BAB 7

Family Completed 50488

Sampai sahaja di depan kedai Bakeri Izz, aku terus memarking kereta. Banyak tempat kosong. Tak perlu parking jauh-jauh. Depan kedai pun kosong. Masuk sahaja dalam kedai Bakeri ni, rambang mata. Itu nak dibeli, ini nak dibeli. Harga pun murah je. Aku memang suka pergi kedai ni. Masuk ni, dah kali ketiga aku pergi.

“Long, beli pewarna apa je? Bagus kat sini. Pewarna semulajadi. Tak de campuran bahan kimia.”

“Kan? Pewarna? Suka hatilah. Korang pilihlah korang nak warna apa. Along nak cari bahan lain sekejap.” Aku terus mencari-cari bahan untuk membuat cupcake. Setelah cukup semua bahan, kami pun pergi ke kaunter. Aku bayar, mereka angkat barang. Aku bukan kaya. Tapi, Allah dah bagi rezeki, aku terima dan manfaatkanlah sebaiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience