IT~14

Romance Series 16855

Bab 14

Seminggu kemudian..

" Aku benci kau Ridhwan! Aku benci kau! Aku benci kau! " Wardiena duduk di birai katil sambil menangis tersesak-esak. Matanya sememangnya membengkak aje dari minggu lepas. Dah tak henti-henti air mata, macam mana boleh tak bengkak?

" Saya harap awak tabah ya, Diena. Saya tak tahu apa yang jadi sebenarnya, tapi saya dapat rasa yang awak dalam kesedihan. Kalau awak perlukan bahu, untuk luahkan apa-apa, Saya dah ada sebelah awak ni.. Please ya, jangan pendam perasaan tu. " Natasha menarik kepala Wardiena ke bahunya. Sebenarnya, Wardiena hanya kenal dia versi jerawat penuh di wajah. Jadi, masa dekat butik tu, memang Wardiena tak cam dia langsung.

" Saya tak apa-apa la. InshaAllah. Tapi buat sementara waktu ni, Saya tinggal dekat rumah awak boleh, tak? " soal Wardiena perlahan. Dia sebolehnya, tidak mahu menyusahkan kawan yang sentiasa ada pada waktu susah senangnya itu, tetapi dia tiada sebarang pilihan sekarang ni. Dia ada beberapa rumah dekat Cameron Highlands tapi, dia tahu pasti ke situ seluruh ahli keluarga akan mencarinya.

"Lah, kenapa tanya macam tu? Pintu rumah Saya ni sentiasa terbukak untuk awak tau. Tapi sorry la. Rumah Saya berselerak sikit. Lagi pun kecil aje. Harapnya awak selesa lah ya. Oh sebelum Saya lupa, awak buat aje rumah ni macam rumah sendiri. " balas Natasha sambil mencium dahi Wardiena. Shawl yang membaluti rambut gadis itu, di buka perlahan. " Awak rehat-rehat dulu, nanti kalau dah okey sikit kita sambung borak-borak. Saya nak turun dulu tau. " kata Natasha dengan muka yang ceria.

Siapa yang tak ceria, kalau pujaan hati sendiri yang mencari? Eiii, serasanya mahu menari tango dah ni. Mulanya, Natasha ingat Wardiena sudah tidak mahu lagi berjumpa dengannya, tetapi rupanya gadis itu masih mengingatinya. Natasha terus berlalu keluar dari bilik. Dia nak masak sedap-sedap. Biar Wardiena tinggal lama dengan dia.

Wardiena melangkah turun ke tingkat bawah dengan tidak bertudung. Sangkanya, hanya Natasha seorang aje tinggal dekat sini, rupanya sangkaannya meleset sama sekali. Ya Allah, baru dia terperasan seorang lelaki sedang duduk di sofa sambil membaca akhbar. Macam mana ni?

Perlahan-lahan kaki di undur ke belakang dengan berhati-hati. Dalam keadaan mengundur, masa naik tangga ni, sememangnya sangat bahaya. Tiba-tiba kakinya tersilap langkah pula, terus dia terguling-guling jatuh ke bawah. Buk!! Serasanya macam nangka busuk aje.

Nasrul yang leka membaca akhbar terus memandang ke tangga apabila terdengar sesuatu jatuh. Kucing ke? Dia melangkah ke situ apabila terdengar suara gadis mengaduh sakit.

" Awak, okey? Nak Saya tolong? " soalnya, prihatin.

Wardiena mengangkat wajah sebelum menggeleng laju. Ya Allah, aurat aku.. Lelaki ni dah tengok rambut aku. Aduhaii, bertambah lagi la dosa dalam akaun.

Tangan memegang pasu kaca tinggi di sebelah. Nak buat alat untuk dia bangun. Punggung pun rasa sakit sangat. Nyut-nyut ajer rasanya. Malu weii..

Tapi, itu la bidalan orang tua tua. Sudah jatuh, ditimpa tangga pulak. Pasu yang dibuat alat untuk bangun itu menjadi tidak stabil, dan terus terhempap jatuh ke tubuh Wardiena.

" Adoiiiiii! " panjang jeritannya.

Nasrul menahan tawanya. Eksyen lagi. Dia nak tolong kut, tapi gadis di hadapannya menolak pulak. Tapi bila difikir-fikir kan, kesian pun ada. Terus dia mencempung tubuh Wardiena ke sofa. Dahi gadis itu, sudah berdarah. Mesti terkena serpihan kaca pasu ini.

Pasu kesayangan mamanya pulak tu, aduhai, memang pendek umur la kau hari ni. Terus pecah berkecai..

Wardiena sorokkan mukanya di sebalik dada bidang itu. Dia malu sebenarnya. Tak pernah lagi ada lelaki yang mencempungnya begini. Ridhwan pun tak pernah. Eh, sebut pasal jantan tak guna tu, terus nafas Wardiena jadi tak tentu arah. Sebaik sahaja, Nasrul meletakkan di atas sofa terus Wardiena menampar pipi itu, kuat. Terteleng terus Nasrul ke tepi.

" Jantan kalau tak ambik kesempatan memang tak sah la. Eiii, tak payah la dukung aku bagai. Aku tak suka. " tengking Wardiena tiba-tiba. Tindakan refleks sebenarnya.

Nasrul bagaikan terkulat-kulat di situ. Angin kus-kus mana pulak ni? Tahun bila pulak dia nak ambil kesempatan? Dia cuma nak tolong aje. Tak pernah terlintas pun di fikiran, untuk merosakkan gadis itu. Dia tak gila lagi la.

" Kenapa niy? Diena.. Abang Rul? " soal Natasha yang baru muncul dari pintu utama. Di tangannya terdapat dua bungkus plastik berisi daging dan sayur-sayuran. Dari luar lagi, dia dapat mendengar suara Wardiena yang menengking.

" Lelaki ni la.. Nak ambik kesempatan pulak. " tunjuk Wardiena kepada Nasrul yang masih duduk di atas sofa di sebelahnya.

Nasrul mendengus, kasar. Apa masalah perempuan ni? Harap muka aje cantik, tapi otak mereng. Sudah jelas kut, yang dia cuma ingin menolong. Bukannya menggatal.

" Betul ke, Abang Rul? " susah jugak Natasha nak percaya. Dia tersepit. Seorang si abang sepupu, seorang lagi si pujaan hati.

" Awak cakap betul- betul, Diena. Time bila pulak Saya nak ambik kesempatan dekat awak? Dah punggung awak sakit, Saya tolong aje lah kendong ke sofa. Yang awak nak gatal sangat ni, kenapa? Saya pun ada makwe lah. Lagi lawa dari awak lagi tau. " Nasrul menghamburkan kemarahannya sebelum berlalu naik ke bilik.

Perempuan ni yang menumpang dekat rumah dia, last-last dia juga yang di salah kan. Eiii, sumpah mati hidup balik, dia takkan tolong Diena dah. Lain kali tak kesah la, kaki ke pulak yang patah, kau ngesot aje atas lantai tu.

Perempuan belagak! kaki tuduh! Aish, tak pasal-pasal jatuh saham aku hari ni. Nanti Tasha labelkan aku pulak buaya darat. Eiii, bawak bala aje lah datang rumah orang.

******

Ridhwan memegang bekas ubat-ubatan Wardiena, yang penuh berisi dengan ubat berwarna putih. Bekas itu di goyang-goyang. Hari ini, sudah genap seminggu Wardiena meninggalkannya.

Rambutnya, di ramas-ramas kasar. Lingkaran gelap sudah mula memunculkan diri. Sekali tengok macam hantu kubur pun ada. Dia tak pernah terniat pun untuk merampas sesuatu yang paling berharga milik Wardiena. Tak pernah. Bagi nya, biarlah dengan kerelaan Wardiena sendiri.

Pada malam itu, nafsu nya betul-betul mengasak-ngasak. Puas di tepis segala perasaan, tetapi dia tidak mampu. Wardiena pula duduk di katil sambil membuat aksi menggoda. Mana nak tahan oii? Pak Imam sendiri pun, boleh buang serban segala, jika di hidangkan dengan sesuatu yang halal di depan mata. Apatah lagi dia, yang memiliki iman senipis kulit virus?

Kepala terus di sembam ke bantal. Dia meraung-raung tanpa suara. Tangan kanan laju sahaja mengambil lipatan kertas putih, yang di tulis oleh isterinya. Lipatan itu laju sahaja di buka sebelum dia membacanya buat kesekian kali.

SEDAR-SEDAR SAHAJA DARI LENA, AKU TERLIHAT PAKAIAN KITA BERTABURAN DI LANTAI. SANGGUP KAU, RIDHWAN. KAU AMBIL DARA AKU. KAU MENGAMBILNYA GUNA CARA YANG PALING BANGSAT.

KAU TAHU KAN? AKU TAK SEDIA LAGI DENGAN SEMUA INI? KAU JAHAT, RIDHWAN. KAU AMBIL KESEMPATAN DEKAT AKU. KAU ROGOL AKU.

APA SALAH AKU WEII? AKU TAK PERNAH HINA KAU. TAPI KAU... ITULAH ORANG KATA, SUDAH DI BERI SIKU, MAUNYA BETIS PULA. AKU LAYAN KAU ELOK-ELOK SELAMA NI, RUPANYA KAU NAK LEBIH DARI TU. DASAR LELAKI BAHLUL.

JIKA DALAM RAHIM AKU BERCAMBAH BENIH KAU, AKU AKAN PASTIKAN KAU MENYESAL SEUMUR HIDUP KENAL DENGAN AKU. DAN, BENIH NI JUGA, TAKKAN PERNAH KENAL KAU.

NANTI JUMPA DEKAT COURT. AKU NAK KAU CERAIKAN AKU. ASSALAMMUALAIKUM.

WARDIENA.

Ridhwan menangis-nangis di birai katil. Walau perasaannya, masih lagi tiada buat Wardiena tetapi dia tetap terasa dengan apa yang Wardiena katakan. Begitu berbisa sekali kata-kata itu.

" Abang takkan lepaskan sayang, kalau benar dalam rahim itu, ada anak abang. Abang akan bertanggungjawab. " kata nya sebelum berlalu ke bilik air.

Dari sebalik pintu yang tidak berkunci, Mak Aini mengintai anak lelakinya. Dia rasa bersalah pula dengan apa yang dia lakukan. Salahkah kalau dia nak cucu? Salahkah?

" Oiit, anjing laut makan rumput. " latahnya apabila pinggangnya di cucuk dari belakang. Terus dia menoleh memandang anak perempuannya, Maizatul.

" Mak intai Wan, eh? " soal Maizatul. Bibirnya sudah tersengih-sengih.

" Mana ada. Tadi ada habuk celah pintu ni. Itu yang Mak cuci tu. Eh, yang kamu ni bila, balik? Cucu-cucu mak bawak datang sini sekali tak? " Mak Aini mengubah topik. Sekarang ini, hanya dia seorang yang tahu, apa yang berlaku. Inikan rancangan Sendirian Berhad, dia sendiri. Takde partner-partner bagai.

" Thalia dengan Afiq aje yang ada. Hakimi pulak ada class taekwondo petang ni. " jawab nya ringkas.

Mak Aini menarik tangan anak perempuannya turun ke tingkat bawah. " Mak ada buat puding roti. Try lah rasa. Kut-kutlah sedap. " pelawanya sambil memeluk bahu Maizatul.

" Kalau Mak masak, tak pernah tak sedap. Mai makan sampai menjilat jari tau. " pujinya sambil ketawa kecil.

Ridhwan memandang dari tingkat atas kemesraan kakak dan Maknya. Dia tersenyum tawar. Kalau tak dulu, dia lah yang selalu manja-manja dengan Mak nya. Anak bongsu lah, katakan. Tapi sekarang.. Nak keluar bilik pun rasa malas.

*******

Telefonnya sampai naik hangat pulak sebab asyik mendail nombor anak dara tunggalnya. Aduhaii, mana Diena ni? Papa risau lah, sayang.

Mengikut kata Ridhwan, mereka ada perselisihan faham sedikit. Katanya, tidak lah terlalu serius. Tetapi, kalau tak serius kenapa call papa sendiri pun tak angkat? Dulu masa dia dekat luar negara, tiap-tiap hari Wardiena call suruh balik cepat-cepat. Katanya rindu ketat-ketat.

" Jawab la, Diena. Papa nak cakap sekejap pun jadi la dengan anak papa. Sekurang-kurangnya, papa tahu kamu selamat. " Tuan Roslee berdiskusi sendiri.

" Atuk, nak duduk atas riba, boleh? " seorang anak kecil menggoyang tangan Tuan Roslee, perlahan. Cucu adiknya, Mak Lela. Anaknya si Natrah, Fatiera.

" Tiera nak duduk atas riba Atuk? Okey, boleh. Tapi dengan satu syarat. Tiera tak boleh bising-bising tau, Atuk nak call autie Diena. " Tuan Roslee mencubit lembut pipi Tiera yang tembam itu. Comel wajahnya.

" Okey, pinky promise." Tiera kaitkan jari kelingking Tuan Roslee dengan jarinya yang kecil.

Tuan Roslee tersenyum sebelum membelai rambut Fatiera penuh kasih. Bijak budaknya. Comel pulak tu. Aish, macam mana lah, rupa cucunya nanti? Mesti comel macam Wardiena. Tak sabar Tuan Roslee nak bercucu. Adik-adiknya, sudah punya cucu sederet. Dia pulak, hanya ada menantu ajer.

Aduhaii, mata Dania dah macam burung hantu aje hari ni. Dania dah update 2 chapter, so enjoy your reading, okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience