BAB 9

Romance Completed 8429

" Terima kasih ya pakcik, makcik sebab jamu saya dan anak saya makan malam ni. Sedap sangat makcik masak " ucap Haqimi.

" Sama-sama Haq. Bila-bila free, datang jer rumah kami ni " balas Hajjah Esah.

" Betul tu Haq. Datang jer. Jangan segan-segan. Anggap jer macam kami ni keluarga Haq " sampuk Haji Zainal pula.

" Terima banyak-banyak pakcik, makcik. Tak sangka dapat jiran macam pakcik dan makcik. Untungnya saya kan " Haqimi ketawa kecil.

" Maafkan pakcik ya pasal hal tadi tu. Bella tu memang sensitif sikit " pinta Haji Zainal.

Dia sendiri malu dengan Haqimi apabila Nabella bersikap agak kasar dengan Haqimi dan Mia.

" Eh takpa pakcik. Saya faham. Biasalah kan. Lagipun Bella tu muda lagi " .

" Makcik pun minta maaf ya Haq. Kesian Mia. Nanti makcik nasihatkan Bella tu " .

" Takpalah makcik. Haq tak ambil hati pun. Kalau orang lain pun mungkin akan buat benda yang sama " .

" Dah tertidur dah Mia " Hajjah Esah mengusap lembut rambut Mia yang sedang lena tidur dalam pangkuan Haqimi.

" Haa itulah. Penat sangat ni. Petang tadi dia tak tidur. Saya minta diri dulu ya makcik, pakcik " .

" Iyalah. Terima kasih jugak sebab sudi datang " .

Haqimi menganggukkan kepalanya. Sebaik dia bersalaman dengan Haji Zainal, dia melangkah pulang ke rumah.

Haqimi merenung wajah polos Mia yang sedang nyenyak tidur. Dia kesian dengan Mia. Kecil-kecil lagi sudah hilang kasih sayang seorang ayah dan ibu. Dia tidak dapat membayangkan jika tiada, pasti Mia senasib dengan kanak-kanak yang berada di rumah anak-anak yatim ketika ini.

Tiba-tiba dia teringatkan anak bongsu Haji Zainal dan Hajjah Esah. Sejujurnya dia tidak menyangka Nabella ialah anak pasangan itu. Sikap Nabella dan mereka bagai langit dengan bumi.

Namun dia faham, Nabella masih muda. Jiwa remajanya memberontak. Lagipun dia tidak menyalahkan Nabella jika gadis itu bersikap begitu. Mungkin kalau orang lain pun akan buat perkara yang sama.

Namun ada satu benda di dalam diri Nabella yang membuatkan Haqimi untuk terus mendekati gadis itu. Namun dia sedar, mana mungkin Nabella mahu mendekatinya. Ketika makan malam tadi, begitu jelas Nabella tidak senang dengan kehadirannya dengan Mia.

Lagipun mana ada gadis yang mahu menerima dirinya seikhlas hati apabila mendapat tahu dia menjaga Mia. Dia yakin Nabella pun sama seperti gadis-gadis yang pernah dia kenal selama ini. Haqimi redha jika tidak ada perempuan yang dapat menerima Mia. Dia sanggup terus membujang asalkan dapat menjaga Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience