IT~13

Romance Series 16849

Bab 13

" Adeh, tunggu la. Penat ni. Arghhhh, tak larat la Abang. Berhenti la. " keluh Wardiena, letih. Walau letih, tetap juga dia berlari. Bukan apa, bila perasan ada beberapa orang lelaki mengejarnya, terpaksa jugakla dia lari. Gila betul. Macam nak tercabut skru kaki.

Yang lelaki-lelaki itu pun, nak kejar dia buat apa? Dah la dia ni bukan jenis kaki sukan. Kalau nak maintain badan cantik, hanya makan supplement aje. Hulu, letihnya. Yang Ridhwan pulak, bukannya nak menolong dia dekat belakang ni, tapi dia yang lari dulu-dulu lagi. Aduhaii, suami aku ni.

Ridhwan yang berada di hadapan sudah tersengih lebar. Macam ada sesuatu yang tersembunyi aje ni? Ahaha, memang ada pun. Kalau Wardiena tahu, memang mati la dia. Sebenarnya, dia la yang upah lelaki-lelaki itu mengejar Wardiena. Bukan apa, kan pesakit PMDD ni, kena banyak bersenam. Tapi bila ajak Wardiena bersenam aje, selalu sangat isterinya memberi alasan. Jadi, dah takde jalan lain dah. Kena buat macam ni, aje la.. Pilihan terakhir.

Ridhwan terus berlari laju ke hadapan sebelum menyorok ke belakang semak. Sebenarnya belakang semak tu, dia letak siap-siap aiskrim magnum dengan air kelapa ikat tepi. Boleh di ibaratkan macam popcorn yang di makan ketika tengok wayang la, semasa menunggu Wardiena menghabiskan lariannya.

Kalau mengikut perjanjian, lelaki-lelaki yang di upah mengejar Wardiena, akan meneruskan kerja mereka sehingga 5 pusingan taman rekreaksi ini. Sengaja Ridhwan membawa Wardiena ke sini. Sudah di booking awal-awal taman rekreaksi ini, untuk melakukan aktiviti kecergasan tanpa kerelaan itu. Ini semua untuk kebaikan Wardiena jugak. Sambil memandang Wardiena yang berlari, sambil itu juga di jilat aiskrim magnum dengan nikmat. Entah kenapa hari ni rasa aiskrim di hadapan wajahnya saat ini, begitu sedap.

Wardiena memegang perutnya yang terasa sakit itu. Berpeluh-peluh wajahnya. Orang tak pernah bersenam ni, memang macam ni lah akan jadi. Perut akan terasa sakit, nanti kaki pulak akan terasa lenguh untuk keesokan harinya. Ya Allah, tak tertahan sudah rasa penat.

Mana la Ridhwan ni? Sampai hati abang tinggal kan Diena dekat sini sorang-sorang. Abang tak risau ke, kalau apa-apa jadi dekat Diena? Mana janji manis abang kemarin? Abang tipu.

Air mata sudah mengalir laju. Lama-lama terdengar esakannya. Automatik, dia terhenti berlari betul-betul di depan semak tempat penyembunyian Ridhwan. "Abang tipu. Abang tak sayang Diena." tersesak-esak Wardiena menangis. Terhinjut-hinjut bahu nya.

Ridhwan yang sedang bersila itu terus menundukkan kepalanya sedikit. Risau pulak kalau Wardiena nampak. Aduhaii, silap pilih port doh. Kalau aku tau, aku tunggu dalam kereta aje. Dah la, Diena ni telinga lintah. Dengar aje, walau lipas berbunyi. Ayyo, matilah kalau macam ni.

Plak!!

Boleh pulak Ridhwan terpijak ranting pokok. Terus bibir di gigit kuat. Time emergency macam ni, boleh pulak benda-benda bodoh jadi. Eiii, aku gigit kau nanti ranting.

Wardiena terus menoleh laju ke arah semak dengan muka cuak. Ada harimau ke? Ayyo, kalau baham aku ni, memang tinggal tulang la. Perlahan-lahan langkah di atur ke arah semak. Walau otak menghalang, tetapi hati pula mengasak-ngasak ingin tahu.

Lelaki-lelaki yang mengejarnya entah ke mana pergi. Barang kali sudah pergi ke arah lain.

" Uuu..Uuu.. akk..akk.. Uuu..Uuu.. akk..akk.. " jerit Ridhwan meniru suara monyet. Mukanya sudah berpeluh-peluh walau di bawah pokok yang dia duduk itu, redup sahaja.

Makkkkk!!! Jangan la dia datang sini. Tolong la.. Pergi tempat lain. Lelaki-lelaki yang dia upah semuanya pergi ke mana entah?Hampes betul. Eiii, aku tak bayar gaji hampa nanti. Buat kerja tak bersungguh-sungguh.

Wardiena memberanikan diri menyelak daun-daun semak. Sememangnya dia sangat suka kan monyet. Comel aje wajah haiwan itu. Walau haiwan itu kadang-kala nampak liar, tetapi apabila sudah di belai lembut dengan penuh kasih sayang, pasti haiwan itu akan jinak juga.

Ridhwan menggelengkan kepalanya laju. Mati..mati.. Mati.. Aku takkan hidup lama dah ni.

Alangkah terkejutnya Wardiena apabila ternampak suaminya bersama aiskrim magnum yang sudah di jilat separuh dengan air kelapa. Allah. Ini lah kerja dia rupanya.. Sanggup tak tolong isteri. Kelmarin, I love you, I miss you semua tak henti-henti meniti di bibir. Tapi kini? Aduhaii, memang I hate you lah.

" Sowrie ayang. Nanti abang belanja purse baru ya. Hehehe.. " Ridhwan tersenyum sumbing sambil menunjukkan jari peace.

Wardiena terus melayangkan satu tumbukan dengan kelajuan 100km/jam ke wajah suaminya. Eiii, I hate you abang. Sampai hati.. Uhuhu..

Beberapa orang lelaki tadi yang diupah muncul juga. Muka mereka sudah berpeluh-peluh. Wardiena yang terperasan akan kehadiran mereka, terus menyorokkan diri di sebalik pokok. Diorang nak kejar dia lagi ke?

" Sorry boss. Wife boss hilang la. Kita orang pun tak tahu dia lari dekat mana. Cukuplah kut, 4 round. Diskaun sikit ya boss. Nanti boss transfer duit dekat akaun Saya ya. Assalammualaikum. " kata seorang lelaki yang berdiri paling hadapan sekali. Tanpa dia faham, bahasa isyarat Ridhwan yang menyuruhnya diam. Terus mereka berlari ke hadapan.

Ridhwan menyeringai takut. Tercebik-cebik mukanya. Mati la aku. Dah la Wardiena pasang telinga pulak.

Wardiena keluar dari sebalik pokok, dengan nafas turun naik seiring dengan kemarahannya yang mengasak-ngasak. Aku memang dah hilang sabar sangat ni. Jangan sampai abang minum air guna ranting pokok kut..

Ridhwan sentuh pipinya yang bengkak. No, dia tak sanggup kena lagi dekat pipi sebelah. Lebih baik dia cabut dulu. Dekat rumah nanti, pandai-pandai la kau fikir macam mana nak hadap. Terus Ridhwan memasang kekuda untuk berlari laju. Uissh, sempat juga tadi, dia toleh ke belakang. Mak aiii, isteri aku dah lipat lengan baju sampai ke siku dah..

Wardiena turut memecut laju kakinya untuk menyaingi langkah Ridhwan. Aku nak makan orang. Aku nak gigit sampai Abang pengsan.

" Sayang, sorry la. Abang tak terniat pun. Nanti semua kerja rumah selama seminggu abang buat tau, please la. " rayu Ridhwan separuh merengek. Aku takut Mak. Aku takut.. Berlekuk lagi la pipi ni.

******

Nasrin memandang wajah kerek Natasha. Eii, dia buat masalah last-last dia nak tinggal dekat rumah aku pulak. Gila betul. Aku heret kau dekat polis baru tahu.

Natasha yang sedang makan nasi dengan lahapnya terus memanggung kepala memandang saudaranya. Sebenarnya, Nasrin ni cousin dia. Tapi diorang takdela rapat mana. Kadang-kadang selisih bahu pun, tak tegur. Tapi bila masing-masing nakkan orang tersayang, mereka terpaksa juga bersepakat. Bersatu teguh, bercerai kita roboh, tema nya.

" Kau kutuk aku dalam hati eh? " soal Natasha

" Tak la, aku puji kau. Orang buat jahat, tapi aku kena tempias. Eiii, lepas makan ni, terus kau balik. Tak nak aku, biarkan kau berlama-lama dekat sini. Entah-entah nanti kau buat jahat dekat rumah aku pulak. " ujar Nasrin dengan muka menyampah.

" Prejudisnya kau dekat aku. Uhuk-uhuk, I is terasa la. Hahaha, ada aku kesah? Abang kau bagi aku tinggal sini. " balas Natasha sambil buat-buat muka sedih.

Nasrin terus berdiri tegak. Eiii, perempuan ni memang mintak pelempang ni. Saje nak naikkan darah aku.

Natasha mempamerkan riak wajah mengejek. Sengaja ingin meningkatkan lagi, darjah kemarahan sepupunya.

Baru sahaja, Nasrin ingin melempang wajah Natasha, Natasha terus melempar pinggannya ke lantai sambil menjerit. "Abang Rul, tolong Sha. Reen nak pukul Sha." bohongnya.

Nasrul yang baru turun dari tingkat atas itu, terus berlari ke meja makan. Natasha yang perasan kedatangan Nasrul, terus berlari mendapatkan lelaki itu.

" Kenapa ni, Reen? " soal Nasrul, ingin tahu. Setahunya, Nasrin bukan jenis pemarah mahupun kaki baran. Selama ini adiknya begitu relax dan chill aje ketika menghadapi masalah.

Nasrin mengetap bibirnya, sebelum berlalu ke biliknya. Cara Nasrul tanya, seolah-olah meragui pulak sikap dia selama ini. Hah, puas la perempuan tu. Kau dah pecah belah kan keluarga aku dalam sekelip mata. Aku takkan maafkan kau Tasha, kau memang melampau.

Terus telefon diambil dari atas katil. Dia mendail nombor yang baru dia dapat dari seorang kenalan. "Hello, assalammualaikum. Saya Nasrin. Boleh kita jumpa?" dengan sekelip mata Nasrin mengendurkan suaranya dan membuat intonasi suara yang lembut.

**********

Ridhwan melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang cuak. Tadi, dia berlari dari taman rekreasi itu dengan begitu sahaja. Kunci kereta memang ada dekat Wardiena. Jadi, boleh bayangkan tak, macam mana nervousnya dia kalau naik kereta sekali dengan Wardiena? Itu pun tunggu malam, baru dia berani sikit nak balik.

" Eh, abang dah balik la, Mak. " Wardiena memaniskan wajahnya di hadapan mak mentuanya. Tiba-tiba pulak, Mak mentuanya datang petang tadi. Banyak juga yang mereka bualkan. Mak mentuanya, mungkin akan bermalam di rumah mereka malam pada ini.

Mak Aini menghampiri anaknya sebelum memeluk tubuh itu, erat. Barang kali, dia terlalu rindu kan Ridhwan. Lama juga Mak Aini tidak datang ke sini. Ridhwan dan Wardiena pulak tak pernah datang melawatnya di rumah.

" Rindunya Mak dengan kamu ni. Eh, tak makan ke ni? Tubuh kamu makin susut, Mak tengok. " Mak Aini sempat membelek tubuh anak lelakinya.. Dari pandangan matanya, Ridhwan nampak sedikit kurus dari sebelum berkahwin.

" Jangan cakap, dalam perut tu dah ada isi? " Spontan Mak Aini menoleh memandang Wardiena. Boleh jadi jugak. Mungkin ketika di awal kehamilan ini, Ridhwan yang terkena tempias alahan. Segala kemungkinan boleh jadi memandangkan pasangan di hadapannya ini masih muda.

" Tak de lagi, Mak. Mungkin kami takde rezeki lagi. InshaAllah, kalau dah ada, Mak orang pertama Diena bagitau. " jawab Wardiena tenang. Secawan kopi panas di suakan di hadapan suaminya.

Ridhwan menyambut dengan teragak-agak. Dia takut pula kalau Wardiena akan mengamuk di hadapan Maknya.

" Eh, bukan yang tu. Cawan ni, bagi dekat Ridhwan. Kamu pulak, ambik yang Ridhwan pegang. " tegah Mak Aini saat Ridhwan mahu menghirup kopi itu.

Spontan Wardiena dan Ridhwan memandang Mak Aini. Kenapa pulak tak boleh minum aje? Tapi mereka hanya mendiamkan diri sebelum menghirup cawan masing-masing.

Mak Aini tersenyum nakal. Sebenarnya, inilah tujuan dia datang ke sini pada malam ini. Semata-mata ingin memastikan pasangan suami isteri itu minum air tongkat ali dan kacip fatimah. Sebenarnya juga, dalam diam, dia ada upah seorang bibik, untuk memberitahunya perkembangan suami isteri itu dari masa ke semasa.

Oh, rupanya selama ini dia tertipu. Mengikut kata bibik itu, kotak kopi kacip fatimah di jumpai di belakang almari dalam keadaan tidak di sentuh langsung, manakala kopi tongkat ali di jumpai di bawah katil. Juga dalam keadaan tidak terbuka. Eiii, budak berdua ni memang nak tunggu aku turun padang dulu, baru nak minum kut..

Oh, lupa pulak untuk menceritakan tentang khasiat kacip fatimah dan tongkat ali. Kacip fatimah merupakan sejenis tumbuhan yang boleh mengatasi masalah keputihan dan mengurangi lendir di kewanitaan, melancarkan haid, mengatasi kesakitan ketika haid, melancarkan haid dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada kewanitaan.

Antara khasiat yang Mak Aini paling suka ialah kacip fatimah mampu meningkatkan ghairah seksual. Kandungan di dalam kacip fatimah dapat merangsang peningkatan produksi hormon perempuan yang mampu meningkatkan libido atau mengembalikan vitalitas seksual.

Secondly, khasiat tongkat ali pula ialah meningkatkan kadar testeron, membantu kesuburan lelaki, merangsang keinginan seksual, meningkatkan kesihatan tulang, mengurangkan lemak dan membina otot, menstabilkan mood dan meningkatkan metabolisme badan. Sangat banyak kan khasiat? Okey, sekarang kita perlu tunggu.

Wardiena mula merasakan sesuatu yang aneh pada tubuhnya. Seriuslah sangat tak selesa. Rasa macam nak baring aje. Terus dia meminta diri ke bilik. Malu pulak nak baring bagai depan mak mentua. Kemudian, mata tajam Mak Aini memandang anak lelakinya pula.

Ridhwan masih kelihatan steady.. tapi tiba-tiba tubuhnya menjadi berpeluh-peluh pula. Kenapa dengan aku ni? Aku rasa macam ghairah pun ada... desisnya di dalam hati. Muka di raup kasar. Nafasnya pula jadi tidak menentu.

" Wan, pergi masuk bilik. Mata kamu makin kuyu tu. Mak nak naik tidur dulu. " Mak Aini ketawa riang di dalam hati sebelum berlalu naik ke bilik.

Ridhwan mengeluh lagi. Perubahan fizikalnya juga kian terasa. 'Argh, pedulikan semua ni, Wan. Better kau masuk tidur sekarang. Maybe kau letih sebab jogging tadi kut', kata hatinya. Ridhwan terus berlalu naik ke atas, tanpa menyedari apa yang bakal terjadi sebentar lagi.

Last for today. Aish, Mak Aini ni desperate sgt la. Uhuhu.. Sabar aje la Wan dan Diena. Hehe, terima kasih sudi baca novel Dania!! :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience