BAB 16

Family Completed 50488

Pintu rumah aku buka dan masuk ke dalam rumah. Masih sunyi seperti sebelum aku keluar rumah tadi. Ini bermakna, aku ada misi yang perlu diselesaikan. Misi membangunkan orang untuk solat subuh. Adik-adikku, hai cepatlah bangun! Haha. Menyanyi pulak. First, bilik Izrina.

“Angah sayang…. Bangun sayang. Solat subuh. Lepas tu, siap. Kita pergi kelas sama.” Aku menyentuh ibu jari kaki Izrina. Senang sahaja segalanya bila dimulakan dengan basmallah dan selawat. Bila Izrina dah bangun, dan capai tuala, aku beralih ke bilik Athirah.

“Acik…. Bangun cik. Subuh dah ni. Cepat sayang. Nanti lambat pulak nak ke kelas. Bangun….” Aku melakukan cara yang sama. Alhamdulillah, hari ni Athirah senang je bangun.

“Adik…. Bangun…. Dah subuh ni sayang…. Cepat siap….” Syaza juga senang sahaja bangunnya. Seronoknya aku bila Allah bantu aku bangunkan mereka dengan hanya sekali kejut. Kalau tidak, sampai kena renjis air. Haha.

Aku ke dapur pula. Memanaskan lauk buat adik-adikku makan sarapan. Air juga aku buatkan. Boleh tak aku jadi isteri mithali? Jungkitkan kening sebelah kiri berkali-kali. Aku kena sampuk kot sebab tiba-tiba fikir pasal jadi isteri. Nur! Ni masa study! Bukan jadi isteri. Fokus on your final exam, Nur!!!

Makanan dan air aku hidang atas meja. Tak lama aku hidang, adik-adik kesayanganku datang. Menikmati air tanganku penuh berselera. Senang hatiku melihat mereka.

“Along tak makan sekali?” pelawa Izrina.

“Along puasalah Ngah…. Angah lupa ek?” jawab Syaza. Izrina tertawa kecil.

“Ha’ah. Lupa pulak. Apa-apa pun, thanks sangat sebab Along sudi masakkan sarapan untuk kitaorang. Oh, terharunya. Rasa nak buat drama air mata kat sini.” Bicara Izrina mengundang tawa kami berempat. Mulakan pagi anda dengan senyuman yang ceria. Bukan senyuman terpaksa.

Jam dah menunjuk ke angka 8. Setengah jam je lagi kelas nak mula. Kami cepat-cepat ambil beg masing-masing. Check buku untuk kali terakhir sebelum pergi kelas. Macam biasa, kami ke kelas naik kereta. Siapa pemandu? Kakak sulunglah. Haha. Tak lupa juga, kami turut membawa seorang sebekas cupcake. Setiap bekas berisi dalam 20 ketul cupcake yang comel dan berwarna warni. Ini pun, masih banyak lagi lebihan di rumah.

Banyakkan kami buat? Macam nak meniaga. Tapi, memang nak buat stok untuk 3 hari. Haha. Masuk sahaja di kelas, adalah dalam dua orang dalam tu. Ramai lagi yang belum datang. Nanti dah ramai dating, aku bagi mereka makan.

Kelas hari ini berjalan dengan lancer. Seronok aku belajar banyak perkara hari ini. Ada yang dah pernah dengar, ada yang baru first time dengar. Apa pun, aku sangat minat untuk mendengar dan mencatat lalu, sebar dan ulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience