BAB 5

Family Completed 50488

Telah terdengar suara…
Memanggil memuji Yang Esa…
Menyeru muslimin dan juga muslimat…
Untuk segera bersolat…

Azan yang berkumandang dari masjid berdekatan membuatkan aku teringat lagu suara azan nyanyian Fitri Haris. Segera aku mengambil wudhuk dan memakai telekung. Sedang aku memakai telekung, Izrina datang menjenguk.

“Along, jemaah jom?” ajaknya. Aku tersenyum dan mengangguk. Menunggu Izrina dan yang lain muncul di bilikku bersama sejadah dan telekung mereka. Sementara menunggu, aku membaca sedikit ayat al-Quran dan cuba memahami maksudnya.

Tidak lama selepas itu, ‘adik-adikku’ pun muncul. Comel bertelekung. Aku membentangkan sejadah menghadap kiblat. Mereka turut berbuat perkara yang sama. Aku diminta menjadi imam. Katanya kerana aku Kakak sulung mereka. Aku pun memulakan solat. Terasa khusyuk berjemaah kali ini. Jemaah bersama rakan serumah memang banyak hikmah.

Setelah selesai menunaikan solat zohor, kami bertadarus dan aku mengajak mereka bertadabbur bersama. Baru aku sedar. Aku lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai rakan selama ini. Ternyata, banyak yang mereka tak tahu dan tak faham. Aku bersyukur dengan hidayah yang Allah kurniakan ini. Apa yang ku tahu, aku jelaskan, aku ceritakan dan aku beritahu kepada mereka. Namun, apa yang tidak ku tahu, aku hanya menjawab yang aku tidak tahu dan akan cuba mencari tahu. Kerana, tak semua benda kita tahu selain selepas daripada mempelajarinya.

“Sodaqallahul’adzim….” Tamat bacaan kami. Aku membacakan doa dan mereka mengaminkan. Aku bahagia begini. Dapat berkongsi ilmu dan bertukar pendapt. Semakin mengeratkan ukhuwwah sesama kami.

“Lepas ni, Along nak keluar kejap. Nak ikut?” tanyaku.

“Along nak keluar pergi mana?” Tanya Athirah.

“Nak beli bahan buat kek. Petang ni, kita buat kek. Nak?” jawabku. Itulah aktiviti yang aku terfikir boleh dilakukan bersama petang ini.

“Wah! Adik dah lama kot tak makan kek. Nak…. Nak…. Nak ikut!” Syaza bersuara ceria. Aku tertawa gembira bila rancanganku membuat orang lain turut gembira.

Sambil-sambil melipat telekung, mereka berborak-borak sendiri. Rindu nak makan kek. Aku pun begitu. Rindu nak makan benda manis. Dah lama aku tak masak kek. Semuanya sebab sibuk dengan study. Tak lama lagi, final exam. Tapi, hari ini, ambil masa berehat. Rehat minda. Rapatkan hubungan dengan rakan-rakan. Hablumminannas wa hablumminallah.

“Dah…. Dah…. Nak ikut, cepat siap. Ingat, pakai tutup aurat.” Aku mengenyit mata ke arah mereka. Memang itulah pesananku setiap kali kami ingin keluar bersama. Hatta ingin menjemur kain di luar pun, aku akan memberi pesanan yang sama.

“Orait!” jawab mereka serentak dan terus berlari ke bilik masing-masing. Aku terus tutup pintu. Bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience