IT~7

Romance Series 16849

Bab 7

Wardiena hempas segala barang dalam bilik. Air mata dari semalam lagi sudah bercucuran mengalir. Bengang sungguh muka dia. Dia bersumpah dia nak bunuh perempuan tu, kalau dia jumpa. Memang matilah aku tumbuk kau.

Ridhwan yang sedang asyik membaca buku, terkejut anjing di buatnya. Nasib baik buku tu tak terbaling ke muka dia. Kalau tak sia-sia rosak muka dia yang baru pergi facial.

" Aku bunuh kau Natasha! Aku sembelih kau sampai putus urat tengkuk semua. Eieiiii. " jerit Wardiena sampai bergegar satu rumah. Burung yang duduk atas atap rumah pun terus terbang ke awan. Barang kali dah meluat dengar dia jerit dari kelmarin.

Ridhwan melangkah menghampiri Wardiena yang sedang berdiri menghadap cermin. Sejak kelmarin jugak Wardiena sental tubuhnya dengan scrub. Jijik kata nya. Losyen pun dah habis dua botol dia sapu dekat badan.

" Sabar ya, awak. Perempuan tu dah di hantar jauh dari benua Asia dah. Orang ayah awak dah hantar dia ke Atlantika. Biar mati sejuk. " pujuk Ridhwan sambil usap bahu Wardiena. Dari semalam Wardiena jadi Serigala Jadian. Kerja terpekik terlolong sampai ahli keluarga yang lain pun dah pergi bercuti sebab nak tenangkan perasaan. Semua pakat jadi kurang pendengaran.

Wardiena menangis lagi. Dia rasa diri dia kotor sangat. Entah apa yang Natasha gila tu sentuh dia. Dia tak tahu. Dia tak nak tahu.

Ridhwan terkelip-kelip biji matanya bila memandang Wardiena yang memeluk tubuh. Dia nak buat apa? Nak peluk sekali ke? Macam cerita Korea dengan Hindustan tu? Boleh ke? Macam tak sesuai pulak dengan situasi sekarang ni.

Kejadian dua hari lepas kembali terlayar di fikiran.

Ridhwan berlari ke bilik suite honeymoonnya. Kut-kutlah Wardiena pergi ke sana pulak ke. Siapa tahu? Nak touch up makeup ke? Sebab mekap tebal-tebal dekat muka tu pun, Wardiena yang mekap sendiri. Orang berbakat ni, semua benda dia nak buat.

Ridhwan bukak pintu guna kad aksesnya. Eh, apasal tak boleh pulak ni? Di leretkan kad sekali lagi. Tak boleh jugak? Kenapa ni? Ya Allah. Apa dah jadi ni. Di tilik kad akses sekali lagi.

Ya Allah bilik aku nombor 1865. Tapi kad akses ni, 1856? Oh my? What the hell?

Ridhwan ingatlah. Otak dia masih kuat bekerja lagi. Dia cam sangat itu bilik dia.

Terus pintu di ketuk-ketuk. Kenapa firasat dia rasa ada something tak elok akan jadi? Macam sesuatu yang di plan atau di rancang? Ya Allah, jauhi la aku dan isteri ku dari benda-benda yang tak diingini.

Pintu di buka oleh seorang wanita yang Ridhwan sendiri tak kenal. Berambut blonde dengan mekap nya yang sememeh. Oh, fikiran kotor Ridhwan mula nak terfikir benda tak elok. Husnuzon Wan. Husnozon.

" Ini bilik Saya, kan? " soal Ridhwan dengan muka yang penuh tanda tanya.

" Betul lah tu, bilik kau. Okeylah, aku nak balik dulu. Cakap dekat wife kau, Natasha enjoy gila. " Natasha terus berlalu sambil ketawa jahat.

Ridhwan terus masuk dengan muka yang risau. Apa yang enjoy sangat tu? Eh, kenapa jantung aku dub dab sangat ni? Saat kaki melangkah masuk ke dalam bilik, terus melopong mulut Ridhwan. Ya Allah.. Apa kah? Terhidang dengan pemandangan yang sangat memalukan. Ridhwan pejam matanya, rapat-rapat.

Handphone di ambil juga untuk menangkap gambar yang Ridhwan sendiri tak boleh describe. Terlalu jijik. Wardiena tertidur dalam keadaan tinggal singlet hitam nya sahaja pada bahagian atas manakala bahagian bawah nya tertutup dengan selimut. Yang rambut pulak, yang sentiasa di tutupi hijab terus di biar lepas. Ya Allah, benar kah apa yang aku tengok ni? Adakah isteri ku telah terlanjur jauh sebegini?

Wardiena buka matanya tatkala merasai lampu yang menyuluh ke wajah. Hilang sikit sakit kepala yang dari tadi menggila. Di dudukkan tubuh sambil bersandar di katil.

" Awak. "

Wardiena menoleh wajah ke arah suaminya yang berdiri tercegat sambil pegang telefon. Kenapa Ridhwan tengok dia sampai macam ni? Terus kepala di jatuhkan ke selimut di tubuh. Terus terbeliak biji mata Wardiena. Nafasnya turun naik memandang dirinya sendiri. Tahun bila pulak dia biarkan baju macam ni? Dulu, walau pun masih bujang, Wardiena tetapkan akan memakai anak tudung ketika tidur. Tak boleh tak pakai.

Ya Allah!!! Apa yang Ridhwan dah buat ni? Dia curi-curi bukak baju aku ke? Kenapa dia tak faham yang aku masih belum sedia lagi. Muka aje nampak baik tapi perangai macam setan. Sampai hati dia buat aku macam ni.

Kain selimut di tarik menutupi tubuh badannya. Hanya di biarkan nampak muka sedikit. Aib sungguh dirinya saat ini.

Ridhwan berdiri tegak tanpa sepatah kata. Dia nak buat apa ni? Nak pujuk ke? Ya Allah, aku mana tahu pujuk perempuan.

" Awak, perempuan tu dah pergi. Saya tak sempat nak kejar dia. Dia sempat pesan yang, " Natasha enjoy gila." Errr, awak ada buat apa-apa ke dengan dia? " soal Ridhwan dengan wajah tanpa riak. Dia tak rasa apa. Cuma sedikit rasa jijik.

" Perempuan? " soal Wardiena dengan muka tak percaya. Ke lelaki ni buat cerita? Dah baling batu, sorok tangan pulak.

" Ha'ah. Awak tak ingat apa-apa ke? Awak cakap nak ke toilet. Tapi dah lama Saya tunggu, tetap awak tak datang ke dewan jugak. Itu yang Saya cari awak dekat sini. Elok Saya ketuk pintu, seorang perempuan rambut blonde terus buka pintu. Dia cakap dia enjoy. Tapi Saya tak tahulah dia enjoy pasal apa. " jelas Ridhwan dengan muka tak bersalah.

Wardiena panggung kepalanya ke arah Ridhwan. Betul ke apa yang Ridhwan cakap tadi? Tapi nak percaya pun macam susah pulak. Nama pun lelaki, tak boleh lari dari nafsu. Mesti ada jugak perasaan tu. Tipulah kalau kucing buat bodoh aje kalau ada ikan segar depan mata. Mesti nak ratah jugak.

" Saya berani junjung Al - Quran,kalau awak tak percaya. Demi Allah, Saya tak sentuh awak langsung. Kalau Saya nak sangat dah lama Saya boleh buat, tak perlu nak curi-curi buat macam ni." Ridhwan pertahankan dirinya dengan bersungguh-sungguh.

Ewah, kalau sembang anjing pun boleh mengiau. Nak buat konon, bukan dia ke yang paling elak untuk duduk berdua-duaan? Eiii, dalam nak cerita benda sebenar, boleh terselit juga dengan pembohongan. Ridhwan.. Ridhwan.. Nak yakin kan orang pun, memang ke laut dalam.

Tok. . Tok. . Tok. . Tok. .

Pintu di ketuk kasar dari luar. Serentak Wardiena dan Ridhwan memandang ke pintu. Kemudian mereka berpandangan.

" Bukak pintu ni. Hoi, jangan nak buat maksiat. Keluar sekarang. " suara dari luar begitu keras melaung. Di ketuk-ketuk bertubi-tubi.

Wardiena semakin menggigil. Air mata bercucuran mengalir.

Ridhwan pejam matanya. Dia perlu lakukan sesuatu. Ini demi maruah Wardiena. Biarlah kalau di katakan dia gelojoh pun.

********

Terbeliak biji mata Tuan Roslee saat terpandang gambar anaknya sedang berbaring dalam pelukan seorang wanita yang sebaya dengannya. Ya Allah, aku tak percaya ini anak aku. Tak bukan. Ini bukan dia. Anak aku takkan buat benda terkutuk macam ni.

Terdengar para tetamu berbisik sambil memandangnya. Dulu dia di segani tetapi kini segalanya musnah dengan sekelip mata. Kenapa kau uji aku macam ni? Ya Allah!!!

Tuan Roslee terus berlari ke bilik honeymoon anak dan menantunya. Apa pulak kata Ridhwan nanti, saat melihat gambar itu? Adakah lelaki itu akan cerai Wardiena? Ya Allah..

Pintu di ketuk laju dari luar. Air peluh Tuan Hisyamuddin juga sudah merenik di dahi. Minta-minta lah tiada apa yang tak elok berlaku.

Pintu di buka dari dalam. Terjengul Ridhwan dengan seluar pendeknya. Nafasnya sengaja di hela laju. Kononnya macam orang kepenatan. Pirahhhh.. Daebak lah, Ridhwan.

" Papa.. " Tuan Roslee bagaikan terkelu lidah.

" Wan minta maaf, Pa. Wan tak boleh nak kawal nafsu. Wan minta maaf. Papa jangan marah Wardiena ya. Dia cuma ikut aje Wan ke bilik. " ujar Ridhwan dengan muka menunduk.

" Tak perlah. Papa nak pergi dulu. Kamu berdua pun postpone lah ke malam ni. Layan tetamu dulu. Lepas tetamu balik, duduklah dalam bilik setahun pun, papa tak kesah. " kata Tuan Roslee sebelum berlalu. Lega sikit hatinya. Kiranya gambar yang diambil itu, tak real la, kan? Perghhh, bodoh punya orang. Nak buat onar dekat family aku pulak. Aku dapat kau nanti, aku cincang sampai lumat.

Ridhwan memandang Tuan Roslee sehingga lelaki itu hilang ke sebalik dinding. Nafas lega di tarik, perlahan. Kemudian dia melangkah kembali ke dalam bilik.

Wardiena memandang suaminya dengan wajah yang sukar untuk di mengertikan. Kenapa lelaki itu baik sangat? Kenapa? Mulalah aku nak rasa berdebar-debar pulak. Haish, cik jantung jangan la, kau menggila di dalam tubuh aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience