BAB 6

Family Completed 50488

Pintu almari aku buka. Baju apa ye? Banyak warna hijau, pink dan purple. Hari ni cuti, jadi kita pakai warna special sikit. Biru laut. Jubah biru laut ni sangat istimewa bagi aku. Hadiah terakhir dari kawan sekolah menengahku. Rindunya aku pada mereka semua. Menyedari aku dah lama mengelamun, terus aku cepat-cepat bersiap. Tudung berwarna biru lembut aku padankan. Tanpa make-up, tanpa bedak sedikit pun, aku terus keluar dari bilik. Perfect. Semua dah siap.

“Along suruh kami cepat, along yang lambat. Padahal, make-up pun tidak. Pakai pun simple je.” Bebel Athirah.

“Haha…. Iye ke lambat? Hihi…. Sorry…. Tapi kan, okey ape. Penumpang yang tunggu driver. Kalau driver yang tunggu penumpang, lambat sangat nanti driver ni naik angin. Haha….” Aku bergurau.

“Eh? Along reti marah ke? Tak pernah nampak pun.” Izrina pula mengusik. Yang lain sudah tertawa. Aku tersenyum sahaja.

Kunci kereta dan kunci rumah aku capai. Pintu rumah aku buka. Rak kasut di sebelah pintu aku jenguk. Mencari-cari kasut yang sesuai. Bunyi macam banyak je kasut aku ni. Padahal ada dua pasang je pun. Sepasang tu selipar. Sepasang tu kasut biasa. Kunci kereta aku buka. Cantik kereta aku ni. Bersih je walaupun tak selalu basuh. Kereta viva je pun. Hadiah dari ayah semasa aku tingkatan 6 dulu. Sampai sekarang, kereta ni paling aku sayang.

Sambil-sambil aku memandu, kami berborak. Berbincang nak buat kek apa. Padahal dalam kepala aku dah terbayang muffin warna-warni dah. Dah lama tak makan. Bila nak buat ni, rasa nak buat semua. Kalau lebih pun tak apa. Esok boleh bawak pergi kelas. Bagi kawan-kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience