IT~8

Romance Series 16849

Bab 8

Jari telunjuk bermain-main dengan hujung gelas berkaki satu itu. Nafasnya di hela perlahan. Entah macam mana dia boleh datang ke sini? Tak pernah seumur hidup dia jejak kaki ke club yang begitu rancak dengan muzik dan lampu-lampu yang beraneka warna. Nafas di hela buat kesekian kali nya. Bibir di ketap, kuat. Tiba-tiba terasa sakit pulak hati. Jantan tak guna tu memang nak mati la. Terbantut terus niat aku. Arghh, setan kau.

Kenapa time aku nak... Hish, kalau jantan tu tak datang masa tu, mesti aku dah.. Haish.

Mak bapak lah!! Gila. Tengah mengelamun tu, boleh pulak Natasha terkilas pandangan kepada pasangan kekasih yang sedang hangat menari dalam dunia mereka sendiri. Kalau lelaki perempuan tu, tak kesahla. Tapi ini di luar alam. Perempuan sama perempuan. Oh my?

Ya Allah, kau azab kan la perempuan-perempuan tak malu ni. Tak malu ke? Mana maruah mereka? Gadis melayu yang terkenal dengan sifat gadis ketimuran dan begitu mementingkan adab sopan bagaikan lenyap begitu sahaja. Lihat sahaja la, pakaian mereka. Terdedah sana, terdedah sini. Eii, malu sikit cik Kak, oiii.

Habis tu, kau pun nak kena azab sekali ke? Apa yang kau buat dekat Wardiena tu, dah baik sangat ke? Natasha, kau pun buat dosa jugak tau. Jangan nak buat bajet alim kalau kau pun dua kali lima aje. Bertaubat la, Tasha oii...

Aku tak buat apa-apa pun just kiss and hug aje. Bukan aku buat benda tak elok pun. Alah lagi pun kubur, batu nisan semua asing-asing apa? Jaga tepi kain sendiri la. Tak payah nak sibuk hal orang. Terus kan hidup kau dengan cara yang kau nak. Aku tetap dengan cara aku, jawabnya angkuh.

Seorang wanita yang berpakaian tak cukup kain menghampiri Natasha. Di bisik sesuatu ke telinga Natasha sebelum berlalu. Natasha kepal penumbuknya geram. Gila betul la jantan tak guna tu. Aku tak buat apa-apa pun. Tapi kecoh satu Malaysia. Eiii, tak pasal-pasal polis duk cari aku. Aku dapat kau, memang kerempeng aku tumbuk nanti.

Natasha terus berlalu pergi. Bahaya juga malam-malam begini, dia bersiar-siar di kelab malam. Nanti buatnya kena tangkap nanti, menyesal tak sudah. Kalau dulu boleh curi tengok Wardiena dari jauh, tapi kini kena termenung di balik tirai besi. Eiii, keturunan aku tak pernah lagi mencemar duli masuk penjara.

********

Tuan Roslee memegang telefonnya. Wardiena langsung tak call dia sejak peristiwa hitam itu berlaku. Aduhaii, kesian anak aku. Mesej yang di hantar kepada Ridhwan sebentar tadi, di baca sekali lagi. Apa lah, yang anak menantu dia tengah buat sekarang ini? Adakah mereka baik-baik sahaja? Atau sebaliknya? Aish, nama aje jasad di sini tetapi hati tetap di Malaysia.

KALAU ADA APA-APA, BAGITAU PAPA CEPAT-CEPAT TAU. LAGI SATU, KALAU DIENA TAK HENTI-HENTI NANGIS, AMBIK COKLAT STRAWBERRY DALAM LACI NOMBOR DUA, DEKAT MEJA BELAJAR DIA, LEPAS TU BAGI DEKAT DIA. KALAU DIA TETAP NANGIS, WAN NYANYI LAGU TWINKLE.. TWINKLE LITTLE STAR. CONFIRM DIA OKAY BALIK. ~ Tuan Roslee.

Tuan Roslee menghela nafas perlahan. Macam mana ni? Aspalela, adik dia telah booking hotel dekat sini sampai 5 hari. Tapi sekarang.. Tak sampai sehari, takkan dia nak balik dah kott? Hotel 5 bintang macam ni dah la kena bayar duit mahal-mahal. Aduhaii..

" Relax la, abang. Ton yakin Wan boleh jaga anak abang. Dia pun nampak macam lelaki baik aje. InshaAllah, kita doakan yang baik-baik untuk diorang berdua. " Mak Ton muncul dari toilet. Sekarang ini, mereka semua sedang menunggu Chef terkenal dekat hotel ini nak masak. Yang penting sedap dan halal..

" Abang risau la, Ton. Anak abang ada sorang tu aje. Kalau jadi apa-apa dekat dia, Abang tak boleh maafkan diri Abang. Ya Allah, Abang rasa Abang nak balik Malaysia la. Risau betul dengan Diena." ujar Tuan Roslee sebelum bangun dari kerusi. Jelas di wajahnya, riak kerisauan.

" Alah bang.. Pandai-pandai la Wan settle kan. Lagi pun inikan masa terbaik untuk diorang kenal-kenal dengan lebih mendalam. Kalau tak, dulu kalau ada kita, diorang segan-segan. Tapi sekarang ni lah diorang boleh biasakan diri." kata Mak Ton sambil menahan Tuan Roslee dari pergi.

Bagilah budak-budak tu masa dan ruang untuk kenal-kenal. Mak Ton yakin Ridhwan dan Wardiena tidak berada di dalam zon selesa. Mesti sekarang ini mereka masih kekok lagi.

Tuan Roslee duduk kembali setelah puas di pujuk oleh Mak Ton. Ya Allah, semoga segalanya di sana baik-baik saja. Papa harap sangat Wan mampu jaga Diena sebaik-baiknya. Diena pun jadi isteri yang selalu menyenangkan suami.

********

Berdentang-dengtum bunyi lesung batu di tumbuk. Makin lama makin kuat bunyinya. Ridhwan menumbuk lesung batu bersama muka yang kelat. Kalau dia tak masak, memang makan angin lah hari ni. Si Wardiena pulak masih dengan mood sentap setahun dia. Asyik duduk memerap dalam bilik bela tahi mata.

Geram betul lah! Siapa suami, siapa isteri? Sepatutnya isteri lah yang kena masak untuk suami. Tapi terbalik pulak. Kita yang kena masak sekali untuk dia. Hish...

" Kenapa bunyi kuat sangat ni? Memekak aje lah. Jangan sampai lesung batu tu, terbang atas kepala. " Wardiena yang berdiri di tepi kabinet dapur, bersuara keras. Entah bila dia datang ke dapur.

Ridhwan terus mengangkat wajah Wardiena dengan muka mencerlung garang. Bab lain dia boleh kompromi tapi bab makan memang tak boleh. Perutnya perlu juga diisi. Apa ingat dia ni robot? Tak perlu makan?

" Kalau Saya tak buat semua ni, memang tak berasap lah dapur. Ada isteri tapi tak reti nak jaga makan minum suami. Lebih baik kahwin dengan robot. Pandai aje dia melayan tuan dia.." ujar Ridhwan dengan muka yang sudah memerah.

Wardiena lipat lengan baju sehingga ke siku. Tudung pun dia tak pakai dah sejak semalam.

" Kau cakap biadab sekali lagi, aku lempang muka tu. Biar herot-berot. Apa kalau isteri sedih, murung, suami tak boleh menolong sama ke? Ingat isteri ni bibik ke apa? Nak kahwin dengan robot, kahwinlah.. Ada aku kesah? " jerit Wardiena sebelum berlalu naik ke bilik. Gedegang!!! Pintu di hempas kuat. Sekarang ni kan musim marah sedunia dia. Memang swing gila lah mood tu.

Terkedu Ridhwan. Kenapa marah sangat tu? Dia tak sangka pulak yang Wardiena bila marah sampai macam tu sekali. Sampai guna 'kau aku'. Apalah yang si Tasha buat, sampai Wardiena hot hari ni? Kemarin tu memang lah Wardiena sedih, tapi dia nangis-nangis macam tu aje lah. Takde pun nak marah-marah sampai macam ni.

Haish... Dari pening kepala fikir pasal perempuan tu, lebih baik aku fikir macam mana nak kenyangkan perut ni. Dari tadi berdendang riang minta makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience