BAB 11

Romance Completed 8432

Bunyi orang ketawa membuatkan Nabella terjaga daripada tidurnya. Dia turun ke tingkat bawah untuk melihat. Sempat dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 2 petang. Nasib baiklah dia cuti solat, kalau tak dah terbabas solatnya.

" Oi kau buat apa kat sini? " soal Nabella sebaik melihat Mia sedang duduk di hadapan televisyen.

Rupanya kanak-kanak kecil itu yang ketawa. Lucu sangat agaknya cerita kartun yang ditayangkan di televisyen itu.

Mia menoleh. Ketawanya terus mati. Dia hanya tunduk. Sejak peristiwa Nabella memarahinya kerana memanggil dia mama tempoh hari, Mia jadi takut apabila berhadapan dengan Nabella.

" Apa lagi yang kau nak ni ha? Sibuk betul. Takda rumah ke? " soal Nabella tegas.

" Bella, tak elok cakap macam tu dengan Mia " tegur Hajjah Esah yang baru keluar daripada dapur.

Nabella mencebikkan bibirnya.

" Apa budak kecik ni buat kat sini umi? Menyibuk jer. Dia takda rumah ke? " soalnya.

" Haq pergi outstation. Jadi dia minta tolong umi untuk jagakan Mia. Malam nanti dia balik, dia amik lah Mia " .

Ek eleh, kata orang kaya takkan nak cari pengasuh untuk anak sendiri pun tak mampu. Gumam Nabella dalam hati.

" Takda tempat lain ke dia nak hantar? Dia ingat umi ni pengasuh anak dia ke? " .

" Apa salahnya kalau umi jagakan Mia pun. Lagipun meriah lah sikit rumah ni. Ada Bella pun macam takda jer. Asyik berkurung dalam bilik jer " sempat Hajjah Esah memerli.

" Umi... " meleret suara Nabella.

Hajjah Esah menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tak faham kenapa anak bongsunya itu tidak suka sangat dengan Mia. Padahal kanak-kanak itu takda pun buat salah dengannya.

" Hai " sapa Mia pada Nabella yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu.

Nabella hanya membalas dengan renungan tajam.

" Mia nak kawan boleh tak? " pinta Mia.

" Tak boleh. Aku tak nak kawan dengan kau " balas Nabella.

Air muka Mia terus berubah. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

" Haa menangis-menangis. Itu jer lah yang kau tahu kan " .

Mia tunduk.

" Hei dengar sini ea budak kecik, aku tak suka tau kau ada kat sini. Pesan kat papa kau tu lain kali carikan pengasuh untuk kau. Takdalah susahkan umi aku nak jaga kau. Faham? " .

Mia terus berlari daripada situ meninggalkan Nabella. Nabella tersenyum sinis. Huh menyusahkan! Nak pergi mengadu dengan umi lah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience