BAB 13

Romance Completed 8429

Sewaktu Haqimi dan Mia hendak menyereberangi jalan, anak mata Haqimi menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang menunggang motorsikal tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Lelaki itu sedang mengekori rapat seorang gadis. Dan Haqimi rasa dia seperti kenal dengan gadis itu. Cuma wajah gadis itu tidak berapa kelihatan daripada jauh.

Tiba-tiba dia terdengar suara jeritan meminta tolong.

" Tolong! Tolong! " jerit gadis itu.

Betul tekaan Haqimi. Lelaki yang menunggang motorsikal tadi adalah seorang peragut.

" Jom Mia " Haqimi terus mendukung Mia dan berlari ke arah mereka.

" Kenapa tu papa? " soal Mia terpinga-pinga.

" Ada orang kena ragut. Kita kena tolong " jawab Haqimi.

" Papa baling dengan ni " Mia mencabut seliparnya dan dihulurkan pada Haqimi.

" Betul ni? Ni kan selipar favourite Mia? " soal Haqimi meminta kepastian.

Mia mengangguk mengiyakan. Tanpa menunggu lama, Haqimi terus membaling selipar milik Mia ke arah lelaki yang sedang menunggang motorsikal itu. Tepat balingan Haqimi. Selipar milik Mia terkena muka lelaki itu dan dia terus terjatuh daripada motorsikalnya.

" Yeay papa hero! " Mia bersorak gembira. Dia menepuk tangan.

Orang ramai mula mengerumuni peragut itu. Keadaan mula kecoh. Ada yang menghubungi polis dan tidak lama kemudian, polis datang. Peragut itu dibawa ke balai.

Haqimi menurunkan Mia dari dukunganya. Dia mengambil beg tangan yang diragut oleh peragut tadi. Beg tangan berjenama Gucci itu diambil dan dibawa ke mangsa ragut yang terduduk di tepi jalan itu.

" Ni beg tangan awak. Awak okay? " lembut Haqimi menyoal sambil menghulurkan tas tangan itu padanya.

Gadis itu mengangguk lemah. Dia masih tunduk.

" Ada luka ke? " soal Haqimi lagi.

Sebaik gadis itu mengangkat wajah, barulah Haqimi sedar itu ialah Nabella. Rupa-rupanya Nabella yang menjadi mangsa ragut tadi.

" Ya Allah Bella rupanya " .

Nabella juga sedikit terkejut melihat Haqimi dan Mia yang berada di situ.

" Kakak okay? " soal Mia.

Haqimi terpandangkan siku Nabella yang berdarah itu. Mungkin kerana terjatuh tadi.

" Siku awak luka tu. Saya bawa pergi klinik ya " tawar Haqimi.

" Takpalah saya okay. Terima kasih tolong " tolak Nabella.

Sebenarnya dia segan dengan Haqimi. Tak sangka lelaki itu sudi membantunya. Jika tidak kerana lelaki itu, pasti peragut tadi sudah terlepas.

" Jom lah Bella. Mana tahu kalau ada kecederaan dalam " pujuk Haqimi.

Nabella tidak membantah. Dia cuba untuk bangun tapi kakinya yang sakit menyukarkan pergerakannya.

" Saya tolong ya " Haqimi meminta izin terlebih dahulu.

Dia membantu Nabella bangun. Mia juga turut sama ingin membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience