IT~9

Romance Series 16849

Bab 9

Ridhwan menyentuh hujung bibirnya yang lebam. Dia berdesis perlahan tatkala meletakkan pek sejuk di tepi bibir. Ridhwan mendemah mukanya dengan wajah yang mencuka. Di lakukan setiap 12 jam selama 10 hingga 15 minit. Aduhaii.. Dia punyalah niat baik, tapi tak sangka penumbuk yang dia dapat.

Ya Allah, apa dosa aku hari ni? Kenapa aku kena penumbuk pulak, sedangkan aku tak buat apa-apa yang salah dan menyakitkan hati Wardiena. Aku cuma nak ajak dia makan aje, bukannya buat benda tak senonoh. Tengok-tengok dia buka pintu dan terus tumbuk aku.

Telefon di dalam kocek seluar di keluarkan dengan bibir yang sudah memuncung. Dia nak mengadu dekat bapa mentua dia. Biar di nasihat sikit si Wardiena tu. Kasar sangat. Sampai suami sendiri pun dia tumbuk.

Ridhwan terus mendail nombor bapa mentuanya. Dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Takkan lah dari personaliti sopan santun boleh tertukar kepada personaliti kasar dan biadab. Dia nak tahu jugak apa yang terjadi sebenarnya.

Lama jugak Ridhwan menunggu, akhirnya suara Tuan Roslee kedengaran juga dari corong telefon.

" Assalammualaikum.. Papa. Boleh Wan nak tanya sikit? Pasal Wardiena. " soal Ridhwan sebaik sahaja memberikan salam. Dia kena straight to the point.

" Waalaikumsalam. Tanya lah. InshaAllah, kalau papa tahu, papa akan jawab. " kata Tuan Roslee dengan suara yang tenang.

" Wardiena ada banyak personaliti ke, dalam diri dia? Bukan apa, Wan tanya. Sebab tadi masa Wan panggil dia makan, terus dia tumbuk Wan. Papa rasa dia ada ke? " soal Ridhwan.

Ridhwan dapat merasai suara Tuan Roslee yang sudah menggelabah.

" Papa okey, ke ni? " soal Ridhwan lagi.

" Lagi 20 minit, rescue team akan tiba. Wan sabar dulu ya, sementara menunggu. " jawab Tuan Roslee sebelum mematikan talian.

Ridhwan sudah tercengang-cengang. Dia tak cakap pun rumah ada kebakaran ke? Di landa banjir ke? Tapi kenapa Tuan Roslee cakap ada rescue team? Ya Allah, macam cerita kartun pun ada. Takpelah, aku tunggu aje si rescue team tu.

*****

Wardiena memegang bekas kecil yang di jadikan tempat untuk menyimpan ubat-ubatannya. Ya Allah, habis pulak. Macam mana ni? Lagi tak terkawal lah aku. Peluh sudah merenik turun dari dahi. Ubat aku dah habis sejak last month. Aduhaii.. Lepas ni jadi lepat pisang lah laki aku.

Macam tadi, dia sendiri pun tak sangka dia boleh tumbuk Ridhwan. Habis lebam muka lelaki tu. Itu pun tindakan luar kawal jugak. Mak aii.. Lagi dua minggu kot, jadi macam ni. Macam mana ni? Lepas ni confirm kena cerai lah aku..

Tok. . Tok. . Tok. .

Pintu di ketuk lagi dari luar. Wardiena sudah mendengus kuat. Apa yang lelaki tak guna tu nak? Kenapa suka kacau dia sangat ni? Kepala terus di lilau untuk mencari sesuatu sebagai senjata. Yes, pasu bunga pun jadi lah. Terus Wardiena mengambil pasu bunga kaca itu.

Ini lah dia akan jadi kalau takde ubat. Dia bukan sakit mental tapi dah semula jadi macam tu. Personaliti berubah-ubah mengikut tempoh kitaran haid. Boleh dikatakan sebagai Mrs. Jekyll and Mrs. Hyde versi Malaysia.

Pintu di kuak perlahan sebelum Wardiena membaling pasu kaca laju ke luar. Lantaklah apa nak jadi dekat Ridhwan tu. Penyibuk. Nak berlekuk kepala dia pun, padan muka. Wardiena tak nak ambik tahu.

Malangnya, pasu bunga itu dapat di tangkap oleh seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum sinis sambil berpandangan dengan kawan-kawannya. Terus dia menolak pintu bilik Wardiena. Ridhwan juga turut serta sekali rescue team itu masuk ke dalam bilik. Tadi punya terkejut pun tak habis lagi, di tambah lagi pulak bila Wardiena baling pasu bunga. Eiii, nasib baik lah dia tak berdiri depan sekali. Kalau tak biul terus.

Wardiena mencerlung garang sambil memandang kumpulan rescue team itu. Lampu tidur berkaki satu itu, entah bila dia ambik. Nak buat senjata lagi. Aduhaii.. Sebijik macam orang sakit jiwa pun ada. Dengan rambut serabai dan kusut masai.

" Awak tak kenal kami? " soal seorang wanita yang berdiri di belakang lelaki tadi.

Wardiena menggelengkan kepalanya laju. Lampu tidur itu di angkat tinggi untuk di libas manusia di hadapannya.

" Eh.. Lipas tu.. " jerit Ridhwan sambil menunjuk ke kaki Wardiena. Dia tahu Wardiena penggeli lipas. Kalau nampak binatang tu, memang dia akan menjerit lah.

Wardiena terus menunduk ke kakinya sambil menjerit. Kesempatan itu diambil oleh Ridhwan dan dua orang lelaki dari rescue team untuk membedung Wardiena. Wardiena meronta-ronta kasar minta di lepaskan. Kata-kata kesat usah di tanyalah, sudah sebakul dia cakap.

" Lepaskan aku lah, bodoh. Woi, bangang.. Hoiii. " menjerit-jerit Wardiena seperti orang kerasukan.

Ridhwan tarik Wardiena yang di bedung seperti bayi ke dalam pelukannya yang kejap. Agak lama juga dia memeluk isterinya. Bertujuan untuk menenangkan cik Isteri. Agak lama juga, baru Wardiena diam setelah kepenatan.

" Awak makan ubat ya, sayang. Nanti Saya bagi coklat strawberry. Nak tak? " soal Ridhwan dengan suara di buat-buat ceria. Di elus pipi Wardiena penuh kasih.

Wardiena angguk kepalanya, lambat-lambat.

Wanita dari rescue team memberikan sebiji ubat bersama segelas air kosong. Ridhwan menyambut sebelum mengucapkan terima kasih. Lalu ubat di letakkan di tangan Wardiena. Wardiena menelan ubat itu sambil memandang suaminya. Ridhwan tersenyum tatkala di perhatikan sambil menyuakan gelas air kosong ke bibir Wardiena. Wardiena minum perlahan sehingga habis segelas. Barang kali dia haus sebab menjerit-jerit banyak sangat.

Tak lama kemudian, Wardiena terkulai layu ke dalam pelukan Ridhwan. Ridhwan membaringkan tubuh Wardiena ke katil sambil memperkemaskan selimut di tubuh itu.

******

" Boleh awak ceritakan tentang penyakit isteri Saya. Err, dia ada masalah mental ke? " soal Ridhwan sebaik sahaja keluar dari bilik kepada wanita yang duduk berhadapan dengannya. Ridhwan rasa kasihan pulak dengan Wardiena tu. Nampak sayu wajahnya.

Air dan makanan sudah di hidangkan oleh bibik. Semalam bibik balik sekejap ke rumahnya. Itu yang Ridhwan kena masak tu. Takpelah, cerita dah lepas dan Ridhwan tak mahu lagi memanjangkan cerita.

" Isteri encik mengalami satu perubahan dari sudut emosi, psikologi dan mood yang tidak di undang dan ia di panggil sebagai Gangguan Disforia Prahaid (PMDD). Kebanyakan wanita mungkin tidak mengalami sebarang masalah ketika datang bulan. Tetapi hal yang jarang berlaku inilah yang terjadi kepada 5% wanita yang berada di dalam fasa subur.

Pada umumnya, PMDD adalah gangguan yang jauh lebih parah daripada sindrom prahaid atau sebelum haid (PMS).

Biarpun PMDD dan PMS menunjukkan gejala fizikal dan perubahan emosi yang hampir sama, PMDD akan meninggalkan kesan lebih buruk sehingga pesakitnya tidak mampu melakukan apa-apa aktiviti seperti biasa. Contoh paling mudah ialah dari suka memasak, terus jadi malas nak ke dapur. And, segelintir daripada pesakit ini akan bersikap di luar kawalan sehingga boleh menjejaskan hubungan dengan orang yang terdekat.

Antara simptom PMDD ialah kemurungan, keresahan dan ketegangan, emosi yang berubah mendadak, mudah naik angin, hilang minat dalam melakukan aktiviti biasa termasuklah yang di sukainya. " ulas wanita itu dengan panjang lebar.

Lelaki yang duduk bersebelahan dengan Ridhwan kembali menyambung, " Simptom lain nya ialah seperti kurang tenang, mudah penat serta perubahan selera makan dan pola tidur. Wanita yang mengalami masalah ini juga boleh mengalami sakit buah dada, sendi dan otot selain perut kembung dan kenaikan berat badan.

Simptom ini akan bermula seminggu atau dua minggu sebelum haid dan akan berakhir beberapa hari selepas haid.

Masalah PMDD boleh di rawat dengan ubat anti kemurungan, pil perancang dan melalui pengurusan tekanan seperti teknik bertenang. Malah pesakit juga boleh melakukan aktiviti yang di sukai untuk membantu menangani perkara ini.

Pada masa yang sama, pesakit boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat dan kerap bersenam dengan membuat perubahan dari segi pengambilan makanan. Pilih sajian yang sihat, kurangkan penggunaa garam dan gula dalam masakan. Sebaiknya kurangkan juga makanan manis dan masin walaupun ia adalah sajian kegemaran.Semua faktor ini boleh membantu mengurangkan simptom PMDD. " terang lelaki itu sambil tersenyum.

Ridhwan angguk kan kepalanya tanda mengerti. Rumit jugalah kan, penyakit Wardiena. Tak boleh di pandang remeh.

" Tapi yang kesiannya, sesetengah lelaki menggunakan keadaan ini untuk melabel wanita dengan kata-kata yang tidak enak untuk di dengari. Hakikatnya, tiada wanita yang meminta untuk mengalami perubahan emosi begini ketika haid, kerana ia cukup memberi kesan kepada hidupan harian. Kalau boleh, semua orang nak hidup ceria dan gembira tanpa batasan. " tambah lelaki yang dari tadi mendiamkan diri.

Ridhwan gigit bibirnya perlahan. Kesiannya dekat Wardiena. Mesti dia sengsara, kan bila penyakit ini muncul. Kalau Ridhwan sendiri lah yang alami, entah dia mampu ke tidak untuk menghadapinya.

" Tapi kan, kalau di tengok kepada keadaan Puan Wardiena, beliau seperti trauma. Barang kali dia pernah mengalami sejarah silam tentang penyakit ni. Okeylah, kami pun perlu bergerak dahulu ya, Tuan. Assalammualaikum. " si wanita meminta diri sebelum berlalu bersama kawan-kawannya.

Wajah di raup kasar. Ya Allah, aku tak tahu isteri ku perlu menghadapi semua ini. Ujian mu terlalu berat untuknya. Aku ralat. Ralat kerana tidak tahu, apa yang terjadi dan memarahinya semalam. Aduhaii, berdosanya aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience