BAB 3

Family Completed 50488

“Petang ni, kita shopping jom? Hari ni kan tak de class?” tiba-tiba Izrina bertanya. Waktu itu, kami sedang duduk berehat-rehat selepas bersarapan.

“Tak nak. Hehe….” Aku cepat-cepat menjawab. Memang aku jenis tak suka keluar rumah. Tak suka shopping. Tapi, yang lagi tiga ni, hobi diorang memang shopping.

“Kenapa ek? Tiap kali kami ajak along keluar jalan-jalan, along mesti tak nak ikut?” Tanya Syaza. Nampak jelas di wajahnya menginginkan jawapan.

“Sebab ada harimau! Auummm!!!” aku bersuara dan mengaum kuat. Terkejut dibuatnya rakan-rakanku itu.

“Ish! Along! Terkejut tahu tak? Main-main pulak. Jawablah betul-betul.” Aku ketawa.

“Okey…. Okey…. Along jawab…. Along jawab.” Mereka diam memberi fokus padaku. Ingin mendengar setiap butir bicaraku dengan cermat.

“Sebab perempuan ni fitnah. Fitnah perempuan ni dahsyat.” Aku memulakan bicara. Yang lain tekun mendengar.

“Fitnah macam mana tu, Long?” Tanya Izrina.

“Sabar sikit, Ngah….” Balasku sambil tersenyum. Memahami jiwa yang tertanya-tanya dan tinggi rasa ingin tahunya.

“Kita ni, bila jalan depan lelaki, depan tok imam sekalipun, mereka akan jadi lemah. Sebab bila kita keluar rumah, syaitan ni akan menghias-hias kita di pandangan lelaki. Lelaki ni pulak, kalau bab perempuan memang dia senang tewas. Kita semua maklum yang lelaki ni ada satu nafsu je. Nafsu dia hanya nafsu syahwat. Kita suruh lelaki jaga nafsu, tapi kita pun tak jaga nafsu. Sedangkan dengan perempuan berpurdah pun mereka boleh naik syahwat, inkan pulak kita yang biasa-biasa ni.” Aku menghabiskan bicara.

Semua terdiam. Berfikir mungkin. Aku juga turut mendiamkan diri. Walaupun aku ada sebab lain yang menghalang aku keluar, tapi aku lebih suka jawab macam ni. Sebab ini pun salah satu alasan aku jugak. Aku lebih gemar tinggal sendirian di rumah. Tenang bila seorang diri. Aku muhasabah, dalam kubur nanti pun sendiri. Tanpa ada yang menemani.

“Betul jugak cakap Along. Patutlah kita keluar shopping je, mesti rasa diperhati.” Izrina a.k.a Angah bersuara. Aku tersenyum. Aku sedar sekarang ni. Kadang-kadang mereka yang tak tutup aurat ni bukan kerana tak nak tutup aurat, tapi mereka tidak tahu.

“Tapi, jangan lupa. Kita dalam rumah ni pun, tetap ada yang mengawasi. Takkan lepas dari pemerhatian.” Aku membalas kata angah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience