IT~3

Romance Series 16849

Bab 3

Ridhwan merenung jauh kepekatan malam sambil duduk di balkoni biliknya. Sepeket kopi di keluarkan dari poket. Sepeket kopi tongkat ali itu di pandang dengan muka yang berona kemerahan. Mak dia yang kirim guna khidmat pos laju. Aduhaii..

Yang paling tak boleh blah tu, mak dia suruh bersumpah kena minum jugak. Tapi pada waktu malam. Mak, orang malu la mak....

Ridhwan tak tahulah apa nak jadi dengan perkahwinan dia ini. Masing-masing masih mempunyai perasaan malu. Sekurang-kurangnya, Mak ayah tu, berilah sedikit masa untuk anak-anak nak kenal hati budi masing-masing. Ini tidak terus nak nikah kan aje...

Wardiena masuk ke dalam bilik itu sebelum menguncinya. Kaki di bawa melangkah ke arah Ridhwan yang duduk di balkoni bilik. Santai gaya lelaki itu malam ini. Tracksuit dan t-shirt kelabu.

Punggung di labuhkan di kerusi rotan bersebelahan dengan suaminya. Lelaki itu nampak kaku memandang ke depan.

" Mak abang call Saya tadi. Dia suruh abang minum kopi tu malam ni jugak. Dia sempat pesan, suruh bagi dekat dia cucu banyak-banyak." selamba Wardiena menyampaikan pesanan mak mentuanya.

Ridhwan menggaru belakang leher. Fulamak... Mak Aini memang tak boleh main-main la. Terlalu berterus-terang tanpa kata-kata kiasan. Terasa tebal kulit muka sekarang ni.

Eh, yang Cik Isteri tu, tak malu ke menyampaikan amanat Mak mentua? Isu sensitif kut..

" Saya tunggu abang dekat dalam ya. Cepat masuk tau. " manja pula suara Wardiena meminta diri. Terus dia masuk dan duduk di birai katil.

Ridhwan teguk liur, kesat. Ini Mak la,punya pasal kenapa la, Mak pesan amanat mengarut tu? Tahu la, desperate nak cucu. Tapi agak-agak la, anak baru kahwin kot.. Terus di suarakan hasrat hati tu.

Ridhwan masuk juga la walau muka dah jadi setebal kulit gajah. Wardiena menunduk sambil duduk bersimpuh di birai katil. Berdebar-debar betul dia.

Okay, Ridhwan. Cuba jadi lelaki sejati. Benda ni kau tetap kena buat juga sebab dah jadi tanggungjawab kau, nak penuhi keperluan berumah tangga. Okey, baca doa yang patut dulu.

" Boleh abang bukak, kan tudung Diena? " pinta Wardiena dengan nada lembut lagi menusuk ke jiwa. Mata di hala tepat ke wajah Ridhwan.

Ridhwan tarik nafas perlahan sebelum tersenyum. Jarum peniti di buang dari selendang Wardiena. Di letakkan perhiasan kecil itu di atas meja di tepi katil. Terus selendang di buka. Eh, ada tudung lagi? Okeylah dengan penuh kelembutan tudung itu di buka. Di sangkanya akan terurai lah mahkota hawa yang di jaga sebaik-baiknya. Tetapi ada lagi?

Muslimah sungguh Wardiena ni. Ridhwan tarik tudung itu. Ya Allah, ada lagi. Patutlah, dia rasa tebal semacam aje kepala isterinya. Ridhwan kali ni jadi hilang sabar pulak. Terus di tarik tudung itu. MasyaAllah, berapa lapis la, yang Wardiena pakai ni?

" Errrr, sebenarnya Saya tak sedia lagi la Abang. " Wardiena berterus terang bersama sengihannya. Dalam masa yang sama, kesian tengok kegigihan encik suaminya itu. Haish, nantilah abang ya!!

Ridhwan terus melopong mulutnya. Ya Allah, kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak,tak payahlah dia kena bukak tudung tu semua. Makkkkk... Orang malu....

***************

Tubuh yang terbaring lemah itu, di pandang dengan riak wajah simpati. Selimut tebal di tarik sehingga ke dada.

" Demam lagi ke Rin, Kak? " soal dia kepada seorang wanita yang baru muncul dari sebalik pintu. Wanita itu mengangguk lemah.

" Tak habis-habis lagi meracau nama Ridhwan. Sekarang baru diam sikit. Akak tak tahu la, nak buat apa? " wanita itu mengeluh perlahan.

" Kita panggil aje la, Ridhwan datang. Apa susahnya Kak? "

" Tak boleh, Ridhwan dah kahwin. "

" Alah, yang isteri tu, takkan la, tak boleh berpisah sekejap kutt? Bukannya kita suruh suami dia pergi kelab dangdut pun. Cuma melawat orang sakit aje. " balas dia dengan riak wajah menyampah.

" Mesti diorang pergi honeymoon sekarang ni. Baru sangat kut, kahwin. Kalau kita suruh Ridhwan datang, mesti mengganggu privasi dia dan bini dia. " ujar wanita itu sambil mengelap dahi Nasrin dengan tuala basah.

" Saya tak kira la, akak. Dia nak pergi honeymoon ke, moneymoon ke, yang penting dia kena jumpa Nasrin sekejap. 2 minit pun takpe.

Saya nak call dia dulu la. Assalammualaikum, kak. " tetap berdegil si lelaki itu sebelum berlalu.

Si wanita hanya menggelengkan kepala. Susah cakap dengan orang keras hati macam ni. Buat habis air liur aje.

*************

" Jemput makan ya Mak dan Abah. Lauk biasa aje. Tapi gerenti sedap. " pelawa Wardiena sebaik sahaja Mak dan ayah mentuanya melangkah ke sudut ruang makan.

Mak Aini angkat kening dekat Ridhwan. Tapi Ridhwan pura-pura pandang ke arah lain. Malu yang semalam masih bersisa lagi.

Semalam pun bukannya diorang tidur sekatil, masing-masing pakat malu. Ridhwan sanggup tidur bawah dari berdebar sentiasa kena tidur atas katil. Oh Mak, tak sanggup la.

" Mak, abang tak minum lagi kopi tu semalam. InshaAllah, malam ni dia minum la. " Wardiena bersuara tatkala memandang perlakuan Mak mentuanya dengan Encik Suami.

Dia bukan apa, terpaksa la, tipu sikit. Takkan la, nak jujur pulak. Mak mentua dia macam psiko sikit tau. Semalam pun masa call dia tak habis-habis suruh dia pun minum jugak kopi kacip fatimah. Alahaiii...

Teringat lagi perbualan mereka semalam. Yang mana bagi Wardiena ayat-ayat Mak mentuanya yang begitu daring sekali..

" Kamu kena minum tau kopi ni. Kopi ni banyak sangat khasiat. Antaranya boleh melancarkan darah, menambah rangsangan seksual, menghaluskan kulit dan menegangkan breast. Ala, Mak dulu pun minum juga kopi ni. Tu yang anak ramai tu. Hahaha. " Mak Aini ketawa dari hujung talian.

Oh Mak.. Terkelu seribu bahasa terus Wardiena. Bagilah diorang masa dulu. Untuk kenal luar dalam. Ini tidak, dah kahwin aje, terus nak anak.

" Minum la, kopi tu. Dekat suami kamu pun Mak post sekali. Ada kopi tongkat ali. InshaAllah, kalau kamu berdua minum, confirm dalam masa terdekat ni Mak dapat cucu. " Mak Aini ketawa galak sebelum mematikan talian.

Wardiena yang masa tu duduk dalam bilik, cepat-cepat bawak sorok kopi kacip fatimah dekat belakang almari. Lebih baik kalau tikus yang makan. Lepastu, sebelum berlalu keluar dari bilik, di sekolahkan, muka untuk nampak tentang.

" Kalau dah laki tak minum yang perempuan pulak la, kena minum. Sekurang-kurangnya tinggi la jugak peratus untuk kamu hamil. Kopi ni kan, Diena memang bagus untuk kesihatan kita sebagai perempuan. Hubungan suami isteri kena jaga baik-baik tau. Jangan sampai suami 'makan' dekat luar. Menyesal tak sudah la kamu nanti. " kata Mak Aini sambil menghirup perlahan air teh.

Wardiena dan Ridhwan berpandangan buat seketika. Masing-masing buat muka kelat.

" Tu yang muka pun. Time 'bersama' suami isteri, muka tu bagi la, manis sikit. Jangan buat muka terpaksa pulak. " Mak Aini bersuara lagi. Topik perbualan asyik berkisar dekat situ aje. Memang Ridhwan dan Wardiena tak boleh buat apa-apa langsung..argh, nasib kau lah labu.

Arghhhh, tension kan dapat mak mentua macam ni? Huhu.. Kesian Diena dgn Ridhwan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience