BAB 5

Romance Completed 8429

Nabella bersiap-siap untuk keluar. Sebentar lagi Zafri akan menjemputnya di rumah. Kawan baiknya itu meminta dia menemaninya mencari baju kemeja kerana minggu depan dia akan mula bekerja.

Sehelai dress labuh berwarna putih diambil dan dipadankan dengan jaket denim berwarna biru lusuh. Rambutnya yang panjang paras bahu dibiarkan lepas. Sedikit solekan ditambah pada wajahnya.

Selepas puas dengan penampilannya, Nabella terus turun ke tingkat bawah.

" Haa cantik-cantik ni nak pergi mana? " soal Haji Zainal sebaik melihat anak bongsunya itu turun daripada tingkat atas.

" Bella nak keluar sekejap abah. Zafri ajak temankan dia beli baju. Minggu depan dia dah mula kerja " balas Nabella.

" Kerja dekat mana? " .

" Bella pun tak sure lah abah " .

" Bella bila lagi nak cari kerja? " .

Nabella mengeluh perlahan. Soalan yang sama ditanya oleh Hajjah Esah tadi.

" Nantilah abah. Bella ni tak puas lagi nak rehat " jawabnya.

" Alasan semua tu. Kita ni berehat, sampai bila-bila pun tak akan pernah puas " .

" Nanti Bella cari lah ya " .

" Bila tu? " .

" Nanti-nanti lah. Okaylah abah Bella pergi dulu. Sekejap lagi Zafri sampai" .

Haji Zainal mengangguk.

" Iyalah. Hati-hati. Jangan buat benda yang bukan-bukan. Lepas ni terus balik jer. Jangan balik lewat sangat " pesan Haji Zainal.

Dia membenarkan Nabella keluar dengan Zafri kerana dia sudah kenal dengan kawan baik anaknya itu. Lagipun dia sendiri kenal dengan keluarga Zafri. Jadi tiada masalah untuk Nabella keluar dengan Zafri kerana dia percayakan lelaki itu.

" Okay abah " Nabella terus berlalu keluar daripada rumah sebaik menyalami tangan Haji Zainal.

" Mana pulak si Zaf ni. Hishh " Nabella mengeluh perlahan.

Hampir 15 minit dia menanti Zafri di luar rumah. Menyesal pulak keluar rumah awal-awal. Dah lah panas kat luar ni. Ni semua sebab dia nak elak daripada terus jawab soalanHaji Zainal.

" Mama! " seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan enam tahun datang meluru ke arah Nabella dan terus memeluk tubuh Nabella.

Nabella tersentak. Dia menolak tubuh kanak-kanak itu ke belakang.

" Eh apa ni peluk-peluk orang? Bila masa pulak aku ni mama kau? " marahnya.

Dia merenung tajam wajah polos kanak-kanak itu.

" Mama tak kenal Mia dah ke? " soal Mia berani. Dia langsung tidak pedulikan renungan tajam Nabella.

" Hei, bila masa pulak aku jadi mama kau ni? Hishh anak siapa lah ni. Tak reti nak jaga ke? " mata Nabella meliar memerhati sekeliling.

Seingatnya tak pernah pulak dia nampak kanak-kanak ini sebelum ni. Entah anak siapa dia pun tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience