BAB 18

Romance Completed 8429

" Amboi rajinnya masuk dapur pagi-pagi ni anak dara umi " tegur Hajjah Esah.

Nabella yang sedang menggoreng karipap tersenyum kecil. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan Mia untuk membuatkan karipap sardin pada kanak-kanak itu. Oleh kerana itu pagi-pagi lagi dia sudah masuk ke dapur. Jarang sekali dia nak bangun awal. Tetapi sejak dia mula rapat dengan Mia dan Haqimi, Nabella banyak berubah.

Hajjah Esah dan Haji Zainal juga sedar akan perubahan anak bongsunya itu. Mereka juga turut merasa gembira dengan perubahan Nabella.

" Hari ni Bella buatkan karipap sardin untuk Mia " .

" Untuk mia jer ke? Untuk papa dia? " Hajjah Esah sengaja menyakat.

" Ish umi ni " Nabella tersipu-sipu.

" Suka lah tu. Umi kenal sangat anak umi ni. Tapi tak salah pun kalau Bella nak suka Haq tu. Umi dengan abah restu. Lagipun Haq tu lelaki yang baik" .

" Ke situ pulak umi ni. Takdalah. Entah-entah Haq tu dah ada girlfriend. Yelah lelaki macam dia tu, takkanlah takda perempuan nak kan. Mestilah ramai yang nak " .

" Kalau ada jodoh tak kemanalah Bella " Hajjah Esah mengusap perlahan bahu Nabella.

Nabella tersenyum nipis.

" Kalau umi jadi Bella, umi suka tak lelaki macam Haq tu? " soal Nabella.

" Mestilah suka. Haq tu lelaki yang bertanggungjawab tau. Memang rugi kalau lepaskan. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang bertanggungjawab macam Haq tu. Mungkin satu dalam beratus " .

Nabella mengangguk faham. Benar apa kata uminya itu.

" Terima kasih lah Bella sebab susah-susah jer buatkan karipap untuk Mia dengan saya " ucap Haqimi.

Bekas yang berisi karipap sardin itu sudah pun bertukar tangan.

" Sama-sama. Takdalah susah mana pun nak buat karipap tu. Eh Mia mana? " .

" Oh Mia ada dekat dalam. Tengah buat homework. Nanti dah siap homework dia saya bawak dia datang rumah awak ya " .

" Okay. Oh ya saya nak beritahu minggu depan saya dah mula kerja. Kawan saya tolong dapatkan kerja tu" .

" Oh yeke? Alhamdulillah. Tahniah " .

Nabella mengangguk.

" Terima kasih " .

" Err Haq, boleh saya tanya sesuatu?" soal Nabella. Suaranya kedengaran sedikit serius.

" Apa dia? " .

" Awak tak nak carikan Mia mama ke?" entah daripada mana keberanian dia hendak bertanyakan soalan itu dia sendiri tidak tahu.

Sebenarnya dia sengaja tanya soalan itu kerana ingin tahu sama ada Haqimi sudah berpunya ataupun tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience