BAB 8

Family Completed 50488

Hari yang indah….
Senyuman pertama….
Hulurkan salam ukhuwah kita….

Berpesan mengingati…
Dituntut agama…
Kita bagaikan satu keluarga…

Sillaturrahiim ini tak akan terpisah…
Kita jalinkan….
Seperti rasulullah dan sahabat…

Nynyianku menarik perhatian rakan-rakan serumahku. Sambil-sambil buat kek ni, aku memang suka menyanyi. Terbiasa. Senang hati. Lagi-lagi bila solat fardhu asar telah ditunaikan berjemaah. Sekali lagi.

“Along, lagu apa tu? Best lah. Ada tak? Bluetooh, Long.” Kata Izrina.

“Ada. Pergilah cari kat henset Along. Cari UNIC – Seiring Sehaluan.” Habis sahaja aku bercakap, mereka bertiga terus menyerbu hensetku. Habis sahaja bluetooth, terus Izrina memasang lag itu berulang-ulang. Sampai terhafal mereka bertiga. Aku hanya tersenyum. Memang aku menyanyi nak tuju khas buat mereka.

Cupcake kami menjadi. Alhamdulillah. Warna-warni. Tapi, banyak sangat kami buat. Seronok sangat buat, sampai terlebih-lebih. Makannya empat ketul je. Tak pe. Boleh simpan.

“Angah…. Acik…. Adik…. Esok bawaklah cupcake tu pergi kelas. Mana tahu ada orang berminat, dia pun tempah. Boleh buat perniagaan cupcake. Hehe….” Aku bersuara.

“Baguslah cadangan along! Boleh jugak buat bisnes cupcake. Lagipun, cupcake kita sedap. Nak letak nama apa ye kalau bukak kedai. Hmmmm….” Jauh betul fikiran Izrina. Bagus. Ada wawasan.

“Kedai Cupcake NISA. Sedap…. Sedap….” Sambung Izrina lagi.

“NIAS lah…. Ikut urutan.” Aku mencadangkan.

“Eh? Ha’ah. Sedap jugak NIAS. Ok, set.” Sahut Izrina.

“Along, angah…. NIAS tu ape?” Tanya Athirah dengan muka blur.

“Acik ni. Nama kita semualah. N untuk Nur, I untuk Izrina, A untuk Athirah dan S untuk Syaza….” Jawab Syaza ceria.

“Oh. Bijak…. Bijak….” Balas Athirah.

“Orang yang bagi nama tu lah yang paling bijak!” Izrina menjerit. Kami semua tergelak.

“Semua orang bijak. Cuma rajin dan malas je. Semua orang rajin. Cuma rajin tu tahap tinggi ke, rendah. Ok? Rajin belajar, pandai belajar. Rajin belajar dan rajin amal, insyaAllah bermanfaat.” Aku membalas.

“Bijaklah ayat Along. Sepatutnya jadi guru sastera, bukan guru matematik.” Puji Izrina lagi.

“Hadza min fadhli Rabbi, ya Izrina. Semua dari Allah akan kembali pada Allah. Kalau kita tak bersyukur, sekelip mata Allah boleh tarik nikmat ni.” Jawabku.

“Jadi guru bahasa arab pun boleh ni.” Ujar Athirah. Aku tertawa.

“Itu…. Along setuju!” aku menjawab gembira. Memang minatku terhadap bahasa arab tak pernah pudar. Sedikitpun tidak akan pudar. Saat ni lah terkenang sahabat-sahabat sekolah menengah. Ya, memang aku berlatarkan sekolah agama, tapi, aku tak tahu semua perkara. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Takkan nak jawab tanpa ilmu. Itu layak ke hospital bahagia.

“Along pandai bahasa arab. Belajar dari mana?” Tanya Izrina. Kesemua mereka tak tahu yang aku sekolah agama dahulu. Bukan sengaja merahsiakan, tapi takut mereka memandang terlalu tinggi padaku. Padahal ilmu ciput je.

“Pakcik along dulu belajar di Mesir. Bila dia balik sini, bawak anak bini. Along belajar dengan bini dia lah. Along panggil isteri dia, Ustazah. Ustazah tu hafizah. Pandai bahasa arab. Memang cita-cita along nak jadi hafizah tu semakin berkobar-kobarlah.” Aku bercerita. Aku tak menipu. Selain daripada belajar di sekolah, aku juga belajar daripada Mak Su aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience