BAB 15

Romance Completed 8432

Nabella termenung sendiri. Sudah dua hari dia duduk di rumah saja kerana kakinya masih lagi belum pulih sepenuhnya. Bosan memang bosan, tapi dia tiada pilihan lain selain duduk di rumah.

Lagipun Haji Zainal sudah tidak membenarkan dia keluar daripada rumah bersendirian lagi kerana bimbang jika perkara yang sama berulang kembali.

Bunyi bising di luar rumah menarik perhatiannya untuk meninjau melalui tingkap. Perlahan-lahan dia bangun daripada katil dan melangkah ke balkoni biliknya.

Bibir Nabella mengukir senyum melihat Mia dan Haqimi yang sedang membasuh kereta. Haqimi mengejar Mia itu yang membuatkan Mia ketawa terbahak-bahak sambil berlari.

" Eh mama lah. Mama! " Mia menyedari Nabella sedang memandang ke arah mereka. Dia terus melambai ke arah Nabella.

Haqimi turut memandang ke arah Nabella.

" Hai Mia " balas Nabella. Dia melambai semula ke arah Mia.

" Mama dah sihat ke belum? " soal Mia.

" Dah sayang " jawab Nabella.

" Papa, boleh tak Mia nak tengok mama? " soal Mia pada Haqimi.

Haqimi tidak terus menjawab.

" Boleh Mia datang tengok awak? " soal Haqimi pada Nabella.

" Boleh. Datanglah " jawab Nabella.

Dia juga gembira dengan kehadiran Mia. Sekurang-kurangnya takdalah dia bosan nanti.

" Yeay! Kejap ya mama " .

Nabella tergelak kecil melihat betapa terujanya Mia.

" Kaki awak macam mana? Sakit lagi?" soal Haqimi.

Dia juga turut datang ke rumah Nabella bersama dengan Mia.

" Alhamdulillah dah baik dah. Cuma abah tu yang layan saya ni macam kaki saya tak baik lagi " .

Haqimi tersenyum kecil.

" Biasalah tu. Dia risau. Ayah mana yang tak risau kan. Bila awak dah jadi mak nanti, awak akan faham " balas Haqimi.

Nabella mengangguk faham.

" Saya bukan apa, cuma bosan jer duduk dekat rumah ni. Nak keluar seorang, abah tak bagi " .

" Kalau macam tu, apa kata kita keluar sekali. Mia pun memang ajak keluar tadi " .

" Err boleh ke kalau saya ikut awak dengan Mia keluar sekali? " soal Nabella.

" Boleh apa salahnya. Lagipun saya rasa Mia mesti lagi suka " .

" Yeke? " .

" Sekejap ya. Mia mari sini " panggil Haqimi.

Mia yang sedang mengambil bolanya terus berlari ke arah Haqimi dan Nabella.

" Ya papa " .

" Kalau mama ikut kita keluar sekali boleh tak? Mia suka? " soal Haqimi.

" Suka! Suka sangat-sangat. Jom lah mama " Mia begitu teruja.

" Kan saya dah cakap " Haqimi memandang sekilas pada Nabella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience