BAB 3

Romance Completed 8432

" Papa kenapa kita kena pindah dekat sini? " soal Mia petah.

" Sebab papa kena tukar kerja dekat sini sayang " jawab Haqimi.

" Tapi nanti jauh dengan kubur papa mama Mia " balas Mia.

Haqimi tersenyum nipis. Dia menarik kanak-kanak kecil berusia empat tahun itu mendekatinya.

" Mia, walaupun jauh papa masih boleh bawak Mia pergi kubur diorang lagi. Nanti bila papa free, papa janji papa bawak Mia ziarah kubur diorang ya? ".

" Janji? " .

" Iya sayang janji " ubun-ubun Mia dikucup lembut.

Walaupun Mia hanya anak saudaranya, Haqimi sudah menganggap Mia seperti anak kandungnya sendiri. Sudah tiga tahun dia menjaga Mia. Menjadi papa express untuk Mia bukanlah satu perkara yang mudah bagi lelaki berumur sepertinya tetapi Haqimi tetap cuba menjalankan tanggungjawabnya yang satu itu dengan baik.

Mia adalah amanah daripada arwah abang dan kakak iparnya kepada dia. Oleh kerana itu Haqimi menjaga Mia sebaik mungkin. Dia cuba memberikan yang terbaik untuk Mia. Mia juga sudah menganggapnya seperti ayah kandung.

Ibu Haqimi tidak suka kehadiran Mia dalam keluarga mereka. Dia pernah menyuruh Haqimi menghantar Mia di rumah anak yatim saja tapi Haqimi berkeras tidak mahu. Walau apa pun yang terjadi dia tetap mahu membesarkan Mia. Baginya Mia lah harta yang paling bernilai yang perlu dijaga dengan baik.

" Mia sayang papa " .

" Papa pun sayang Mia " balas Haqimi.

Dia terpaksa pindah daripada rumah lamanya kerana majikannya memindahkan dia ke syarikat yang lain. Kebetulan rumah banglo yang dia pernah beli dulu dekat dengan tempat kerja barunya, jadi dia memutuskan untuk terus pindah di rumah barunya.

" Papa, kalau petang nanti Mia nak main dekat taman boleh tak? Mia dah penat lah kemas barang tadi " .

Haqimi tergelak kecil. Memang sejak daripada tadi Mia banyak membantunya mengemas barang-barang. Banyak benda yang perlu dikemas tadi.

" Okaylah disebabkan Mia dah tolong papa tadi, papa bawak Mia pergi taman petang ni ya " pipi kanak-kanak berusia enam tahun itu dicubit perlahan.

" Yeay! Terima kasih papa " Mia melompat riang.

Terpancar wajah kegembiraannya. Haqimi tersenyum lebar melihat Mia. Jika Mia gembira, lagilah dia gembira.

' Papa sanggup buat apa saja demi Mia. Papa janji papa akan jaga Mia baik-baik. Papa takkan pernah sia-siakan amanah yang Allah telah beri pada papa ' tekad Haqimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience