IT~11

Romance Series 16849

Bab 11

Hujan mula turun rintik-rintik. Ridhwan menyandarkan tubuh di tepi dinding dapur. Matanya dihalakan ke luar halaman rumah. Tanpa dia sedar, ada satu tubuh memerhatikan dia sedari tadi. Tubuh itu dengan lajunya menghampiri dia, sebelum merempuhnya kuat.

Ridhwan terus menoleh kepada Wardiena yang sudah berwajah masam. Tak makan ubat lagi ke? Aduhaii... Aku pun lupa pulak nak bagi dia makan ubat pagi ni. Mesti mood perang dia bermula kembali. Semalam yang mood romantic bagai, entah ke mana hilangnya.

" Tak nampak ke, kain dekat luar tu? Mata letak dekat mana? Dekat kepala lutut? Habis baju kering jadi basah balik. Eiii, menyusahkan aku aje la. " katanya kuat sebelum berlari ke ampaian. Dengan lajunya di kutip semua pakaian yang berada di situ. Lalu dia kembali ke pintu dapur.

" Hah apa tengok-tengok? Lipat la baju tu. Takkan nak tunggu maid balik baru nak lipat. Haish, papa ni pun. Kalau nak pergi bercuti, tinggal la maid sorang dua, tapi habis di angkutnya sekali. " bebelnya sambil meletakkan pakaian di ruang tamu. Kemudian dia kembali semula ke dapur.

" Lah duduk dekat sini lagi? Haish, abang ni bengong ke apa? Diena cakap benda simple aje, kan? Pergi la lipat baju. Takkan nak duduk dalam rumah ni macam Tuan besar pulak? Saya yang tuan rumah, rasa macam bibik sekarang ni." kata nya serius sebelum mengambil segelas air di mesin CUCKOO. Argh, segar sikit tekak yang terasa haus.

" Apa ni? " soal Wardiena saat Ridhwan menyuakan sebiji ubat kepadanya.

" Ubat Diena la. Sayang makan ubat tau. " Ridhwan letakkan ubat di atas telapak tangan Wardiena. "Lepas makan ubat, sayang rehat ya. Nak tidur pun takpe." kata nya sambil tersenyum. Pipi Wardiena di cubit lembut sebelum dia berlalu ke ruang tamu.

Wardiena menyentuh pipinya yang terasa panas. Lama dia mengusap pipinya sebelum tersenyum. Ubat terus di telan. Air di habis kan terus satu gelas.

DUB.. DAB.. DUB.. DAB aje jantung ni. Ish, orang tua-tua cakap kalau jantung berdegup laju, maksudnya ada tetamu nak datang rumah, kan?

Eiii, dekat mana relate nya. Langsung tak relevan la Wardiena. Kalau kau dubdab jantung sebab suami kau, jangan la kau terhegeh-hegeh cipta ayat bagai.. Nampak sangat menipu tu.

Ding.. Dong.. Ding.. Dong..

Loceng rumah di tekan berkali-kali. Habis bising satu rumah. Ridhwan segera melangkah ke pintu utama. Siapa la yang datang agaknya? Tetamu Wardiena barangkali. Eh, jangan cakap Mak dia yang datang. Memang masaklah kena dengar ceramah hubungan suami isteri. Yang paling tak boleh tahan, ayat Mak dia memang takde penapis langsung. Sangat daring punya ayat-ayatnya. Terus menusuk ke kalbu.

" Ye, ada apa? " soal Ridhwan tatkala tetamu itu memandangnya lama, selepas pintu di buka. Jangan cakap kau spesies kunyit pulak. Eiii, please la cari mangsa lain.

Si tetamu menolak sedikit bahu Ridhwan sebelum melangkah masuk. Amboi. Ternaik sikit kening Ridhwan. Wow, tetamu zaman 2021 memang gini eh, gaya nya? Nak masuk rumah orang, tapi tak beradab langsung. Eh, tapikan. Kalau tetamu ni datang bukan sebab dia, habis siapa? Siapa lagi ya tinggal dekat rumah ni selain dia dan... Wardiena?

Ayyo, lelaki tu ada niat tak baik tak? Kut-kutlah nak santau ke. Ish, risau sungguh la. Orang zaman sekarang ni, kita susah nak duga. Yang kita nampak baik tu, yang tu pulak perangai macam setan. Yang kita dah cop sebagai orang jahat pulak, nanti berperangai macam malaikat. Aduhaii. Itu la sebab nya kita tak boleh nilai seseorang itu dari luarannya sahaja. Bak kata omputih, dont judge the book by it's cover.

Ridhwan menutup kembali pintu kayu separuh kaca itu. Mungkin adik beradik kot. InshaAllah, fikir baik-baik Wan. Jangan berburuk sangka.

Dia terus berlalu ke dapur. Niatnya untuk memberitahu Wardiena tentang kedatangan tetamu yang tidak dia kenali. Mana tahu Wardiena kenal ke.

" Oh my baby. Comelnya buah hati abang ni. " suara si lelaki tadi umpama hujan jatuh ke padang pasir buat Ridhwan. Terpanar dia dek ayat manis lelaki itu. Gila betul. Takkan la dia cakap dekat wife aku macam tu, kot? Tak sedar ke suami dia dari tadi asyik memerhati.

" Ya Allah, boyfriend orang dah balik. Makin hensem eh, Abang Norman ni. Mesti awek keliling pinggang ni. " usik Wardiena pula saat lelaki bernama Norman itu, memeluknya.

" Banyak sangat orang nak kat Abang. Tapi Abang tunggu baby aje tau dari dulu. Abang kan kekasih yang setia. " kata Norman pula. Tangannya sudah memeluk bahu Wardiena, mesra.

" Uissh, sweetnya dia. Malu titew. " terkekek Wardiena ketawa. Sambil itu tangannya yang di penuhi tepung, di sapu sedikit di wajah kacak sepupu merangkap abang angkatnya. Dengan Norman, walau dalam mood PMDD, dia tetap akan jadi mood pelangi bunga-bunga cinta. Seronok sangat melayan kerenah Norman yang kaki mengusik, kaki bola dan kaki romantik ni.

Norman mengambil tepung di dalam mangkuk lalu di lumur laju ke wajah Wardiena. Dia ketawa berdekah-dekah sambil menunjuk ke wajah Wardiena. Comel la. Macam pontianak pun ada. Pontianak versi Emma maembong. Wuish, bergetar tulang rusuk bila tengok adik sepupunya yang sedang mengetap bibir mungil dia tu. Comel. Entah berapa kali dah dia puji Wardiena.

" Ehem, nak masak ke nak buat drama dekat dapur ni? Maaf eh mencelah, perut abang dah lapar sangat ni, sayang. " Ridhwan menyampuk tiba-tiba. Meluat sungguh la tengok muka lelaki tu. Memang la hensem, dan boleh di katakan ada ciri-ciri lelaki idaman wanita, tapi perangai dia... Haish.. macam cicak kobeng lagi. Bukan main mesra dengan wife orang. Tak fikir ke halal haram?

" Dah lipat baju belum? Amboi, abang ni.. Orang suruh buat kerja sikit aje pun. Last-last dia datang ke dapur, kacau orang nak bersembang pulak. Dah-dah, pergi ruang tamu sana. Lipat baju lagi afdal dari menyampuk perbualan orang lain." halau Wardiena dengan tangan mencekak pinggang. Persis mak-mak bila marah anaknya.

Norman sudah ketawa kecil saat melihat bibir Ridhwan yang sudah memuncung. Lawak la. Lelaki buat muncung itik macam tu.

" Masak la cepat-cepat. Abang lapar. Kain baju tu, malam pun boleh lipat. Takpelah, kau kan baru datang. Pergi la ruang tamu sana. Tolong sikit Tuan rumah ni. Takkan la datang rumah orang, tak mau menolong Tuan rumah pulak kan? Rajin-rajin kan diri anda ya. " ujar Ridhwan kepada Norman. Benci sungguh la. Boleh pulak dia gelak kan kita.

Laju Wardiena memotong apabila terlihat Norman ingin menjawab. " Apa pulak abang ni? Abang Norman pun Tuan rumah ni jugak tau. Dia ada hak nak buat apa-apa pun. Ish, lagipun baju-baju semua tu, baju kita kan? Takkan la nak suruh abang Norman lipat kan. Merepek ajela petang-petang macam ni." kata Wardiena dengan riak wajah kurang senang.

Norman hanya mengangguk setuju. Ini pun rumah dia jugak.

" Okeylah kalau macam tu. Lebih baik kau rehat aje dalam bilik. Aku boleh aje menolong wife aku masak. Setakat ni, tangan aku masih boleh berfungsi lagi. InshaAllah, tak cacat atau lumpuh, sehingga perlu kan bantuan orang lain. " balas Ridhwan penuh sarkastik. Entah kenapa dia jadi emosional pulak ni. Cemburu kot?

Wardiena menghembus nafas kuat. Ridhwan ni kan? Memang nak kena siku ni. Mereng ke apa entah? Tiba-tiba buat perangai. Malu Wardiena dengan Norman.

" Lebih baik abang pergi tidur aje dalam bilik. Mana tahu lepas bangun nanti, betul pulak ke segala fius dalam otak tu. " halau Wardiena lagi.

" Eh, mana boleh tidur kalau takde sayang. Tak seronok la, kalau tidur tak peluk-peluk, kan? Lagipun ingat lagi tak apa yang sayang selalu buat sebelum kita tidur? Sayang akan cium pipi, dahi, rambut, hidung dengan bibir abang. Lepas tu nyanyi lagu untuk abang. " bohong Ridhwan semata-mata ingin menyakitkan hati Norman. Tak betah kalau dia masuk bilik dan membiarkan Wardiena berdua-duaan dengan Norman. Lelaki spesies macam tu, bukannya boleh percaya sangat.

Tergeleng laju kepala Wardiena. Gila. Ya ini sungguh gila. Bila masa pulak dia kiss - kiss bagai ni? Aduh. Bingung sik dengan sikap mas Ridhwan ini. Benar-benar capek gue. Wardiena terus menarik tangan Ridhwan ke tingkat atas. Memang nak kena lelaki ni. Suka-suki dia aje buat cerita bagai.

Ridhwan sungging senyum sinis dekat Norman sebelum berlalu. Tanda dia menang kononnya. Ah, nasib kau la, Wan. Ingat dapat madu eh dekat tingkat atas? Jangan sampai kau pulak yang dapat racun nanti. Menyesal tak guna la.

********

Norman betul-betul tak boleh nak tahan tawanya apabila melihat muka Wardiena yang ketat itu. Terletus juga ketawa kuat dari bibir nipisnya.

Wardiena pandang Norman dengan hidung yang sudah kembang-kempis.

" Abang gelak lagi, memang hilang la gigi tu nanti. Baby cakap betul-betul ni. " ugut Wardiena sambil mengalihkan cucur ikan bilis yang sudah garing ke dalam pinggan.

Manusia bernama Norman Hakim ni, mana pernah nak serik. Makin galak lagi dia ketawa.

Wardiena acah-acah nak tempek sudip besi panas ke wajah Norman. Orang tak makan saman gini la, hukumannya.

Terjerit-jerit Norman sebelum berlari ke meja makan bibik. Selalunya bibik akan makan di dapur. Puas sudah di ajak makan sekali, tetapi mereka tetap menolak. Barang kali segan dan malu kot dengan majikan mereka.

Usai menggoreng cucur, Wardiena yang masih kelat wajahnya ke singki pula untuk mencuci pinggan mangkuk yang kotor. Ridhwan memang nak kena ni. Dah habis guna cawan, basuh la balik cawan tu. Ini, boleh di tinggal kan aje di atas meja. Isk, geram gila. Rasa macam nak gigit gigit aje tangan suaminya.

" Betul ke, Diena smack down dia sampai terlena?" soal Norman dengan sisa tawanya.

Wardiena menoleh kepada Norman sebelum menyambung kembali kerjanya. Orang lelaki ni, memang la. Kita kena ajar dia sikit. Baru dia tahu langit tinggi rendah. " Asal tak percaya ke? Nak try rasa?" soal Wardiena kasar. Mak aiii, mood PMDD sudah kembali.

" Oiit, garangnya. PMDD, ini your boyfriend, ok? Tak nak la marah-marah. Relax and chill, ok? Abang tanya aje kan. Tak mau lah emo-emo. " suara Norman sudah bertukar manja. Dia tahu, Wardiena ni, memang cair dengan suara manja-manja. Confirm marah-marah dia sebentar tadi akan hilang.

Wardiena tersenyum senang. Tahu-tahu ajela Norman nak cool down dia balik. Memang tadi dia lempang Ridhwan sedas sampai tertidur suaminya. Kalau tak buat macam tu, memang banyak lagi lah ragamnya.

" Tengok, kan manis senyum macam tu. Baru la best Abang nak tengok muka baby. " puji Norman apabila melihat Wardiena sudah tersenyum..

Jeda.

" Diena rasa lepas ni, tak sesuai lagi la untuk Abang manja-manja macam ni. Suami Diena dah tersalah sangka dengan kemesraan kita. Tak nak la sebab benda macam ni, Ridhwan cemburu. " terang Wardiena sambil membawa pinggan cucur ke meja yang di duduki Norman. Seketul cucur di suapkan ke mulut. Uissh, sedap nya. Sapa masak la ni? Kalah chef dekat hotel 5 stars. Haha, sekali sekala angkat bakul sendiri.

Norman tersenyum segaris. " Okey. Kita tak payah mesra terlebih gula macam ni lagi. Tapi Abang tak janji tau, untuk berubah dalam sekelip mata. Benda macam ni walau nampak simple, tapi ambik masa jugak. Abang dah terbiasa macam ni, so agak sukar untuk nak ubah." katanya sambil menyuap dua ketul sekali gus cucur ke dalam mulut.

" Serupa tak makan setahun aje, ni? Kak Aleen tak kasi makan ke suami dia? "

" Uissh, awat cakap macam tu? Sebab terlebih bagi 'makan' la, sampai anak 4 dah ni. Hahaha. " Norman ketawa galak lagi.

Wardiena sudah menoleh ke arah lain. Gila betul. Geli la dengar topik suami isteri ni. Dia masih dara lagi eh, jadi tak sesuai untuk benda-benda macam ni masuk ke hawa telinga.

Tapi kau dah kahwin, kan? So, tak boleh lari la kalau diusik atau di bualkan tentang topik dalam selimut macam ni. Eh, bila sebut tentang topik ni, teringat pulak dekat Mak mentua dia. Tiap-tiap hari tanya perkembangan mereka suami isteri. Contoh soalan yang Mak mentua dia selalu tanya macam ni...

" Ada isi lagi tak? "

" Nanti kalau tak lekat jugak, kita pergi berurut dekat Mak Siah Yam Chik."

" Kamu tu jangan tunggu laki kamu aje mengajak masuk bilik, kamu pun sekali sekala goda-goda la sikit dia. Mak tahu, anak Mak tu memang spesies manja. Confirm kalau kamu pandai mengajak, dalam masa terdekat ni memang akan ada isi dalam tu. "

Hah, macam mana? Daring tak soalan Mak mentua tercinta dia? Boleh tergulung lidah dalam mulut menghadapnya. Stress jugak woo.. Dia masih lagi segan, manakala Mak mentua pulak dah tak sabar sabar nak ada cucu. Aduhaii.. Nak nanges lah. Huhuhu....

Sorry semua Dania terlambat update untuk kelmarin. Hehe... :p MONDAY/11 JANUARY 2021 (00:51)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience