu bersyukur dapat jiran seperti Hajjah Esah dan Haji Zainal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience