BAB 9

Family Completed 50488

“Wah…. Untungnya along. Lepas ni, bolehlah ajar kami. Hihi….” Izrina bersuara lagi. Aku tersenyum. Tak kisah pun kalau kena ajar mereka. Ilmu makin diajar, makin bertambah.

“Boleh je. insyaAllah….” Jawabku.

“Betul ni, Long?” Tanya Izrina. Terserlah kesungguhannya untuk belajar.

“Apa sahaja yang Along tahu, akan Along cuba sampaikan. Okey?” aku membalas lembut. Meyakinkan mereka.

“Thanks along….” Ucap mereka bergilir-gilir.

“Along belajar sejak umur berapa?” Tanya Athirah.

“Sejak tingkatan 4. Waktu tu, along memang bersyukurlah ada orang yang sudi mengajar.” Aku bercerita namun masih berhati-hati agar tak terbongkar rahsia.

“Lepas tu, bercita-cita nak jadi hafizah? Subhanallah.” Ujar Athirah teruja.

“Tak lah. Along nak jadi hafizah sejak umur 12 tahun lagi. Tapi, tak diizinkan Allah lagi.” Jawabku jujur.

“Sampai sekarang?” Tanya Athirah. Aku menggeleng. Syaza mula meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku mengusap lembut kepalanya. Izrina turut mengambil tempat bila melihat Syaza dimanjakan aku.

“Habis tu? Takkan sekarang dah tak nak jadi hafizah?” Tanya Athirah.

“Alhamdulillah. Tiga tahun lepas, along dah habis menghafal dan dah tasmi’ dengan makcik along sendiri.” Jawabku.

“Jadi, selama ni kami berkawan dan duduk dengan seorang hafizah?! Ya Allah….” Syaza terus bangun dari pembaringannya kerana terkejut. Aku menundukkan kepala. Merendah diri dan tawadhuk itu perlu dijadikan sifat utama. Malu itu perisai diri. Moga riak tak datang menyinggah.

Izrina juga turut bangun dari pembaringannya. Memandangku tidak percaya. Aku terdiam seribu bahasa. Sedar mereka cuba meluahkan kekaguman. Namun, azan maghrib yang berkumandang, membantutkan hasrat mereka. Aku terus mengajak mereka solat bersama. Bersyukurnya dapat berjemaah. Bersyukur kerana kali ini kami semua tiada yang uzur. Dapat merasa kenikmatan berjemaah bersama.

Usai bersolat, kami bertadarus lagi. Sebagai ‘kakak’ dalam kalangan mereka, aku membetulkan apa yang salah dan menerangkan kenapa ianya salah. Bukan nak berlagak, Cuma benda tu salah, dan aku tahu ianya salah, takkan aku nak biarkan dia terus salah. Itu namanya kedekut ilmu. Tak baik tau. Nanti Allah tarik balik ilmu tu, terus jadi bodoh tak tahu apa-apa, baru tahu. Membincangkan tentang tafsiran beberapa potong ayat yang kami baca sambil menunggu waktu isyak, memang sangat bermanfaat. Sekurang-kurangnya, masa tak terbuang begitu sahaja. Malah ada pengisian dan perkongsian ilmu bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience