IT~ 1

Romance Series 16849

Bab 1

MAJLIS itu berlangsung dengan suasana sederhana. Itu permintaan pengantin perempuan sendiri. Meskipun, semuanya di lakukan dalam suasana yang sederhana, kemeriahannya tetap di rasai. Sanak-saudara dari jauh turut datang berkunjung, untuk meraikan pasangan raja sehari, yang sama cantik, sama padan.

Dengan sekali lafaz, Nur Wardiena binti Roslee telah pun sah menjadi milik Ridhwan bin Dasuki. Wajah masing-masing sudah memerah dengan usikan sahabat handai.

" Sarungkan cincin dekat Diena, bang. " arah Riezki, adik lelaki Ridhwan. Ridhwan sempat tersenyum kepada isteri yang baru dinikahinya. Gadis itu terus menunduk malu..

Dengan wajah yang pura-pura tenang, Ridhwan terus menyarungkan cincin ke jari manis Nur Wardiena.

Wardiena pula menyarungkan cincin di jari suaminya. Terus tangan itu di salam dengan penuh sopan dan lemah-lembut.

Ridhwan mengucap ubun-ubun Wardiena yang di litupi dengan shawl labuh berwarna putih susu itu.

Segala-galanya berjalan dengan lancar. Perkahwinan yang di restui oleh kedua-dua belah keluarga, sememangnya menjadi impian semua mempelai di dunia.

Siapa yang tak mahu, keluarganya juga suka akan pilihan hati? Semua orang mahu.

Sekarang tiba lah masa yang paling mendebarkan oleh pasangan pengantin baru. Jika dahulu tidur sendiri, sekarang sudah ada peneman di sisi. Jika dahulu tidak berkongsi apa-apa, sekarang semuanya sudah berubah. Perlu berkongsi bilik, katil, malahan juga bantal.

Wardiena menunggu dalam keadaan gugup dan malu. Mahkota hawanya masih lagi tersarung dengan tudung instant. Biarlah, Ridhwan sendiri membuka sesuatu yang sudah halal untuknya.

Hatinya begitu berdebar-debar sekali. Mulanya, dia ingat mahu membantu uminya di dapur tetapi uminya berkeras kata takpe. Mulut di muncung ke bilik. Arggh, tahu-tahulah Wardiena apa maksud tersirat uminya.

Dia kan anak yang mendengar kata, jadi di turutkan jugalah. Terus dia masuk ke dalam bilik. Solat-solat dahulu sebelum menunggu si dia masuk.

Ya Allah, aku nervous sangat ni. Tak boleh. Malam ni tak boleh jadi apa-apa lagi. Aku tak sedia. Aku tak ready.

Oleh itu, satu keputusan di buat. Terus dia menyelinap masuk ke bawah katil. Ini pilihan aku. Aku bukan nak menidakkan hak suami aku, tapi aku tak boleh lagi malam ni. Aku tak sedia.

Walau bawah katil ni, begitu panas tetapi Wardiena sanggup. Berpanas-panas dahulu, berdingin-dingin kemudian. Eh, ada ke peribahasa macam tu? Entah..

Dalam panas-panas dan di temani juga dengan bunyi lipas dan tikus, Wardiena terlelap juga.

***************

Pintu bilik di kuak perlahan dari luar. Ridhwan menjengulkan kepalanya dulu sebelum masuk. Dia pun nervous gila. Dari tadi jantung begitu kuat memicu rentak di dalam badan. Hati juga berdebar-debar Maha dahsyat..

Ridhwan pun sebenarnya masih tak sedia lagi. Almaklumlah, dia dan isterinya, mana pernah bercinta. Berkahwin pun atas pilihan orang tua. Kutlah dah pernah kenal ke apa?

Dua-duanya hanya menurut demi kebahagiaan orang tua masing-masing. Anak yang soleh dan solehah lah, katakan..

" Assalammualaikum. " suara garau Ridhwan kedengaran memberi salam. Tetapi tidak di balas.

Ridhwan tersenyum ceria sebelum melompat setempat. Yeay-yeay, isteri aku tak masuk lagi. Sekarang bolehlah aku cari port nak menyorok dulu..

Aselehe betul laki bini ni. Dua-dua pakat menyorok. Haha, sengal.. sengal. Apa salahnya kalau berterus terang cakap tak ready. Mestilah pasangan faham. Haish.. Jalan mudah boleh di ambil tapi sengaja guna jalan susah..

Last-lastnya, malam pengantin yang sepatutnya berlangsung dengan penuh debaran, akhirnya menjadi malam pertama paling tenang..

***************

" Janganlah nangis Rin. Banyak lagi kan, lelaki dekat dunia ni? Contoh paling dekat ialah aku. Aku pun single lagi tau. Boleh aje kau nak try. Rupa ada, duit pun ada. " Adam memujuk Nasrin tatkala tangisan wanita itu semakin menjadi-jadi.

Semua orang dah toleh pandang mereka. Barang kali pelik kut.. Tengok perempuan nangis malam-malam..

" Woi, Rin. Orang tengok kita lah. Dah-dah jangan nangis. Nanti orang ingat aku pulak yang buat kau nangis. " Adam tolak sikit bahu Nasrin. Sapu tangannya di hulurkan kepada Nasrin.

" Aku sayang dia, Dam. Kenapa bila aku baru nak luah perasaan aku ni, dia cakap dia nak kahwin? Aku.. Aku.... Huwarghhhhh. " Nasrin meraung-raung. Air matanya laju mengalir di pipi.

Adam tarik tubuh Nasrin dari situ. Nak cari geruhlah, kalau terus duduk di situ lagi. Nanti percuma aje dia kena penumbuk, sebab buat anak dara orang nangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience