BAB 17

Family Completed 50488

Akhirnya, final exam telah tamat. Aku perlu balik ke kampong segera. Asma’ kata, ummi akan buat majlis. Jadi, aku tak mahu ketinggalan. Sampai di kampong halaman, masuk sahaja ke rumah, aku dengar suara menyebut ‘sah’. Eh, siapa nikah? Adik aku? Tak mungkin. Takkan ayah. Eh, aku merapu. Tapi, mak aku senyum je. Maknanya, siapa nikah? Jiran sebelah ke?

Ummi menarik lenganku agar mengikut langkahnya. Lalu, aku didudukkan di dalam bilik. Eh, memang aku tahu ni bilik aku. Tapi, hiasannya lain macam. Apa yang terjadi sebenarnya?

“Kakak dah kahwin.” Ummi bersuara sebak.

“eh, dengan siapa, ummi?” aku terkejut.

“Dengan abang la.” Satu suara yangaku tak pernah mimpi untuk dengar lagi. Aku toleh sekilas. Darah merah terasa menyerbu ke muka. Malu. Sungguh aku malu dengan dia. Mungkin, inilah tanda mimpi tempoh hari. Dia tercipta untukku.

“ummi keluar dulu.” Ummi terus berlalu keluar. Tanpa sempat aku menahan. Aku cuba untuk keluar juga, tapi terhalang. Aku hanya tunduk berhadapan dengan dia yang kini bergelar suami sekelip mata.

“Abang selalu perhati Nur. Jealous ramai yang tertoleh-toleh, usha Nur. Jadi, abang ambillah langkah selamat ni. Maaf kalau Nur tak suka.” Kata dia. Nama? Jujur, walau aku menyimpan rasa, aku tak pernah tahu nama dia. Aku memberanikan diri memandang dia. Dia tersenyum.

“err… boleh Nur Tanya?” aku teragak-agak. Dia mengangguk.

“Apa nama abang eh?” tawanya meletus. Aku diam termalu sendiri.

“Nama apa yang ada dalam fikiran Nur?” nama dalam fikiran aku?

“Khair?” aku bertanya.

“Ye la, sayang… tu la, awak ni, time perkenalan pun, tunduk je sampai tak kenal nama abang.” Katanya. Pasti perkenalan time orientasi dulu-dulu. Manalah aku sangka…

Jadi, inilah kisah aku. Yang Allah dah atur sebaik mungkin. Dari dulu. Dia yang aku impi dan mimpi, kini jadi milikku. Terima kasih ya Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience