BAB 19

Romance Completed 8429

" Takda siapa yang nak saya Bella. Diorang ingat saya ni duda " suara Haqimi mengendur.

" Janganlah cakap macam tu. Zaman sekarang ni duda pun ramai jadi rebutan tau " .

Haqimi ketawa kecil.

" Kenapa? Awak pun suka duda jugak ke? " soalnya.

" Eh taklah " Nabella pantas menggelengkan kepalanya.

" Oh kalau saya ni memang betul-betul duda, awak tak suka lah dengan saya? " .

" Eh bukan macam tu lah maksud saya " Nabella gelabah.

Pecah tawa Haqimi. Suka benar dia menyakat gadis itu. Dalam diam ada satu rasa yang timbul di hatinya apabila dekat dengan Nabella. Tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mentafsirkan rasa itu.

Haqimi terdengar suara orang berborak di luar rumah. Dia meninjau melalui tingkap luar.

" Siapa pulak tu? " soalnya sendiri apabila melihat seorang lelaki sedang berdiri di luar pagar bersama dengan Nabella. Mereka kelihatan begitu mesra sekali.

Timbul rasa cemburu di hati Haqimi melihat Nabella dan lelaki itu. Dia baru teringat, lelaki itu lah yang menjemput Nabella dulu. Ketika kali pertama mereka berjumpa. Rasa ingin tahu menebal di hatinya. Dia begitu ingin tahu siapa lelaki itu dan apa hubungannya dengan Nabella.

" Nanti kerja elok-elok. Jangan gatal-gatal ea. Kau, aku punya seorang. Tak nak kongsi dengan sesiapa " .

Nabella ketawa kecil.

" Yelah aku tahu " balas Nabella.

Haqimi tersentak. Apa maksud lelaki itu Nabella dia punya seorang? Adakah lelaki itu kekasih Nabella?

" Kenapa? " soal Nabella hairan.

" Aku ternampak macam ada orang tinjau tadi " .

Nabella memandang ke arah rumah Haqimi. Kosong. Tiada sesiapa.

" Perasaan kau jer kot. Mana ada sesiapa " .

Haqimi melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia termenung seketika. Entah mengapa hatinya rasa sakit sangat apabila mengetahui kebenaran Nabella sudah berpunya. Dia sangkakan gadis itu masih belum dimiliki sesiapa rupanya sudah ada yang punya.

Huh. Kau jer yang perasan lebih Haq. Perempuan macam Nabella tu takkanlah nak cari lelaki macam kau. Lagipun ramai lagi lelaki yang lebih baik daripada kau. Tolonglah sedar diri. Gumamnya sendiri.

Dia bertekad mahu menjauhkan diri daripada Nabella selepas ini. Lagipun dia tidak mahu Mia terus mengharapkan Nabella kerana suatu hari nanti pasti Nabella akan meninggalkan Mia. Nanti Mia juga akan kecewa. Cukuplah dia yang kecewa. Dia tidak mahu Mia turut sama kecewa. Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang di dalam hidup kita hanya untuk sementara. Bukan kekal selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience