BAB 1

Family Completed 50488

“WOAH! Banyaknya notification! Apasal nama dia je semua? Apasal dia like semua? Sibuklah dia ni!” bebel Athirah. Aku yang sedang memasak bersama Izrina hanya tertawa kecil. Rumah kami bukannya besar mana pun. Jarak dapur dan ruang belajar tu amat dekat. Cakap berbisik pun boleh dengar dari dapur.

“Kau ni, Tirah! Adoi! Pagi-pagi lagi dah bergegar rumah ni dengan bebelan kau. Aku yang tengah tidur pun jadi terganggu tau.” Dah muncul sorang lagi. Syaza dah bangun, makin riuhlah pagi kami.

“Hei! Bersyukurlah aku membebel tau. Kau tu anak dara. Tak elok tidur sampai tengahari buta.” Marah Athirah pada Syaza. Syaza hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih-sengih.

“Anak dara pun tak elok menghadap laptop aje….” Perliku pada Athirah. Gamat rumah dengan gelak tawa kami. Sorang merajuk, sorang memujuk. Sorang buat salah, sorang tolong cover.

“Ye la…. Anak dara elok duduk dapur je kan?” perli Athirah semula. Aku tertawa kecil.

“Tak la….” Aku membalas di hadapan bilik belajar kami.

“Habis tu? Duduk dalam bilik air ke yang baik?” Tanya Athirah. Masih dalam nada perlian. Mungkin kerana mood tak berapa baik selepas jenguk fac yang penuh dengan notification merepek. Aku menggeleng.

“Yang solehah itu yang terbaik.” Aku menjawab ringkas dan pergi ke dapur semula untuk menghidang makanan yang telah siap aku dan Izrina masak. Izrina ni anak kacukan Belanda-Arab. Dia ni memang cantiklah. Ramai yang minat dekat dia ni. Paling cantik, tang mata dia tu. Warna hazel berkilat dia tu, boleh buat orang terpikat sekali pandang. Perangai dia pun sopan. Tapi….

“Syaza! Kau baik pi mandi cepat sebelum makanan ni habis. Nanti kalau dah habis, tak sarapanlah kau.” Izrina mula bersuara. Dia sopan dan tegas juga dalam masa yang sama. Syaza yang sememangnya agak takut dengan Izrina bila Izrina dah mula bertegas terus pergi membersihkan diri.

“Athirah sayang…. Kau kenapa sebenarnya? Ada masalah ke?” aku peluk bahu Athirah. Wajahnya yang bengis membuatkan rakan-rakan lain tak berani mendekat. Tapi, bila kenal, dia ni okey je. Baik je. Tapi, yang terlebih berani, pastinya aku. Bab memujuk si Athirah ni bukan mudah. Tapi, dengan aku, insyaAllah cepat jalan.

“Huh….” Athirah mengeluh. Kemudian termenung. Wajahnya sudah tidak setegang tadi.

“Tak baik mengeluh, sahabat…. Ada masalah? Nak cerita dekat aku?” aku cuba memancing perhatiannya.

Dia memndangku. Kemudian menunduk. Istighfar berkali-kali.

“Kau tengoklah ni….” Dia merengek sambil menunjukkan apa yang terpapar di skrin komputer ribanya. Aku tersenyum. Barulah ku tahu punca amukannya.

“So, kenapa tak block je dia kalau dah tak suka?” tanyaku lembut.

“Aku…. Aku….” Tiba-tiba dia gagap. Aku tersenyum lagi. Tangan kanannya aku capai. Ku usap perlahan.

“Athirah…. Perasaan suka, sayang dan cinta adalah fitrah manusia. Jangan menafikan perasaan, tapi kawallah ia agar tetap di landasan. Jangan fikir sangat okey? Dah, jom makan.”

Aku bangun dan terus berlalu. Namun belum sempat aku keluar dari pintu bilik belajar, Athirah memanggilku semula. Aku menoleh. Laptopnya sudah dipadamkan.

“Kau tak pernah suka sesiapa ke?” Tanya Athirah. Aku dah tergamam.

“Soalan apakah ini? Haha….” Aku ketawa. Tapi melihatkan muka serius Athirah, aku kembali serius.

“Bukan tak pernah…. Kan aku dah kata itu fitrah…. Cuma jangan sampai ia jadi fitnah….” Aku berbisik ke telinganya dan terus berlalu ke meja makan. Tak lama selepas aku duduk, muncul Syaza dan Athirah mengambil tempat duduk masing-masing. Izrina sudah lama menunggu hanya tersenyum. Seperti biasa, sebelum makan, aku membacakan doa.

Share this novel

suriati che ismail
2021-08-20 13:27:29 

Bila nk update?


NovelPlus Premium

The best ads free experience