BAB 12

Romance Completed 8429

Petang itu Nabella pergi ke kedai buku untuk mencari novel keluaran baru. Lagipun dia bosan duduk di rumah.

Sampai sahaja di kedai buku, Nabella terus pergi ke bahagian rak novel. Rambang matanya melihat satu persatu novel yang ada di situ. Nabella memilihnya beberapa buah novel.

Tiba-tiba ada yang menegurnya.

" Hai. Cari buku ke? " lelaki itu tersenyum kecil padanya.

Nabella menoleh. Dia mengeluh perlahan melihat pemilik suara yang menegurnya itu.

" Hish kat mana-mana kau ada lah " rungutnya perlahan.

" Apa dia? Awak cakap apa? " soal Haqimi.

Nabella menggeleng perlahan.

" Tak ada apa-apa " .

" Banyak beli novel " .

" Ha'ah " jawab Nabella. Sebenarnya dia malas mahu melayan Haqimi. Mana dia ada, ada jer Haqimi.

" Err Bella, sebenarnya saya nak ucap terima kasih dekat awak sebab dah jagakan Mia semalam. Makcik ada beritahu semalam dia pergi kenduri tahlil arwah kawan dia. Waktu dia takda, awak yang tolong tengokkan Mia " ucap Haqimi.

Semalam Hajjah Esah terpaksa meninggalkan Mia dengan Nabella di rumah kerana dia perlu menghadiri kenduri tahlil arwah kawannya. Dalan terpaksa, Nabella terpaksa menjaga Mia di rumah. Mujur kanak-kanak itu tidak banyak ragam.

" Sama-sama " balas Nabella. Kalau bukan kerana terpaksa, jangan harap dia nak jaga Mia di rumah. Dia bukannya pengasuh Mia.

" Nanti bila free saya belanja awak makan ya " .

" Eh takpa-takpa. Tak perlu " tolak Nabella.

" Takpalah, awak anggap sebagai tanda terima kasih saya. Semalam saya bagi duit dekat makcik, makcik tolak " .

Semalam Haqimi ada memberikan beberapa ratus ringgit pada Hajjah Esah. Tetapi wanita itu menolak. Katanya dia ikhlas membantu dan tidak mengharapkan apa-apa balasan pun.

" It's okay takpa. Okaylah saya nak pergi bayar " Nabella malas mahu berlama-lama di situ.

" Haa tak pun biar saya bayarkan novel-novel awak tu " tawar Haqimi.

" Takpa saya boleh bayar sendiri. Okaylah saya pergi dulu " Nabella terus berlalu pergi daripada situ.

Haqimi hanya memandang langkah Nabella.

" Papa dah jumpa! " Mia datang ke arah Haqimi sambil menunjukkan beberapa buah buku latihan dan mewarna yang telah dipilih.

Sebenarnya tujuan Haqimi datang ke kedai buku itupun adalah kerana Mia ingin membeli buku latihan dan mewarna.

" Dah jumpa? Okay jom kita pergi bayar. Mia lapar tak? Lepas ni kita pergi makan " .

" Lapar. Yeay yeay makan. Boleh tak Mia nak makan KFC? " .

Haqimi tersenyum kecil.

" Untuk Mia semua boleh " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience