BAB 4

Family Completed 50488

“Ha? Siapa yang perhatikan kita, Long? Takutlah, Long. Duduk dalam rumah pun tak selamat.” Nampak riak ketakutan di wajah Syaza. Tak kurang juga, Athirah yang berkerut-kerut dahinya memikirkan. Hanya Izrina yang kelihatan agak tenang walau nampak sedikit gelisah. Aku tersenyum lagi.

“Allah…. Allah Yang Maha Memerhati kita, sayang-sayang semua. Kita memang takkan pernah lepas daripada pandanganNya.” Aku menjawab tenang. Sekelip mata, mereka bertiga menarik lafaz lega.

“Along ni, buat suspen je.” Kata angah dan kami semua ketawa.

“Habis tu, petang ni nak buat ape?” Tanya Syaza. Aku diam berfikir. Apa aktiviti yang boleh kami lakukan dalam waktu yang panjang ni? Takkan nak biarkan terbuang begitu sahaja.

“Along ada idea tak? Along kan selalu duduk rumah. Along selalunya buat ape dekat rumah?” Tanya Izrina. Aku terdiam.

“Along pergi dating….” Aku menjawab selamba. Mengenakan mereka lagi. Tepat seperti jangkaanku, mereka terkejut yang teramat.

“Dating? Along jangan main-main…. Sejak bila along couple ni?” Tanya Athirah serius. Masakan tidak. Bercakap dengan lelaki pun amat jarang, tiba-tiba dating. Tapi, tak pe. Mereka sebenarnya tak faham maksud dating aku.

“Along dah couple sejak azali lagi. Seronok. Hari-hari berkhalwat.” Ayat yang ku bicara seolah membuka aib sendiri. Membuatkan mereka bertiga semakin terkejut.

“Along ni biar betul? Bila Along mula buat semua ni?” Izrina pula melontarkan soalan. Masih terkejut.

“Sejak akil baligh, benda ni memang jadi wajib.” Aku menjawab selamba sambil tersenyum. Senyum bahagia.

“Along!!” terjerit mereka bertiga. Serentak. Aku kenal nada jeritan tu. Nada kecewa.

“Haha…. Janganlah serius sangat. Okey…. Okey…. Along dating dengan Allah. Sebab dia call 5 kali sehari, Along pun datinglah 5 kali sehari. Tapi, along tak puas. Jadi, bila ada masa, along tambah dengan berkhalwat waktu malam-malam, cuti-cuti macam ni. Bila boring pulak, along baca surat cinta dari Dia. Seronok. Rasa tenang sangat. Tenang yang kita takkan dapat bila kita cari selain daripada-Nya. Dia tak pernah curang dengan kita. Dia setia dengan kita. Cuma kita je yang selalu abaikan Dia. Tapi, apa yang kita perlukan, Dia tetap penuhi. Dia memang kekasih yang terbaik. Tak de yang mampu lawan.” Ayatku mula serius. Suaraku mulai sebak menahan tangisan. Sedangkan, Izrina, Athirah dan Syaza sudah teresak-esak.

“Kadang-kadang je kita cari Dia. Masa susah, masa banyak masalah, baru kita cari Dia. Tapi, bila dah senang, bila Dia dah bantu, tunjuk jalan penyelesaian, kita tinggalkan Dia. Jahatnya kita. Kejamnya kita. Dia call, kita tak jawab. Dia ajak dating, kita menyepi. Surat cinta yang dia bagi, langsung tak dibuka. Terbiar berhabuk di atas almari. Sedihnya dengan diri sendiri. Tak reti bersyukur dan selalu lupa diri. Sedangkan, Allah yang hidupkan kita. Allah yang selalu tolong kita. Dia tak mintak banyak. Hanya solat 5 waktu. Untuk apa? Untuk kebaikan diri kita jugak. Dia hadiahkan al-Quran sebagai panduan hidup kita. Tapi kita malas nak baca. Akhirnya, terjerumus ke lembah hina. Sedangkan, kalau kita baca, ia boleh jadi pembela. Tapi, kalau kita tak baca, bukan hanya tak ada pembela, malah ia akan dakwa kita. Masa tu, kita nak buat apa? Nak merayu balik semula ke dunia? Dah tak berguna. Takkan masa itu kembali. Cuma, sekarang masih ada waktu untuk menghargai.” Suaraku mulai serak. Tangisan tak tertahan lagi. Ku peluk sahabat-sahabatku. Apa yang aku katakan bukan dituju pada orang, tapi diri sendiri. Amal tak cukup lagi, takkan nak berdiam diri? Sedangkan mati itu pasti.

“Along…. Terima kasih sebab sedarkan Syaza. Sebelum ni…. Sebelum ni Syaza selalu cakap, ‘Kenapa Allah ambil mak ayah Syaza? Kenapa tak ambil Syaza sekali?’. Tapi, hari ni, Syaza sedar. Nikmat Allah tu banyak. Lebih dari cukup. Tak pernah kurang.” Aku beristighfar dalam hati mendengar cerita Syaza.

“Syaza tak boleh cakap macam tu. Sepatutnya, adik doakan mak ayah. Semoga mereka ditempatkan di syurga. Doa anak yang soleh itu yang membantu mereka. Adik jadilah anak soleh. Doakan mereka. Suatu hari nanti, adik mesti dapat jumpa mak ayah. Mereka pasti bangga dan tunggu adik di pintu syurga.” Nasihatku dalam tangisan yang masih belum mahu berhenti. Pagi ni dalam sejarah kami menangis bersama. Kerana terkenang dosa sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience