IT~15

Romance Series 16849

Bab 15

Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Wardiena masih berdiri di balkoni rumah banglo dua tingkat itu. Sehelai tuala di letakkan di atas kepalanya. Bahaya jugak, malam-malam begini dia duduk bertenggek di situ. Rumah banglo Natasha ini, benar-benar menghadap ke jalan raya. Jadi kemungkinan untuk orang lalu lalang tu, memang sangat tinggi.

Dari jauh, dia memandang Nasrul yang sedang duduk di atas bangku di tepi taman mini. Lelaki itu kelihatan ralit membaca. Entah buku apa yang di bacanya.

Sudah empat kali Wardiena nampak dia memegang buku. Ulat buku betul lah si Nasrul ni. Kalau Wardiena la, memang tak la nak pegang buku selalu, bagai. Dia bukan suka membaca. Jauh lagi nak membelek bagai.

Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah Natasha. Seorang gadis keluar dari kereta itu sebelum melambaikan tangannya kepada kawannya. Terdengar dia ketawa galak.

" Siapa tu? " soal Wardiena sendiri.

Gadis itu membuka pintu pagar sambil menjinjing beberapa buah beg kertas. Wardiena yakin, gadis itu baru pulang dari shopping.

Saat itu, tiba-tiba gadis itu mendongak memandang ke arah nya. Wardiena hanya tersenyum kecil. Dia pasti, gadis itu juga merupakan house mate Natasha. Kalau tak, takkan la dengan mudah gadis itu, dapat masuk ke dalam rumah.

Gadis itu mencebikkan bibir sebelum menunjukkan penumbuk kepada Wardiena. Jelas mukanya yang penuh dengan api kebencian.

Wardiena terkedu. Terus dia masuk ke dalam biliknya. Pintu balkoni juga terus di tutup. Apa kejadahnya, nak buat muka macam tu? Eii, aku pulak rasa seram sekarang ni.

" Kenapa tunjuk penumbuk dekat dia? " soal Nasrul dengan matanya masih tertumpu dekat buku. Dari tadi lagi, dia memerhatikan tingkah laku adiknya.

Memang la dia tak berapa sukakan Wardiena, tetapi tak perlu la sampai adiknya perlu buat begitu. Nasrul pasti gadis itu mempunyai sebabnya yang tersendiri. Takkan la kita nak berburuk sangka pulak dekat orang lain, kan?

" I hate her. " balas Nasrin, ringkas.

" But, why? Korang pernah bergaduh ke? "

" Tak. "

" So? "

" Just mine on your own business. "

" I need to know. Why you hate her? Isn't she your anemy? "

" Abang, please la. Reen mengantuk sangat sekarang ni. " Nasrin terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dia takkan bagitahu apa sebab dia membenci Wardiena. Abangnya tak boleh tahu.

Nasrul meletakkan buku ilmiahnya di atas meja. Pandangan di tujukan ke tingkap bilik Wardiena. Ahaha, dari tadi lagi dia nak gelak. Ingat Nasrul tak nampak ke, gadis itu mengintai di sebalik langsir? Ayyo, lain kali nak mengintai ni kena ada ilmu jugak tau. Comel.

Wardiena terus berlari ke atas katil saat dia tersedar yang Nasrul sudah mendongak memandang ke biliknya. Auuu, malunya. Eii, bodoh la kau ni, Diena. Takkan tak nampak kut mamat tu pandang sini. Haish.

******

Aplikasi Find Friends telah di gunakan untuk mengesan lokasi Wardiena. Dia tidak pendek akal ok? Di kereta Wardiena juga dia telah pasang GPS tracker. Zaman serba canggih ni, sebenarnya telah memudahkan kehidupan seharian kita. Dengan adanya pelbagai teknologi dan inovasi baharu, kita mampu melakukan apa-apa sahaja dan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa, tanpa batasan.

Ridhwan tersenyum sinis. 'Abang dah tahu, mana lokasi sayang. Jangan ingat sayang boleh lari dari abang. Abang takkan lepaskan sayang, sampai abang mati.' getusnya di dalam hati.

'Sejak tengok sayang dekat Internet, Abang jadi jatuh cinta dengan sayang. Sengaja abang berpura-pura naif dan selekeh untuk pikat hati sayang. Tapi akhirnya.. Abang berjaya jugak, kan?'

Ridhwan menyandarkan kepalanya di stereng kereta. Matanya tepat memandang ke cermin tingkap bilik Wardiena. Dia tahu rumah siapa Wardiena tinggal sekarang ini. Rumah Nasrul, kawan lamanya sejak sekolah rendah.

Hitung la hari sayang ya, sebab lepas ni, abang akan ambil sayang dan terus perangkap sayang dalam hati ni. Abang takkan biarkan sayang pergi lagi. Sekali dah bertakhta di sini, selamanya, namamu akan tetap di hati.' Ridhwan tampar dadanya berulang-kali. Nampak angau wajahnya.

Ahaks, sweet tak? Selama ni mesti korang terpedaya, kan? Dengan lakonan Ridhwan bendul?

Ehehe, kalau nak bercinta ni, kita kena bijak tau. Jangan jadi, bodoh sangat. Selidik dulu macam mana hati budi pasangan kita. Lepas tu, terserah la dekat kita untuk takluki hati si dia.

Hidup ni sebenarnya sangat mudah. Cuma terserah kepada kita sahaja untuk menjalaninya dengan cara yang bijak atau bodoh. Kalau dengan bijak kita jalaninya, InshaAllah, segalanya akan baik-baik aje.. Percaya lah dengan perancangan Allah.

******

Saat tubuhnya melintasi tangga kayu itu, tiba-tiba tangannya di tarik masuk ke bawah tangga.

Mulutnya di tekup dengan tangan si dia yang sangat misteri. Kerutan seribu sudah jelas di permukaan kulitnya yang kuning langsat.

"Hmmph.. Hmmph.. " Wardiena meronta-ronta sambil cuba menggigit tangan kecil itu.

Si dia melepaskan tangannya sambil menyeringai sakit. Wajahnya makin berkerut sebelum dia tunduk untuk mengambil sesuatu di dalam poket.

Sebenarnya, ketika ini, boleh sahaja kalau Wardiena nak lari, tapi dia nak la jugak tahu apa yang si dia nak keluarkan? Nampak sungguh busy bodynya. Hehe, tunggu la lagi Wardiena Roslee. Jangan sampai kau menyesal pulak nanti.

" Pii.. Pi.. Sau? Mashaallah! " Wardiena sudah menggigil. Sampai tergagap pulak dia.

Si dia mengambil pisau sebelum menores sedikit kulit putih mulus Wardiena di pipi. Serentak dengan itu, dia ketawa jahat. Tapi masih cuba di cover. Buatnya si abang tahu, tak jejak bumi la dia lepas ni.

So, korang dah tahu siapa kan? Syhhhh... Jangan cakap kuat-kuat, nanti Nasrul tahu.

Wardiena meringis kesakitan. Air mata sudah menitis, deras. Darah di pipi juga sudah mengalir laju. Walau tak terlalu dalam torehan itu, tetapi kesakitannya macam sakit orang nak beranak pun ada tau.

Eh, macam mana kau tahu sakit orang beranak? Erhhh, dasar drama queen!!

" Sakit la sial. Kau ni kenapa eh, nak buat aku macam ni? Aku tau la, aku lawa. Tak payah la nak cemburu dengan kejelitaan aku. " soal Wardiena, kuat. Dalam marah-marah pun, still nak belagak.

" Kau cakap sekali lagi macam tu, pisau ni aku kelar dekat tengkuk kau terus, kot. Biar kau mati kejung macam tu aje. Perempuan sihir. Pakwe orang nak di kebas. " Nasrin sudah mencekik leher Wardiena. Amarahnya sudah sekian lama di pendam. Hari ni, sudah terletus habis dendam kesumat yang di simpan di lubuk hati.

" Eleh, cam la aku takut? Lagi sekali pisau kau sentuh kulit aku yang gebu-gebas ni, papa aku takkan lepaskan kau la. Kau ingat aku ni, perempuan miskin macam kau? Mak Bapak entah ke mana. Rumah pun, baru dua tingkat. Eii, too low class. " ejek Wardiena seraya menolak tubuh Nasrin sehingga jatuh terduduk.

Semalam ada la jugak dia buat research sikit dekat Natasha, rupanya Nasrin ni hanya tinggal bersama abangnya sahaja. Mak Bapak diorang pergi mana entah... Natasha pun tak tahu.

" Kalau dah tahu kitorang ni low class, kau blah la dari sini. Orang low class macam kami, tak hadap pun orang macam kau,yang high class. Sebelum aku jadi pembunuh, lebih baik kau blah sekarang Wardiena. " jerit Nasrin.

" Tak payah la nak menghalau. Memang aku nak blah pun. Tak hingin aku nak duduk dekat sini lagi. Aircond pun jenama murah. Dah tu, ada sebijik aje dalam bilik. Bilik pun kecik macam reban ayam. Eiii, jauh beza dengan bilik aku.

For your information, bilik aku ada 5 buah air cond tau. Bilik aku pun seluas bilik kau gabung dengan bilik Natasha dan Nasrul. Itu tak dikira lagi bilik papa aku dan makcik-makcik aku lagi." kata nya dengan nada yang bongkak. Terus pisau tadi di ambil dari tangan Nasrin, lalu di toleh tangan gadis itu dari tangan ke bahu, laju.

Darah sudah membuak-buak keluar. Nasrin sudah menjerit kesakitan.

Wardiena mengusap kasar kepala Nasrin sebelum berlalu ke keretanya. Terus di pecut laju kereta itu, sebaik sahaja pagar di buka.

Orang buat sekali dekat aku, sepuluh kali aku akan balas.

Jangan main-main dengan aku la. Ini Wardiena. Pantang menunduk kepada yang kerdil darinya. Dia la penggoncang dunia kejahatan. Nak main kotor dengan dia, okay. Sila teruskan.

Tapi jangan nangis pulak, kalau dia main comot. Duit.. Pengaruh.. Itulah kelebihannya. Dengan sekali pijak, orang yang terpijak akan merasai kesakitan yang lebih lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience