BAB 7

Romance Completed 8429

" Lepas tu bapak dia datang bila budak tu menangis. Bapak dia cakap, mak dia dah meninggal. Budak tu ingat, aku ni mama dia " .

" Ya Allah kesiannya dia Bella " ujar Zafri simpati.

" Yang bapak dia tu pun satu, kenapalah tak jelaskan betul-betul dekat budak tu yang mak dia memang dah meninggal " .

" Bella, budak-budak ni susah nak faham. Dia tak macam kita. Dah lah janganlah marah macam ni. Budak tu tak salah pun. Kesian jugak dekat ayah budak tu. Ingat senang ke nak jaga seorang anak tanpa seorang ibu?" .

" Huh apa-apa jer lah Zaf " Nabella malas mahu melayan.

" Papa, Mia nak mama. Kenapa mama marah-marah Mia tadi? " soal Mia.

Haqimi sudah mati akal untuk menjawab. Sudah puas dia jelaskan pada Mia yang itu bukan mamanya. Cuma wajah gadis itu yang seiras dengan wajah arwah mamanya.

" Sayang, kan papa dah cakap tadi tu bukan mama. Mama Mia dah meninggal dunia. Mia pun dah tengok kan kubur diorang? Kakak tadi tu bukan mama Mia " .

" Tapi muka dia sama macam mama Mia " .

" Iya itu papa tahu. Tapi dia bukan mama Mia. Muka dia jer seiras dengan mama Mia " .

" Iya ke?Papa tak bohong? " .

" Iya sayang. Buat apa papa nak bohong? " .

" Tapi boleh tak kalau Mia nak panggil kakak tu mama? Boleh hilang rindu " .

Haqimi diam seketika. Daripada cara gadis itu dia sudah tahu yang gadis itu tidak selesa dengan Mia. Inikan pula nak panggil mama.

" Nanti papa cakap dengan kakak tu ya " .

" Okay papa! " Mia tersenyum lebar.

Haqimi sendiri tidak pasti gadis itu tinggal di mana. Kerana dia belum lagi mengenali jiran-jiran di situ. Hanya Haji Zainal dan Hajjah Esah saja dia baru kenal. Dia masih belum ada masa untuk berkenalan dengan jiran-jiran yang lain. Dia sendiri sibuk mengemas. Banyak benda perlu diuruskan.

Dia juga perlu uruskan tadika baru untuk Mia. Haqimi baru teringat siang tadi Haji Zainal ada datang ke rumahnya. Dia menjemput Haqimi datang ke rumahnya malam ini. Katanya mahu makan malam bersama. Sambil itu boleh dia kenal-kenal dengan lebih rapat.

" Mia, malam nanti kita pergi rumah atuk dan nenek ya " .

" Okay papa " jawab Mia.

Haji Zainal dan Hajjah Esah yang menyuruh Mia memanggilnya dengan panggilan atuk dan nenek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience