IT~4

Romance Series 16849

Bab 4

Kaki di bawa masuk ke dalam sebuah butik pakaian yang mempunyai 4 tingkat sebenarnya. Mata Ridhwan naik juling memandang pakaian-pakaian yang di sangkut dengan begitu kemas.

Ya Allah, aku dalam syurga ke ni? Haruman mawar begitu menusuk hidung. Dengan alunan muzik berentak perlahan. Arghh, begitu menenangkan fikiran. Nafas di tarik perlahan-lahan dengan sedalam-dalamnya untuk merasai kenikmatan bauan ros. Bunga Ros juga boleh di jadikan aroma terapi. Justeru, ia juga elok di gunakan untuk merawat masalah emosi, kemurungan serta juga boleh menguatkan tubuh dengan mencium aromanya.

" Abang? " panggil Nur Wardiena dari hadapan pintu lift. Terukir senyuman tatkala matanya memandang Ridhwan yang begitu ralit dengan dunianya sendiri.

Ridhwan memandang sekeliling sebelum berlalu mendapatkan isterinya. Malu siot.. Nanti orang ingat aku ni dari planet mana, pulak? Nampak sangat macam rusa masuk kampung. Muka usah ditanya la, memang dah berona kemerahan.

" Abang suka ke aroma dalam butik Mak Lela, hmm? " soal Wardiena sambil jari telunjuknya yang halus menekan punat di lift.

Ridhwan angguk kan kepalanya. Dah dia suka, takkan nak geleng pulak kan?

Alahai... Lift ni pun,cantik gila. Transparent sahaja dindingnya. Kiranya kita di atas ni, boleh lah tengok orang dekat bawah. Walau dindingnya lut sinar tetapi di dalam kaca lut sinar itu ada tulisan kecil yang tertulis A&B Exclusive Boutique. Wah, memang ekskusif gila.

Pintu lift terbuka dengan sendiri nya, apabila tiba di tingkat yang ingin di tuju. Wardiena menarik tangan Ridhwan yang nampak leka menyentuh dinding lift. Tahu la, cantik Cik Abang oiii.. Tapi agak-agak lah, orang lain pun nak masuk jugak. Dua orang wanita di hadapan Wardiena memerhati sahaja tingkah laku Izham. Nampak jakun pun ada.

Ridhwan tersenyum malu. Arghh, teruknya kau Izham. Tak cover langsung ketakjuban kau tu.

" Welcome Miss Wardiena. Have a sit. " sapa mesra si penyambut tetamu itu. Senyuman semanis madu di ukirkan kepada Wardiena yang nampak feminine itu. Dari atas kepala ke kaki, semuanya begitu indah. Yang pastinya, semua yang tersarung di tubuh itu sememangnya mahal-mahal belaka.

Matanya tertumpu pula kepada lelaki di sisi Wardiena. Nampak terlangut-langut memandang orang lain memilih pakaian. Very village. Tengokla,pula baju yang tersarung di tubuh tegap itu.. Argh, sangat tak fashionable. Dengan baju t-shirt yang lusuh, seluar pulak aci main pakai aje,seluar tracksuit yang entah ada berapa line tu. Macam beauty and the beast pulak. Gandingan terburuk di dunia.

Wardiena angguk kan kepalanya sambil tersenyum. " Tak payahlah nak panggil Miss.. Miss bagai. Awak panggil aje Diena." jawab Wardiena sebelum berlalu.

Ridhwan masih leka memandang sekeliling. Bukan selalu kot, dia dapat ke boutique mewah macam ni. Hanya orang ada-ada aje yang mampu masuk. Lagi satu, haruman di tingkat ini pun berbeza dari tingkat bawah. Yang ini berbau citrus yang lembut.. Arghh, sangat mengasyikkan.

" Hey, you. Berapa lama you kenal dengan Miss Wardiena? " soal si gadis dengan wajah yang kerek. Ridhwan di pandang atas bawah sebelum dicebikkan bibirnya.

" Saya ke, awak? " soal Ridhwan yang dari tadi asyik mengelamun itu.

" Yalah. You, lah. Ada lagi ke, orang lain dekat sini? " soal si gadis dengan wajah mencerut.

" Oh Saya eh? Saya kenal dengan Cik Diena baru 3 hari. Kenapa ya, awak bertanya? " soal Ridhwan sambil tersengih. Ramah jugak, kan penyambut tetamu dekat butik ni.

" 3 hari? Ah, too early,la. Lebih baik you pergi dari hidup dia. You all are totally different. Miss Wardiena bagaikan bunga matahari, you pulak bagai rumput yang melata. Yang hina.

Memang bukan padanan yang sesuai langsung. Lebih baik you blah awal-awal, dari dia campak you nanti. Jangan cakap I tak nasihat. " ujar si gadis berlagak itu. Hidungnya kembang kempis mengawal amarah.

Tapi peliknya, celah mana pulak yang dia nak marahnya? Bukannya Ridhwan jentik telinga dia pun? Jauh lagi kutuk dia dekat FAC.

Ridhwan tersenyum lemah. Dia ingin berlalu mendapatkan Wardiena tetapi, tubuhnya di tolak tiba-tiba. Dalam keadaan yang tak sedia, Ridhwan terus terjatuh ke lantai marmar yang berkilat tu. Aduhh.. Macam nangka busuk pulak dia jatuh. Semua orang di situ sudah memandang Ridhwan dengan senyuman sinis.

Mungkin mereka menyokong apa yang si gadis lakukan? Yalah, kan, high-class macam diorang mana lah, nak layan orang kelas bawahan macam Ridhwan ni.

Ridhwan tutup mukanya dengan telapak tangan. Malunya, bila jadi bahan tontonan orang lain. Ada jugak orang yang merakam situasi itu. Mesti nak viral.. Argh, dunia zaman sekarang. Memang tiada batasan betul. Senang-senang nak share, nak kutuk berjemaah.

" Hoi !!" dari jauh Wardiena memekik. Haish, tak boleh tinggal suami sekejap. Ada aje yang nak mengacau.

Wardiena berjalan dengan langkah yang laju ke arah suaminya. Di tarik tangan Ridhwan untuk bangun. Terus anak mata mencerlung garang memandang si gadis yang sudah pucat lesi itu.

" Kau buat apa dekat suami aku? Hei, perempuan. Sebelum nak mengutuk tu, suluh sikit muka kau yang berkerak tu. Ada hati nak kutuk laki aku. Sekarang-kurangnya, walau penampilan dia tak ikut fashion, dia ada title anak dato. Tapi kau, title apa? Anak setan?

Hah, yang korang semua, rakam-rakam lagi. Aku campak telefon sekor-sekor sampai pecah baru tau. Bukannya nak cegah kemungkaran, tapi diorang yang pulun buat.. Dah abang, jom masuk. " jerkah Wardiena sebelum berlalu diikuti dengan Ridhwan.

*****************

" Wow, cantik, kan? Bang. " Wardiena tunjuk kan gaun labuh yang siap di jahit oleh para penjahit professional boutique mak langnya.

Gaun labuh rona lavender dusty blue Wardiena polos di bahagian atas, manakala pada bahagian bawah di tampal dengan sulaman bunga bertatahkan batu Swarovski. Gaun itu menggunakan fabrik jenis tulle dari bahagian atas sehingga ke bawah kecuali bahagian lengan sehingga ke pergelangan tangan digunakan fabrik jenis satin yang di penuhi degan batu Swarovski kecil yang berkilauan.

Gaun labuh itu dapat memberikan ilusi yang mewah dan penuh elegan kepada si pemakai.

" Cc.. Cantik. " tergagap Ridhwan nak menjawab. Bukan apa, tadi mood isterinya memang sangat bad, tapi sekarang dah jadi happy mood pulak. Seram pulak bulu roma..

Wardiena menyentuh lengan Ridhwan dengan lembut. Di elusnya perlahan. "Abang masih terkejut ya, dengan situasi tadi? Saya minta maaf ya, kalau buat abang takut. Saya tak nak diorang sakit kan abang.

Perempuan tadi tu memang melampau. Kenapa, kalau orang yang berpenampilan tak seperti orang kaya, tak sesuai ke masuk dalam ni? Mak Lang Saya pun takde pun letak syarat macam-macam. Janji manusia sudah la..

Abang jangan terasa ya, dengan apa yang berlaku tadi. Takpe, perempuan tu pun dah di pecat. Boutique macam ni tak perlu kan pekerja yang takde adab macam tu. " ujar Wardiena dengan muka yang kesal. Kesal betul la, tak dapat nak lindungi Encik suami.

" It's okay la, awak. Saya dah terbiasa sangat dah dengan semua ni. Saya tak terasa pun. "

" Really? "

" Yes. "

" Are you sure? "

" Yes. "

" Seriously? "

" Jangan sampai Saya kiss kut. " balas Ridhwan sebelum berlalu ke sebalik baju-baju di rak di hadapan. Mak.... Orang tersilap sebutlah..

Wardiena tersenyum sebelum meloncat-loncat ceria. Ohhh, macam ni lah caranya nak buat Encik suami tak malu? Just tanya soalan banyak kali? Hahaha.. Lepas ni boleh cuba lagi la.. ©~©

***************

" Kurang ajar punya jantan low class. Sebab dia la, cik Diena marah aku. Argh, kau memang nak kena. Aku akan buat kau menyesal nanti. " katanya sambil mengangkat barangnya keluar dari butik itu. Sudah lama dia bekerja di situ kerana minat yang yang mendalam terhadap Wardiena.

" Hehe. Padan muka kau Tasha. Mulut tu celopar sangat. " kata rakan sekerjanya yang ingin menempah maut tu.

Natasha menjeling kawan sekerjanya sebelum berlalu. Buat sakit hati berulam jantung ayam lagi kalau dia membalas.

Teringat lagi saat pertemuannya dengan Wardiena dahulu. Ketika itu dia masih nerd. Pakai cermin mata dengan muka penuh jerawat batu.

" Awak okey, ke? Nak Saya bawa awak ke klinik?" soal Wardiena tatkala dia ternampak Natasha duduk di tepi jalan sambil menangis.

" Jangan nangis-nangis, k? Orang yang kacau kita ni, sebab diorang dengki dengan kita. Diorang tak kan senang kalau pilih jalan macam ni. Awak tabah ya. InshaAllah, Allah ada bersama kita. " begitu manis suara lembut Wardiena menyapa pendengaran Natasha.

Dia diejek kerana wajahnya yang hodoh. Yang buruk. Sejak dari kecil lagi, tiada Siapa yang nak berkawan dengan dia. Kecuali Wardiena. Selalu gadis cantik itu datang bertemu dengan dia. Borak-borak,makan-makan, jalan-jalan.

Wardiena tak pernah pun kesahkan rupa parasnya. Keikhlasan gadis itu benar-benar menambat hatinya. Lama-kelamaan, Natasha jadi minat pula dengan gadis yang sentiasa bertakhta di hatinya. Tanpa dia sedar,dia terlalu obses dengan Wardiena.

Tapi bila dia dah kerja dekat butik Mak Lang Wardiena, gadis itu seolah-olah tidak mengenali dia pula. Tengok la, macam tadi.. Wardiena marah-marah dia.

' Takperlah, Diena. Saya tak terasa pun. Saya tahu awak tak sengaja, kan? Cakap macam tu? Mesti awak terpaksa kan, awak kena cakap macam tu dekat saya? Sebab dia suami awak.

Tulah, sampai sekarang Saya tak nak kahwin tau. Sebab Saya nak tunggu awak aje. Kita boleh hidup sama-sama sampai bila-bila, kalau Saya hapuskan lelaki tu. ' desis Natasha dengan muka yang ceria. Sempat dia mencium cermin kereta Wardiena saat dia lalu di tepi kereta pujaan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience