IT~6

Romance Series 16849

Bab 6

Mak Ton mengambil telefonnya dalam handbag. Nombor Wardiena cuba di hubungi berkali-kali tetapi hanya bunyi suara acik operator yang menjawab. Di mana kah dia? Tak pernah lagi Wardiena buat perangai macam ni. Tetamu pulak asyik tanya mana pengantin perempuan. Sebab yang tinggal sekarang ni hanya pengantin lelaki sahaja yang leka berbual dengan pengapitnya. Ish, takkan lah Wardiena lari dari majlis ni? Tak.. Tak.. Tak.. Wardiena ni jenis sayang tahap potong kaki dekat papa dia. Jadi takkan la dia nak tengok papanya sedih dan menanggung malu pulak.

" Hello, Samuel. Tolong cari anak saudara I. Dengan kadar segera. " ujar Mak Ton sebelum mematikan talian. Haish, budak ni..

Mak Ton terus berlalu ke arah abangnya yang leka melayan tetamu. Nampak mesra mereka berbual-bual.

" Abang, Diena hilang. Puas Ton cari tapi tak de." bisik Mak Ton di telinga Tuan Roslee. Mukanya sudah mempamerkan riak wajah risau.

Tuan Roslee terus berlalu untuk mencari puterinya. Gadis itu la satu-satunya peninggalan arwah isterinya. Yang selalu menceriakan dan mewarnai hidupnya selamanya ini.

Dari jauh Ridhwan memandang papa mentuanya dan Mak Ton yang nampak risau. Kenapa? Ada yang tak kena ke? Rasanya goodies bag pun berjuta lagi, takkan dah habis dah kott..

" Fit, kau rasa kenapa bapa mentua aku nampak risau sangat eh? " soal Ridhwan sambil menyiku lengan Fitri, pengapit yang merangkap abangnya.

Fitri angkat bahu sambil menyambung makan semula. Tak nak tahu.

" Weh, wife aku lama betul pergi toilet. Kau rasa dia okey ke? Eh, sebab tu lah kot, kan? Papa aku kehulu-kehilir. Kalau macam tu, aku nak cari wife aku dulu la. " Ridhwan ingin bangun tetapi pantas di tahan oleh Fitri.

" Alah, pergi toilet aje kan? Sekejap lagi datang la tu. Relax arr bro. " kata Fitri sambil mendudukkan kembali Ridhwan. Jangan pergi Wan. Jangan..

Ridhwan yang sememangnya positive thinking terus duduk kembali. Sangkanya, Wardiena akan kembali semula ke sini.

Tiba-tiba, Mak Lela datang ke meja makan beradab. Mukanya nampak tergesa-gesa. Terus di beritahu akan kehilangan Wardiena kepada Ridhwan dengan kuat. Yang cameraman dan wartawan semua dah buat muka terkejut. Pengantin perempuan hilang dari majlis kahwin?

Yeay, berita sensasi ni. Confirm laris majalah dan surat khabar esok kalau berita ni gempar satu Malaysia. Stesen TV juga akan tranding esok sebab berita panas ni. Uikks, rupanya kehilangan Wardiena ada hikmah juga la, kan?

Ridhwan terus meluru keluar dari dewan perkahwinan. Itu la dia dah rasa lain macam aje dari tadi. Macam apa yang berlaku ni di rancang?

***********

Nasrin mengeluarkan pisau rambo dari dalam handbagnya. Sakit hati dari tadi kot. Mata cakap tak mau tengok, tapi hati menjerit, cakap nak. Arghh, haru jadinya.

Perlahan-lahan dia melangkah ke katil yang menempatkan Wardiena yang tertidur, akibat sejenis ubat yang mampu membuatkan seseorang itu sakit kepala melampau. Tak sia-sia aku upah orang letak ubat dalam cawan dia. Hehe. Kuasa duit, kan? Yang nampak mustahil boleh jadi pasti.

Pisau di bawa menari-nari di wajah mulus Wardiena. Perempuan ni cantik sangat kot. Sayang la kalau toreh muka dia macam tu aje. Kulit dia pun lembut gila siot. Confirm, Ridhwan suka, kan?

Sebut aje nama Ridhwan terus Nasrin jadi sakit hati tiba-tiba. Lelaki tu dia punya. Dia yang cop dulu. Orang lain tak boleh ambik. Di pandang wajah Wardiena yang tertidur culas itu, membuatkan Nasrin jadi makin benci. Aku kena hapuskan juga perempuan ni.

" Nasrin, stop it. " Natasha muncul dari luar. Dia pun ada juga Kad akses untuk masuk bilik tu. Mukanya sudah menyinga. Perempuan berjubah hitam itu di pandang dengan perasaan benci.

" Kau sentuh dia walau pun seinci, aku tembak kepala otak kau sampai berkecai daging. " jerkah Natasha sambil mengeluarkan pistol dari sling bag nya. Hanat betul perempuan depan nya ni.

Kalau ikut rancangan, Nasrin akan ambik Ridhwan. Dan Natasha pulak akan memiliki Wardiena tanpa mencederakan pujaan hati masing-masing. Itu yang termaktub dalam perjanjian, tetapi Nasrin mungkir.

Nasrin mendengus kasar sebelum keluar. Walau se-psiko dia, lebih psiko lagi Natasha. Otak nya macam ada wayar putus. Bahaya gila kalau buat degil dengan dia.

Natasha tersenyum lebar tatkala pintu di tutup. Wardiena sayang, Sha datang ni. Sha teman Diena tidur ya. Shhh, Sha ada. Sentiasa ada untuk Diena. Lepas ni Sha akan buat Diena jadi milik Sha sampai ke syurga..

Natasha naik ke katil lalu di baringkan tubuhnya di sisi Wardiena. Di kucup pipi mulus gadis itu dengan sepenuh perasaan. Tangan sudah di lingkarkan ke pinggang Wardiena. Argh, ini la hari paling bahagia dia. Dapat berpelukan dengan si dia yang tercinta. Aish, kalau boleh hentikan masa, dah lama Natasha nak. Biar la 20 tahun pun mereka berpelukan. Tetap takkan jemu.

Di laga-laga kan, pipi mereka berdua. Arghh, rasa bernafsu pulak sekarang ni. Di belai-belai tubuh Wardiena dengan lembut lagi kan menggoda. Hanya pandangan penuh makna di berikan sebelum.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience