IT~12

Romance Series 16849

Bab 12

Selepas kenyang makan di Alamanda, Ridhwan, Wardiena dan Norman meneruskan perjalanan mereka untuk bersiar-siar dan cuci mata tengok bunga-bungaan. Kebetulan pula pada minggu ini, Putrajaya mengadakan Pesta Floria sepanjang minggu.

Tujuan Wardiena mengajak Ridhwan ke sini, tak lain tak bukan sebab nak pujuk lelaki itu yang merajuk. Merajuk dah dua hari kut.. Huhu, kena pelempang sedas membuatkan Ridhwan berjauh hati dengan isterinya. Dia sudah dikira menjadi mangsa keganasan rumah tangga jugak la, kan?

Norman pula memang dah buat keputusan untuk tinggal di rumah itu buat sementara waktu. Biasa la, suami isteri, kalau tak bermasam muka memang tak logik la, kan? Dia pun merajuk jugak dengan isterinya, Syazleen. Entah apa masalahnya pun Wardiena tak tahu. Ada la jugak dia tanya, tapi Norman hanya mendiamkan diri sahaja.. Kalau bab orang smack down suami bukan main lagi, dia kalut nak tahu, tapi bab dia terus diam macam tu aje. Tak fair, kan?

Wardiena menyiku Norman yang suka menempek tu. Mulanya sebelum datang ke sini, Wardiena cuma ajak-ajak ayam aje, tapi tak sangka pulak dia nak ikut sekali. Ridhwan pulak apa lagi muncung makin panjang la. Kalau ikutkan dia pun tak nak pergi tapi puas di desak oleh Wardiena, dia ikut juga. Walau masih marah, tetapi dia tak hingin Wardiena keluar berdua dengan Norman. Sampai dia mati, dia takkan izinkan.

" Apa? " soal Norman.

" Pergi la jauh-jauh sikit. Diena nak spent time dengan my hubby. Orang yang tak berkaitan boleh pergi, okey? "

" Iyalah. Take your time. Nanti abang balik naik teksi ke? Mana tahu mood spent time sampai ke balik pulak? " ada nada perli dalam cadangannya. Macam tak ikhlas pun ada cakap macam tu.

" Wow, That good suggestions. I like it. " usik Wardiena. Lagi best la dia. Norman siap bagi cadangan yang dirasakan terlalu bernas itu. Nasib baik orang tu dah tawar diri. Kalau tak dari tadi puas dia fikir nak menghalau dengan cara paling sopan abang sepupu nya.

Norman terus berlalu pergi dengan muka yang masam. Benci la gini. Dia perli, last-last dia yang terkena balik. Okey, fine. Lepas ni dia tak nak dah datang rumah Wardiena. Dia jealous tau. Iyalah dulu perhatian Wardiena terlalu melimpah untuknya, tetapi kini beralih pula perhatian gadis itu. Memang la hubungan dia dan Wardiena merupakan sepupu dan saudara susuan, tetapi dia dah terbiasa sangat bermesra dengan Wardiena.

Wardiena menilik jam tangan Rolex nya. Ridhwan buat apa pergi toilet lama-lama? Sembelit ke? Aduhaii, dah la matahari makin naik tinggi di atas kepala. Panas duhh. Berpeluh-peluh dia memandang ke sekeliling.

" Hai, Wardiena. Saya nak selfie dengan awak, boleh? Awak cantik. " tiba-tiba entah dari mana datang nya lelaki muda berseluar jeans ketat, menegur Wardiena.

" Do I know you? "

" Nope. Awak tak kenal Saya. Tapi Saya kenal awak. Siapa yang tak kenal Wardiena Roslee, anak keluarga terkaya dekat Malaysia ni? Gambar Awak selalu keluar dekat majalah tau. Saya ni kiranya fans awak la. " si lelaki tadi mengulas panjang.

" Oh, I see. Okeylah, jom selfie. " Wardiena merapatkan sedikit tubuhnya ke tubuh lelaki itu. Dah nak selfie kan? Takkan nak duduk jauh sebatu pulak. Dia sekarang ni tengah terkesima lagi. Tak sangka dia ada fans. Wow, glamor kau, Deena. Hahaha.

Klik. . Klik. . Klik.

Beberapa gambar telah di snap oleh lelaki itu. Usai bergambar mereka berbual buat seketika sebelum Wardiena meminta diri untuk mencari Ridhwan. Ke mana la menghilangnya suami ku?

" Seronok bergambar? " soal Ridhwan yang sedari tadi memerhati. Susah sungguh la ada wife lawa-lawa macam ni. Nak kena ikat dekat katil ni.

" Boleh la. Tak sangka ada orang minat Diena, bang. "

" Dia bukan minat, tapi nak ambik kesempatan. Jangan mudah percaya sangat dengan lelaki. 1001 cara diorang boleh buat untuk kepentingan diri sendiri. Lain kali Fattah Amin ke, Syukri Yahaya ke nak bergambar, Diena buat bodoh aje."

" La, Fattah Amin kan dah ada Fazura. Syukri Yahaya pun dah ada Tya Adnan. Alah abang ni. Tak nak la spoil mood. Kita kan nak jalan-jalan. Happy-happy. " Wardiena paut lengan Ridhwan lalu di tarik ke gerbang yang diperbuat daripada pokok bonsai. Seriuslah, sangat cantik.

" Jom selfie dekat sini. Abang rapat la sikit. " arah Wardiena apabila merasakan jaraknya dan Ridhwan terlalu jauh.

Ridhwan merapatkan juga dirinya ke tubuh Wardiena. Itupun masih lagi ada jarak. Agak-agak anjing pun boleh lalu di celah mereka.

" Ya Allah, rapat la lagi. Tangan tu letak dekat pinggang Diena. Nak peluk pun tak per. Ish, abang ni kan. Tak payah la malu-malu. Kita dah kahwin kot. " Wardiena merapatkan tubuhnya ke tubuh Ridhwan sehingga mereka bersentuhan. Tangan Ridhwan di letakkan di pinggangnya.

Ridhwan gigit bibirnya. Allah. Nervousnya.

" Okeylah, one.. two.. three.. Cheese. " kata nya sambil tersenyum. Diambil lagi gambar buat kesekian kali nya.

" Lah awatnya tak senyum? Okey, one more time. Kali ni kalau tak senyum, Diena tinggal abang dekat sini. " ugut Wardiena lagi sambil ketawa kecil.

Ridhwan menarik nafasnya sebelum tangan melingkar ke pinggang Wardiena tanpa perlu di suruh. Kepalanya di letakkan di atas bahu Wardiena. Senyuman bahagia juga tersinggung indah di bibirnya. Nak describe macam mana pun tak tahu, tapi yang pastinya sampai Wardiena pulak terkaku dek keindahan senyuman yang sentiasa di simpan oleh Ridhwan. Kacak.

Walau pun keadaan di sini panas membahang, pengunjung tetap berpusu-pusu datang ke tapak Floria ini. Suasananya tetap segar dengan wangian semula jadi bunga-bungaan yang mekar indah.

Kali ni Pesta Floria bertemakan 'Mother of all Gardens' dan membawa tema orkid dan bonsai. Di lancar kan pada tahun 2007, acara ini telah berkembang dengan pesat dan sangat besar sehingga dapat menarik ramai peserta dari seluruh dunia.

Di senaraikan sebagai salah satu acara terbesar dalam kalender Putrajaya, lebih satu juta pelancong domestik dan antarabangsa dijangka menghadiri acara ini yang menyediakan 61 lot taman pameran dengan 43 peserta antarabangsa dari 23 buah negara.

Selain mempamerkan pelbagai jenis bunga, festival Floria Putrajaya juga di penuhi lebih 300 aktiviti menarik. Antara aktiviti yang diadakan ialah demonstrasi susunan bunga, bengkel berkebun, pertunjukan hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air, acara seni & kraf dan banyak lagi.

Wardiena dan Ridhwan hanya mahu bersiar-siar tanpa menyertai sebarang aktiviti yang di sedia kan. Bukan tak berminat, tetapi di sebabkan ramai pengunjung yang berpusu-pusu datang dan di tambah lagi dengan cuaca yang semakin terik, memang tak la. Muka pun dah burn habis. Lupa pulak Wardiena nak pakai sunscreen.

" Jom balik la. Abang dah penat sangat ni. " ujar Ridhwan dengan muka berpeluh-peluh.

Wardiena tekapkan tangan ke pipi suaminya sebelum di elus lembut. " Dah penat? Okeylah jom balik. Tapi Diena tak nak balik rumah kita tau. Boring la. Kita check in hotel mana-mana, nak tak? Papa pun, Khamis ni baru balik." Wardiena buat muka comel. Mana tahu suaminya cair pulak ke. Haha, kononnya nak melting-melting kan encik suami, last-last dia jugak yang melting. Tengok suami sendiri minum air mineral pun dah rasa berdebar-debar. Dengan halkumnya yang bergerak-gerak saat air melalui kerongkong. Argh, nampak seksi sungguh.

Ridhwan tarik tangan Wardiena ke tempat parking. Terus dia masuk bersama-sama isterinya menuju ke hotel. Dah masing-masing tak larat, check in dulu la. Rehat-rehat, mandi untuk segar kan tubuh.

*******

" Amboi, bang. Jauh menung. Tengok apa tu? " sergah Mak Lela dari belakang. Tergelak dia melihat Tuan Roslee yang terkejut.

Tuan Roslee mengusap dadanya berulang-kali. Aduh, kus semangat. Kalau selalu buat macam ni memang makin cepat la dia nak kena serangan jantung. Di usia yang semakin senja, macam-macam la penyakit yang menanti. Yang paling famous dan glamor sekali ialah penyakit 3 serangkai. Sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Uissh, minta simpang la. Dia pun nak main dengan cucu dulu.

" Tengok apa? " soal Mak Lela sekali lagi.

" Takde apa-apa pun. Tengok pemandangan indah yang luas terbentang aje. Dekat sini udaranya memang fresh. Tak macam dekat Malaysia. Bukak-bukak pintu aje, terus asap kenderaan menyapa muka. " kata nya sambil menyimpan kayu golf ke dalam beg tinggi khas.

" Itulah, kan? Lela rasa macam tak nak balik pulak. Nak duduk sini puas-puas. "

" Beli la rumah dekat-dekat sini. Lela pun lebih dari mampu, kan? " cadang Tuan Roslee kepada adiknya.

" Uissh, tak nak lah. Abang la beli kan untuk Lela. Abang lagi kaya tau. " ada nada manja di dalam kata-kata Mak Lela.

Tuan Roslee usap kepala adiknya, lembut. " In your dream, hahaha. " kata nya sebelum berlalu. Sekali sekala bergurau senda dengan adiknya. Bukan selalu mereka boleh berjumpa. Kadang-kadang nak jumpa seminggu dekat rumah pun bukan main susah lagi. Masing-masing dengan komitmen kerja. Apa lagi yang boleh buat?

Mak Lela ketawa senang. Mata di hala ke padang rumput yang berbonggol sedikit. Memang sesuai la untuk orang lelaki nak main golf. Suaminya pun entah ke mana menghilang. Dia tahu suaminya pun perlu 'me time' jugak.

******

" Ini gambar yang akak nak. " sua lelaki muda itu kepada Natasha yang memakai mask dan hoodie hitam.

" Good boy. Upah kau ada dalam sampul belakang pasu bunga arah utara dari sini. " kata nya sebelum berlalu laju masuk ke dalam kereta. Terus di pecut kereta laju-selajunya..

Bukan apa, dia tipu aje lelaki tadi. Sekarang ni poket tengah pokai, mana nak ada duit bagai. Nak beli nasi pun, puas merosek bilik Mak dia. Itu pun beli nasi dengan telur mata aje. Nak letak kicap pun kira 50 sen. Waduhhh, kedekut lah..

Ini la rutin dia tiap-tiap hari. Mengintip Wardiena dari jarak jauh. Nak dekat-dekat pun dah tak boleh. Tak mampu.

Saya akan ada selamanya untuk awak. Hanya maut boleh memisahkan kita, sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience