BAB 2

Family Completed 50488

“Iz, kau kenal Irdina tak?” Tanya Syaza memecah kesunyian. Aku hanya diam menjadi pendengar. Athirah juga begitu.

“Irdina? Irdina…. Irdina…. Oh, Irdina. Hah, kenal. Kenapa?” Tanya Izrina semula. Masakan tidak kenal kembar sendiri, bisik hati Izrina.

“Muka dia seiras gila dengan kau. Aku pernah fikir korang ni kembar. Tapi, macam lain je. Dia tu kaya dan berlagak. Mentang-mentang anak Dato’. Piirah!!!” cara Syaza bercakap dan ekspresi wajahnya yang spontan membuatkan kami tertawa. Syaza penghuni baru, jadi dia tak tahu menahu mengenai Izrina dan Irdina. Athirah juga begitu. Hanya aku yang tahu dan diminta merahsiakan.

“Mana kau kenal dia, Syaza?” Tanya aku pula.

“Budak batak hot tu, siapa yang tak kenal?” Tanya Syaza semula. Aku tertawa kecil. Nampaknya angin Syaza dah datang.

“Rilex, Sya….” Aku bersuara tenang. Syaza tersenyum. Aku tahu, dia amat suka bila dipanggil Sya. Terasa dimanja.

Syaza ni anak yatim piatu. Sebab tu bila ada kawan-kawan panggil macam tu, dia rasa dimanja. Yang paling suka memanjakan dia, aku lah. Sebab aku ramai adik. Aku dah terbiasa memanjakan adik-adik. Jadi, bila duduk jauh dari adik-adik ni, aku manjakan kawan-kawanlah pulak.

“Dah…. Lupakan pasal dia. Kita kena ceria sentiasa, okey?” aku bersuara ceria. Takkanlah pagi-pagi dah nak tak de mood kan?

“Rasa macam kau ni kakak aku lah!” Syaza bersuara ceria. Athirah juga tersenyum gembira. Aku lagi gembira sebab dapat menggembirakan.

“Kalau dah semua rasa Nur ni kakak, kita panggil Along je lah. Athirah kita panggil acik. Dia sesuai jadi adik ke tiga. Biasanya kan adik ke-3 ni perangai ikut suka dia je. Lepas tu, biasanya adik ke-3 ni suka kongsi masalah dengan kakak sulung je. Syaza, kita panggil adik. Sebab dia paling manja dengan semua. Aku angah. Sebab anak kedua ni biasanya lebih pandai berdikari.” Izrina bersuara. Aku dah tergelak.

“Pandai-pandai je kau analisis perangai orang.” Aku berkata.

“Eh, tapi betul jugak apa yang Iz cakap. Aku setuju dengan cadangan kau Iz. Mulai hari ni, panggilan ‘Along’, ‘Angah’, ‘Acik’ dan ‘Adik’ akan berkuatkuasa.” Athirah menyampuk. Aku tertawa lagi. Cerianya kami.

“Tapi, sampai bila?” Tanya Syaza. Aku faham perasaannya. Rasa takut kehilangan lagi. Aku tersenyum. Yang lain pula hanya senyap. Seolah-olah tahu yang aku ingin berbicara menjawab persoalan Syaza.

“InsyaAllah…. Sampai syurga, InsyaAllah….” Habis sahaja aku bercakap, mereka bertiga terus memlukku. Oh, terharunya aku. Syaza sudah mengalirkan air mata. Aku mengesatnya.

“Aloo… Jangan nanis…. Tak comel nanti….” Pipi Syaza ku cubit perlahan. Syaza tertawa ceria. Tampak riak bahagianya dia. Yang lain turut serta bergurau senda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience