BAB 2

Romance Completed 8429

Bunyi bising daripada rumah sebelah menganggu tidur lena Nabella.

" Ish siapa pulak yang memekak ni? " dia terus bangun daripada katil dan meninjau daripada tingkap biliknya.

Dia melihat rumah kosong di sebelah rumahnya penuh dengan perabot yang ingin dibawa masuk ke dalam rumah. Nabella mengeluh kasar.

" Hish time-time macam ni lah kau nak pindah kan. Aku nak tidur pun tak senang lah " rungutnya geram.

Nabella merebahkan semula badannya di atas katil. Dia menarik selimut menutup badannya. Namun baru saja dia ingin melelapkan mata, bunyi bising daripada sebelah muncul semula. Kali ini lagi kuat.

" Aduh dia bunyi balik! " Nabella mencampakkan selimutnya ke tepi.

Dia bangun dan berlalu keluar daripada bilik.

Nabella terus keluar daripada rumah.

" Ada apa tu umi? " soalnya pada Hajjah Esah yang sedang berdiri di hadapan rumah.

" Haa bangun pun anak dara ni. Ingatkan dah tak bernyawa lagi dalam bilik tu " sempat Hajjah Esah memerli.

" Umi ni, tak baik tau doakan macam tu dekat anak umi. Bella penat lah. Umi pun tahu kan Bella baru jer habis belajar. Bagilah Bella rehat " balasnya.

Hajjah Esah mencebik. Dia sudah lali dengan alasan daripada Nabella. Sejak dua bulan lepas Nabella memberikan alasan yang sama. Sudah dua bulan Nabella habis belajar. Dia memberikan alasan pada Haji Zainal dan Hajjah Esah yang dia mahu berehat setelah penat lelah belajar sehingga berjaya mendapatkan segulung ijazah.

" Daripada dua bulan lepas Bella bagi alasan yang sama kan " .

" Alah tak kisah lah. Kenapa bising-bising ni? " soal Nabella.

" Ada jiran baru pindah sebelah rumah kita ni " .

" Alah waktu macam ni lah dia nak pindah. Macam takda waktu lain pulak " rungut Nabella.

" Biarlah Bella. Tak baik tau cakap macam tu. Dah pergi masuk dalam rumah. Dengan muka tak mandinya keluar rumah. Elok sangat lah tu perangai ya " .

" Tidur Bella diganggu " .

" Sekarang ni bukan waktu tidur. Rezeki jadi mahal kalau tidur waktu-waktu macam ni. Pergi mandi. Lepas ni tolong umi masak makan tengahari" arah Hajjah Esah.

" Tapi Bella mengantuk lagi lah umi. Nak sambung tidur " .

" Eii mengadanya lah anak dara ni. Dah pergi masuk lepastu mandi. Kalau umi masuk sekejap lagi, Bella masih belum mandi. Siaplah " ugut Hajjah Esah. Dia menolak perlahan tubuh anaknya.

Nabella akur juga. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience