BAB 10

Family Completed 50488

Berkumandang sahaja azan isyak, kami kembali meletakkan al-Quran ke rak yang tersedia dan kali ini aku meminta Izrina menjadi imam. Bukan cubaan, ini betul-betul. Aku Cuma nak mendidik dia supaya bersedia saat aku tak boleh nak mengimamkan mereka. Aku nak didik dia supaya bersedia mengahadapi cabaran di luar sana. Kita bukan boleh jangka sebab Allah penentu segalanya. Setiap yang berlaku, pastilah ada hikmahnya.

“Sebenarnya kan…. Along ni umur berapa? Adik dah lama dah nak tanya. Tapi, asyik terlupa.” Tanya Syaza ketika aku sedang menggosok baju untuk kelas hari esok.

Buat persiapan awal-awal. Tak nak perkara yang sama berulang lagi. Pernah sekali aku terlewat sampai ke kelas, aku dimarahi teruk oleh Puan Asiah. Beliau memang paling tak suka orang datang lewat ke kelasnya. Sejak itulah, aku jadi yang terawal datang ke kelas. Bak kata teacher aku masa sekolah menengah dulu, “Learn from mistake. Belajar dari kesalahan.” Tapi, aku dulu selalu jugak lewat datang sekolah sebab malam tidur lambat. Kerja sekolah banyak sangat. Tak layak aku jadi pengawas kan? Dahlah penolong pengawas sekolah pulak tu. Jangan tiru tabiat buruk aku ye…. Tapi, perlahan-lahan aku berubah. Makin lama makin awal. Dah tak lewat. Cuma kalau dah lewat dan aku rasa nak ponteng, aku akan teringat kata-kata teacher aku, “Late is better than never….” Sampai sekarang aku pegang dua ayat tu.

“Umur? Hihi. 21.” Jawabku. Izrina yang sedang berbaring di sofa bangun tiba-tiba. Terkejut aku dibuatnya.

“21? Mudanya. Tapi, lebih tua dari angah. Angah 20.” Izrina bersuara sambil tersengih-sengih.

“Eh? Memang patutlah kita panggil dia along. Dia lebih tua dari kita. Saja je rahsiakan umur ye….” Usik Athirah.

“Mana ada berahsia. Korang tak tanya, Along tak jawablah. Takkan dah sebulan duduk dengan Along, masih tak kenal along?” tanyaku selamba.

“Kenai sangat doh…. Takkan bersuara kecuali bila ditanya.” Syaza menyimpulkan. Aku tersenyum.

“Bagus! Teliti! Memang tepat sekali!” aku berkata dengan nada girang. Baju pun dah siap gosok. Ku sangkut di penyangkut dalam bilikku. Kemudian keluar semula dari bilik dan kembali ke ruang tamu melayan adik-adik yang banyak karenah.

Ku lihat masing-masing dengan aktiviti sendiri. Izrina menghadap bukunya di bilik belajar. Dia memang rajin. Tak dinafikan, dia memang paling bijak dalam kalangan kami berempat. Athirah mengahadap laptop di meja belajarnya. Sekejap-sekejap, berkerut dahinya. Macam fikir masalah Negara gayanya. Padahal atas meja bersepah dengan buku-buku perakaunannya. Mesti buat assignment tertangguh tu. Aku bab mengira suka lah. Tapi, bab-bab merancang ni, aku pening sikit. Cepat je peningnya datang.

Lain pulak ceritanya dengan Syaza. Orang lain sibuk study, dia sedap baring tengok tv. Cerita yang menjadi pilihan, Ketika Cinta Bertasbih. Budak zaman sekarang, cerita cinta laju je tengok. Cuba cerita cinta ilmu, lari dulu dah. Tak pun, tukar channel. Sedih. Benda ni bukan terjadi dekat orang luar je. Adik sepupu aku pun ada. Remaja sekarang, hilang cinta pada ilmu. Hanya cari cinta manusia. Hanya cinta pada cerita korea. Artis-artis tu bukan kenal kita pun. Beza kalau kita kenal Allah. Kita kenal Allah, dan Allah pun kenal kita. Kita ada masalah pun, Dia boleh tolong kita. Tapi,manusia ni lupa pada cinta Allah Yang Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience