BAB 12

Family Completed 50488

Empat cawan tamar cocoa, siap. Tak sampai dua minit pun aku buat. Haha. Poyo betul! Aku letakkan di hadapan Syaza dan Athirah dua cawan. Aku masuk ke dalam bilik belajar. Izrina sudah meletakkan kepala atas meja belajar. Ngantuk sangat agaknya. Aku mengurut bahunya perlahan-lahan. Aku pun belajar. Jadi, aku faham macam mana sengalnya duduk belajar lama-lama.

“Maceh along. Sayang along.” Izrina mengucap sayang. Aku hanya senyum. Setiap perbuatan dan perbualan kami berempat, pasti ada yang mengingatkan aku pada sahabat-sahabat sekolah rendah dan sekolah menengah. Bilalah kerinduan ni akan terungkai.

“Uhibbuki fillah….” Aku membalas ucapannya. Dia tersenyum.

“|Nah, minum air ni. Biar tak ngantuk. Along nak masuk bilik dulu.” Aku menghulurkan secawan air tamar cocoa kepada Izrina. Dia mencapai.

“Aik? Dah nak tidur ke?” tanya Izrina. Aku tersenyum dan mengangguk.

“Pukul 4 nanti, along bangun, insyaAllah.” Memang niatku ingin berpuasa sunat hari isnin esok. Jadi, takkanlah aku sahur 2 jam kan? Isilah dengan ibadah sunat dan belajar. Moga Allah mempermudahkan.

“Oh. Ok. Ok. Selamat tidur.” Ucap Izrina. Aku senyum. Duduk di ruang tamu sekejap. Menghabiskan air minumanku dan terus ke bilik.

Pintu bilik aku tutup dan kunci. Ini sahajalah waktu dan tempat privasi. Laci meja di sebelah katil, aku buka. Sebuah diari berwarna hijau muda, aku ambil. Kerusi aku tarik dan duduk. Pen di bekas pen aku capai. Tangan pun mula laju mencoretkan setiap satu yang telah aku lalui hari ini. Semuanya akan menjadi memori sewaktu aku pergi nanti. Memori belajar di sekolah rendah, sekolah menengah dan ketika di universiti ini juga. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Bersyukur terpilih masuk sini.

Beberapa gambar yang aku selitkan dalam diariku aku tatap sepuasnya. Satu gambar keluargaku, dua lagi gambar bersama sahabat-sahabatku. Ya Allah…. Rindunya pada mereka. Sungguh, tak terkata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sedang aku membelek-belek gambar-gambar yang ada, tiba-tiba satu gambar terjatuh dari pegangan. Jatuh terbalik di lantai. Aku capai gambar itu, dan ku lihat gambar itu. Aku tertanya-tanya sejak bila gambar ini ada dalam diariku? Aku tak pernah ambil gambar dia. Apatah lagi simpan gambar dia. Kenapa mesti teringat kembali sedang aku dah melupakan dia? Allah sedang menguji. Sabarlah wahai Nur.

Terus aku letak kembali gambar-gambar tadi di dalam diari. Menyimpannya kembali ke dalam laci berkunci. Itulah rutinku sebelum tidur. Sebelum ni, bila nak tidur je, tersenyum-senyum rindu kawan-kawan. Tapi, hari ini, malam ini, ada sedikit kegelisahan yang menyelinap. Ketenangan sedikit terganggu setelah terjumpa gambar dia yang tak sepatutnya ada. Dengan lafaz basmallah, aku naik ke katil dan cuba melelapkan mata. Tak boleh. Hatiku tetap gelisah. Memikirkan benda yang susah nampaknya. Akhirnya aku bangun. Keluar dari bilik, ambil wudhuk. Solat sunat dua rakaat aku tunaikan. Moga-moga Allah berikan ketenangan, hapuskan kegelisahan. Alhamdulillah, selepas solat sunat dua rakaat dan membaca sehelai al-Quran aku dapat melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience