BAB 4

Romance Completed 8429

" Bila Bella nak mula cari kerja? " soal Hajjah Esah yang sedang menyiang ikan.

Dia menoleh seketika ke arah Nabella yang sedang duduk di meja makan sambil mengupas bawang. Itupun setelah dipaksa oleh Hajjah Esah.

" Nantilah umi. Bella tak puas nak rehat lagi " jawabnya.

" Tak puas apanya Bella? Umi rasa dah lama Bella habis belajar. Berapa lama lagi nak ambil masa untuk berehat? " .

Nabella mengeluh perlahan.

" Kenapa? Umi dah bosan tengok muka Bella kat rumah ni ke? " soalnya.

Hajjah Esah terus datang mendekati anak bongsunya itu.

" Bukan itu maksud umi. Bella, umi nak anak umi ni jadi rajin. Barulah boleh berjaya. Macam mana nak berjaya kalau asyik bagi alasan jer? Sampai bila nak terus malas? Bella kena lah lawan rasa malas tu. Buang daripada diri rasa malas tu. Kalau tak, sampai bila-bila pun tak berjaya " nasihat Hajjah Esah.

" Bella bukan apa, sementara Bella belum dapat kerja ni Bella ingat nak rehat puas-puas dulu. Nanti bila dah mula kerja mesti Bella dah tak ada masa nak rehat macam ni. So Bella nikmati lah " .

Hajjah Esah menggeleng perlahan.

" Orang yang berjaya takkan bagi alasan Bella. Orang yang malas jer yang selalu bagi alasan " .

Tajam menusuk hati kata-kata Hajjah Esah.

" Iyalah. Nanti Bella try cari kerja secepat mungkin " akhirnya dia mengalah juga.

Hajjah Esah tersenyum kecil.

" Baguslah kalau macam tu. Rajin-rajin lah sikit tolong umi lepas ni ya. Kawan-kawan umi, anak perempuan diorang semuanya rajin tolong diorang buat kerja rumah. Umi harap anak dara umi ni pun sama lah ya " .

" Insya Allah umi " .

" Hari ni ada nak pergi mana-mana ke? " soal Hajjah Esah.

" Tak sure lagi. Bella ingat nak keluar dengan Zafri. Teman dia cari baju kemeja. Minggu depan dia dah mula kerja " balas Nabella.

Zafri ialah kawan baik Nabella ketika di universiti dulu. Hubungan mereka memang akrab sehinggalah ke hari ini.

" Tengok, Zafri pun dah nak mula kerja. Bella bila lagi? " .

" Yelah umi. Bella tahu. Nanti Bella cuba lah cari kerja secepat mungkin" .

" Jangan cuba jer ya " .

" Iya umi " .

Hajjah Esah tersenyum kecil. Harap-harap anaknya itu benar-benar memaksudkan apa yang dia katakan. Jangan cuma berkata saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience