BAB 13

Family Completed 50488

“Nur! Nur! Tunggu Nur!” aku mempercepatkan langkah. Suara yang memanggil semakin dekat. Aku mula berlari anak. Terjadi sedikit aksi kejar mengejar antara aku dan dia.

“Nur, berhenti kejap.” Akhirnya dia berjaya memintas langkahku. Aku berhenti. Berundur beberapa tapak kerana jarak yang agak dekat antara kami membuatkan aku tidak selesa. Dia memanggil pun, aku dah tak selesa, inikan pula, berhadapan dengan dia.

“Rindu dia….” Ucap dia tiba-tiba. Aku buat muka blur. Tak faham.

“Rindu Nur. Lama dah tak jumpa.” Ucap dia lagi.

“Astaghfirullahal’adziim!!!” istighfar terucap berkali di bibirku. Sudah lima tahun berlalu, dan dia kembali muncul walau hanya dalam mimpi.

Aku meraup wajahku. Istighfar masih tak lekang dari bibirku. Ku lihat jam dinding di bilik. 3 pagi. Mungkin mimpi itu hanya sebagai salah satu yang mengejutkan aku untuk bangun dan mengadu padaNya. Aku bangun dari pembaringan. Suasana sunyi dan tenang. Aku buka pintu bilik. Pergi ke bilik air. Bersihkan diri dan berwudhuk. Nak menghadap kekasih, mestilah bersih dan wangi-wangi.

Sejadah ku hampar. Telekung, ku sarungkan. Istighfar ku ucap dan hayati. Berdiri ku betulkan. Takbir ku lafazkan. Tahajjud ku mulakan. Satu ketenangan dalam jiwa bila hanya aku dan Allah di waktu yang lain sedang terlena. Terasa bagai dibelai penuh sayang dan rindu. Ku teruskan lagi dengan sunat taubat. Dosaku banyak. Aku hamba berdosa. Syurga pun tak layak. Basah sejadah dan telekung dek air mataku yang tak berhenti mengalir. Alirannya tidak menyesakkan namun menenangkan.

Aku duduk beristighfar. Sepanjang beristighfar, air mata tak berhenti mengalir. Tetap mengalir deras dan semakin deras. Mungkin dosaku terlalu banyak. Kerana itu air mata taubatku belum mahu berhenti. Mungkin. Apa yang aku bayangkan saat beristighfar adalah, aku mengucap istighfar. Dan aku bayangkan, Allah mengusapku penuh kasih sayang seperti seorang ibu membelai anaknya, malah lebih lembut dan halus lagi, kemudian, Allah berkata padaku, ‘Aku ampunkan segala dosa-dosamu, wahai hambaKu….’ Sungguh. Cintaku semakin bertambah padaNya. Aku teresak-esak di malam pekat yang sunyi. Di atas hamparan sejadah berwarna hijau tua hadiah dari arwah nenekku.

Setelah puas menangis, hatiku kembali tenang. Malah lebih tenang dari selelpas aku bertahajjud tadi. Ku berdiri lagi. Telekung ku betulkan. Kali ini, ku tunaikan solat hajat. Hajat memohon kesihatan dan kesejahteraan buat ayah dan ibu yang jauh, buat sahabat-sahabat yang sedang berjuang menuntut ilmu tak kira di dalam atau luar Negara. Buat adik-adik yang sedang belajar di sekolah. Memohonkan kejayaan di dunia dan akhirat buat diriku, kaum kerabat dan sahabat-sahabat. Memohon kekuatan dan keteguhan serta peningkatan iman.

Diakhiri dengan solat witir. Kemudian, aku sibukkan diri di dapur. Masak untuk sahur dan sarapan sekali buat adik-adik di rumahku ni. Dah ku kejut tanya nak join puasa, liat betul nak bangun. Tak pe, aku akan didik mereka perlahan-lahan. Aku harap, didikkanku tak salah. Pukul 5 pagi, aku dah mula sahur. Makan nasi putih dengan ayam masak kicap special. Aku namakan dia ayam masak kicap special sebab resipi dia, hanya aku yang tahu. Dari arwah nenek aku. Rindu arwah nenek.

Habis makan nasi, aku minum pula susu kambing. Kemudian, aku ambil tiga biji kurma, dan makan. Kurma dalam rumah ni memang akan sentiasa ada sebab aku akan selalu beli bila tengok kurma dah nak habis. Susu kambing dan tamar cocoa pun, akulah yang selalu menambah stok. Tak mengapa mahal pun. Yang penting aku yakini semua tu halal dan ikut sunnah Rasulullah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience