BAB 15

Family Completed 50488

Aku pun cepat-cepat menyempurnakan wudhuk. Jubah yang telah ku gosok semalam, aku sarung. Tudung warna sepadan juga aku sarungkan. Handsock dan stokin juga cepat-cepat aku pakai. Selesai semuanya, aku terus keluar rumah. Kunci pintu, dan berjalan keluar pagar. Terserempak dengan seorang mak cik, kami pun berjalan sama ke masjid.

Sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang boleh dibawa solat. Tudungku memang aku jahitkan penutup dagu sekali. Stokin pun memang tebal tak Nampak warna kulit. Handsock aku pakai untuk elak jubahku terselak menampakkan lenganku. Jadi, apa lagi yang menghalang? Aku pun memulakan solat setelah imam mengangkat takbir. Merdu bacaannya. Menusuk ke dalam jiwa. Saat doa dibaca, hati bergetar hebat. Dada sesak menahan sendu. Akhirnya, tangisan tetap berlagu.

Habis doa dibacakan, para jemaah bersalaman. Aku mengesat air mataku. Menahan ia dari jatuh lagi. Sedih bila ku lihat yang ke masjid hanyalah mak cik-mak cik. Tiada yang muda selain aku. Semasa aku bersalaman dengan seorang mak cik, dia memelukku erat. Ayatnya kedengaran sayu meluah rasa. Katanya, rindu pada anak perempuannya yang sedang belajar di timur tengah. Beruntungnya dia. Kami bersembang sambil berjalan pulang. Kali ini bukan berdua sahaja. Berlima sudah. Macam-macam soalan dilontarkan padaku. Aku layankan sahaja. Lagipun, soalannya mudah sahaja.

“Belajar dekat mana?”

“Umur berapa?”

“Dah berapa lama duduk sini?”

“Esok pagi datanglah lagi.”

Tapi, ada satu soalan ni agak susah aku nak jawab. Bagi aku, soalan ni lebih susah dari soalan final examku nanti. Mak cik yang aku kenali sebagai Mak Cik Kamariah yang bertanyakan soalan itu.

“Dah ada yang punya ke?” kalau korang, korang jawab apa? Aku langsung tak ada idea nak jawab apa. Cuma senyum malu je aku mampu. Serius malu bila ada orang tanya macam tu.

“Mak cik, saya balik dulu lah ye. Ni lah rumah saya dengan kawan-kawan. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye mak cik.” Aku meminta diri. 4 orang mak cik yang mengiringi aku salam. Poyonye ayat aku ‘mengiringi’. Perasan terlebih di situ nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience