BAB 16

Romance Completed 8429

Nabella menoleh ke tempat duduk belakang, Mia sudah pun terlena tidur. Penat sangat agaknya. Tadi mereka berjalan satu mall. Banyak benda yang dibelinya. Kemudian Haqimi membawa Mia ke taman permainan pula. Selepas itu barulah mereka pulang ke rumah.

" Lenanya Mia tidur. Mengantuk sangat ni " Nabella bersuara memecah kesunyian antara dia dan Haqimi di dalam kereta itu.

Haqimi menjeling sekilas ke arah Nabella yang berada di sebelahnya.

" Itulah. Seronok sangat dia hari ni. Lagi-lagi bila awak ada. Terima kasih lah ya sebab sudi keluar dengan kami sekali " ucap Haqimi.

" Sama-sama. Terima kasih jugak sebab bawak saya keluar jalan-jalan hari ni. Kalau tak, jangan haraplah abah nak izinkan saya keluar. Terperap jer lah saya dekat rumah nanti " .

Haqimi ketawa kecil.

" Abah awak risaukan awak tu " .

" Tu lah " .

" Err Bella awak baru habis belajar ya? " soal Haqimi.

" Ha'ah. Tapi takdalah baru sangat pun. Lebih kurang dua bulan lepas " .

" Awak tak cari kerja lagi? " .

Nabella menggeleng.

" Belum. Umi dengan abah dah bising dah tu saya belum cari kerja lagi. Saya ingat nak rehat dulu. Tak nak terus kerja. Tengoklah bulan depan, saya ingat baru nak mula cari kerja " .

" Awak amik kos apa? " .

" Akaun jer " .

" Ohh baguslah tu. Kalau awak nak saya tolong dapatkam kerja pun boleh. Nanti saya cuba tengok-tengokkan syarikat yang perlukan pekerja " .

" Terima kasih. Awak pulak kerja apa?" .

" Saya kerja dekat syarikat hartanah ".

" Boleh saya tanya satu soalan tak? " soal Nabella.

" Boleh. Tanyalah. Apa dia? " .

" Kenapa arwah mama Mia meninggal ya? Maaf kalau soalan saya ni buat awak sedih " soal Nabella berhati-hati.

" Kemalangan. Dia meninggal waktu umur Mia tiga tahun. Waktu kemalangan tu Mia pun ada sekali, tapi dia terselamat. Cuma mama dan papa dia jer yang meninggal " .

Nabella terpinga-pinga.

" Mama dan papa? " soalnya hairan.

" Ha'ah mama dan papa. Sebenarnya Mia tu bukan anak kandung saya. Dia anak arwah kakak saya. Tapi saya yang tawarkan diri untuk jaga dia. Mak saya nak hantar Mia ke rumah anak yatim. Tapi saya tak nak. Saya nak jaga Mia. Mia amanah arwah kakak dan abang ipar saya. Saya dah janji nak jaga Mia selagi hayat saya masih ada " cerita Haqimi panjang lebar.

Nabella terkedu. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya Mia ialah anak saudara Haqimi. Sangkanya Mia adalah anak kandung Haqimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience