BAB 11

Family Completed 50488

Aku masuk ke dalam bilik belajar meninggalkan Athirah dan Syaza dengan aktiviti masing-masing. Mengambil buku untuk subjek esok. Pensyarah dah kata yang dia akan buat test bila-bila dia suka. Jadi, aku perlulah ambil langkah berjaga-jaga. Sentiasa bersedia. Nak berjaya, kena usaha. Doa juga tak lupa. Amalan sunat pun jangan ditinggalkan. Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Yang penting sekali, niat. Jangan niatkan belajar sebab nak exam. Tapi, niatkanlah kerana Allah. Tajdid niat sentiasa. Belajar kerana Allah, exam kerana Allah. Segalanya lillahi ta’ala.

Selepas setengah jam ulangkaji, aku mula rasa mengantuk. Aku pasti yang lain pun mengantuk. aku bangun dari dudukku. Izrina memandangku dengan dahi yang berkerut. Aku abaikan. Buku aku tutup dan letak dalam beg. Senang. Esok tak perlu kelam-kabut. Aku melangkah ke pintu bilik belajar. Belum sempat aku keluar, Izrina dah menyoal aku nak ke mana.

“Nak pi buat air. Nak sekali ke?” tanyaku kembali sambil tersenyum kepanya.

“Boleh jugak. Air ape?”

“Air suam je….” Aku menjawab main-main dan terus berlari keluar.

“Along!!!” aku ketawa lepas dapat mengenakan Izrina. Menjerit kuat dia. Siapa suruh tanya benda yang dah tahu jawapannya? Dah memang kat rumah kami ni, hanya ada air suam, air oren dan tamar cocoa, nak buat air ape pulak lagi kan? Takkan milo pulak? Boikot. Boikot. Sempat pulak promote.

“Along, kenapa dengan angah tu?” tanya Athirah. Mungkin agak terkejut mendengar jeritan Izrina. Aku ketawa kecil.

“Tak de pape. Takut buah kelapa jatuh atas kepala. Haha….” Aku mengenakan Athirah pula.

“Ish, along ni.” Aku gelak lagi.

“Haha…. Tak de lah. Ni tak mengantuk ke belajar dah lebih setengah jam?” tanyaku.

“Ngantuk jugaklah. Walaupun adik Cuma tengok tv je.” Orang lain yang ditanya, orang lain yang menjawab. Haihlah…. Syaza…. Syaza….

“Nak air? Along buat sekali?” tanyaku. Memang aku suka buat air.

Kerja-kerja, kalau kat dapur, aku memang suka. Pernah jugak kawan-kawan aku tanya, kenapa tak ambil bidang masakan ke. Nanti boleh buka restoran. Aku jawablah yang aku lebih minat menyampaikan ilmu dan mereka pun senyap. Faham dengan aku yang memang tak mudah nak diubah pemikirannya. Tapi, dalam masa yang sama, kalau ada sesuatu yang aku keliru, aku akan tanya jugak pendapat kawan-kawan. Selalunya, cadangan mereka akan aku raikan. Buat ape aku mintak cadangan kalau taknak setuju kan? Macam tu, baik buat keputusan sendiri.

“Boleh jugak, Along. Along buat air memang sedap.” Membodeklah tu. Athirah, memang paling suka membodek.

“okey.” Aku pergi ke dapur dan mula membancuh Tamar Cocoa. Tamar cocoa lain dengan milo. Minum tamar cocoa, tak payah makan setengah hari pun tak pe. Kenyang je. Produk muslim tak sama macam produk yang tak dipercayai. Tanda halal, tapi syubhah, macam milo tu. Baik tinggalkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience