IT~10

Romance Series 16849

Bab 10

Malam itu, Ridhwan memeluk Wardiena yang kelihatan tidur dengan lena. Mereka sama-sama tertidur sambil berdakapan. Ridhwan tak mahu lagi ambik kesah, jika dia masih tidak mempunyai perasaan dekat Wardiena. Apa yang dia buat sekarang ni, sebab kesian dengan apa yang terpaksa Wardiena hadapi selama ini.

Rupanya selama ini seorang gadis yang nampak begitu sempurna, terpaksa menghadapi perkara, yang paling sukar dalam hidupnya. Kasihan Wardiena. Tak semua orang boleh nak mengawalnya dengan baik. Ridhwan ada lah jugak buat research pasal PMDD ni. Rupanya wanita yang menghadapi masalah ini akan boleh hilang keyakinan diri. Tapi nasib baik Wardiena nampak okey ajer. InshaAllah, semoga segalanya baik-baik sahaja.

Selimut di perkemaskan di tubuh Wardiena sebaik sahaja Ridhwan terlihat, Wardiena yang kelihatan mengerokot kesejukan.. Sebenarnya dari tadi lagi, Ridhwan tak dapat melelapkan matanya. Ini first time dia tidur sambil peluk perempuan. Huish. Nervous tak payah tanya lah. Seram sejuk sangat ni..

Wardiena membuka matanya yang terasa pedih. Terlalu banyak tidur, membuatkan mata dia sendiri automatik tercelik. Dikerling jam dinding di tepi katil. 2:56 pagi. Awal sangat ni, dia bangun. Selalunya paling tidak pun selepas makan ubat, dia akan bangun pagi sebelum subuh. Aduhaii, jadi burung hantu lah aku..

" Dah bangun? " soal Ridhwan sambil melepaskan pelukannya. Malu lah pulak bila Wardiena merenung nya. Terasa rama-rama berkepak dalam perut.

Wardiena menyandarkan tubuh rampingnya ke kepala katil. Di gigit bibirnya kuat sehingga berdarah. Apa dia dah buat? Ya Allah, habis lebam muka laki aku. Macam mana ni? Ada tak kemungkinan Ridhwan nak cerai atau nak saman dia? Adoyaii, bab duit tu Wardiena tak kesah pun tapi macam mana kalau dia kena masuk penjara? Mana nak letak muka dia yang comey lotey ni..

Ridhwan yang sedari tadi memandang terus menegur. Tersampuk hantu ke apa ni? Gigit bibir sampai berdarah. Tak sakit ke? " Kenapa ni, Diena? Awak sakit ke? Kalau iya pun awak makan ubat dulu tau. Saya ambik kan ya." baru sahaja Ridhwan ingin melangkah turun dari katil, Wardiena dulu yang berlari laju ke almari pakaiannya. Nak ambik apa?

" Eh. Awak kenapa ni, Diena? " soal Ridhwan lagi. Tak lenguh ke mulut tu, asyik bertanya soalan yang sama?

Lampu bilik yang terpasang, membolehkan Ridhwan melihat apa yang isteri dia buat. Ambik buku sekali dengan pen, lepas tu datang dekat katil balik. Nak buat apa pulak ni? Di pagi buta tak bercelik ni.. Nak ajak melukis ke?

Wardiena melabuhkan punggung berdepan dengan Ridhwan. Nafas di tarik dalam-dalam sebelum dia menulis sesuatu di kertas. Usai menulis, dia koyakkan kertas itu, lalu di suakan kepada Ridhwan.

Ridhwan menyambut tanpa kata. Amboi. Suami duduk berdepan macam ni pun sempat lagi nak tulis surat cinta. Ohhh, so sweet.. Ridhwan tersenyum simpul sambil matanya memandang Wardiena. First time dapat surat cinta. Gini lah jadinya.

" Kalau tak cukup, awak boleh bagitau Saya. Nanti Saya tambah lagi jumlah duit tu. Cuma satu yang Saya minta. Tolong jangan cerai Saya buat masa ni. Kalau awak tak boleh jugak terima Saya, Saya akan bagi pampasan dekat awak. " ujar Wardiena dengan muka serius.

Dia sanggup buat apa sahaja asalkan dia tidak mencemarkan maruah papanya. Biarlah harta takde pun, janji kasih sayang papanya sudah cukup membuatkan dia bahagia.

" Saya tak nak semua ni. Ia terlalu sikit. Apa yang awak buat dekat Saya terlalu sakit, sampaikan Saya kena dapatkan suntikan doktor. Saya nak awak. Saya nak awak sendiri tebus balik apa yang awak buat. Saya nak cinta awak, boleh? " pinta Ridhwan dengan muka yang sengaja di serius kan. Terpaksa jugalah dia tipu pasal suntikan doktor bagai tu.

Harta dia pun banyak juga lah, walau tak setanding dengan harta keluarga Wardiena. Buat apa pilih harta semua, kalau tak boleh menjamin apa-apa pun? Boleh di jamin masuk syurga? Tak jugak kan. Dia pun ada juga kekurangan. Semua manusia ada kekurangan. Hrithik Rosyan pelakon favorite Wardiena pun ada jugak kekurangan. Sempat pulak Ridhwan kait sekali nama selebriti kegemaran Wardiena. Macam mana dia tahu? Haha, secret.. Tak boleh bagitau.

Jeda.

Wardiena tidak tahu nak beri reaksi macam mana. Nak lompat-lompat bintang ke? Haipp, hanya sesuai untuk gadis bawah umur. Dia kan dah besar. Dah boleh jadi Mak budak dah pun. Eh, jangan cakap pasal ni.. Tiba-tiba terasa meremang pulak segala bulu dekat badan.

" Macam ni.. Saya tahu awak masih terkejut dengan apa yang Saya cakap. Tapi Saya serius tau, wak. Saya nak kenal-kenal dengan awak. Nak lah juga tahu apa hobi awak, apa makanan kegemaran awak. Everything about you. Awak sudi kan berkawan dengan Saya? " soal Ridhwan.

Wardiena angguk kan kepalanya. Alhamdullilah, nasib baik suami dia tak cerai kan dia. And, selamat duit dia. Boleh simpan dalam bank balik.

" Semalam Doktor yang datang, ada jugak cakap awak macam mengalami trauma. So, kalau tak kesah boleh lah, story dengan Saya. Saya sudi mendengar. "

" Panjang cerita nya... " belum sempat Wardiena menghabiskan kata-katanya, Ridhwan terus berlari keluar dari bilik. Kenapa tu? Entah-entah sebab mulut Wardiena busuk, tak? Dia kan baru bangun tidur dan tak gosok gigi lagi. Aduhaii.. Buat malu jer Diena. Wardiena terus menggosok gigi di bilik air. Usai menggosok gigi, dia keluar kembali ke bilik tidur.

Ridhwan duduk sambil menongkat dagu memandangnya. Wow, siap ada popcorn yang lebih masa kenduri hari tu lagi. Dan sekotak fresh orange. Cawan takde. Agak-agaknya nak suruh dia ada muncung macam tikus kasturi apa, Ridhwan ni. Alang-alang datang dari dapur tu, ambik kan sekali lah cawan. Pemalas.

" Saya dulu pernah kenal dengan sorang mamat ni. Antara orang luar semua, dia yang tahu pasal penyakit Saya. Mulanya Saya tak nak terima dia sebab takut dia akan tolak Saya, di kemudian hari. Tapi bila dia tunjuk keikhlasan dan kelembutan dalam layanan dia, terus Saya jadi syok dekat dia. Kami ni lebih kurang macam Romeo dengan Juliet la. Saling menyayangi dan melengkapi. Malah kedua-dua family pun seolah-olah merestui perhubungan kami.

Tapi rupanya, dia dah kahwin. Ada wife dua kot.. Kesian wife dia. Saya terus putuskan hubungan ni. Bukan di namakan kebahagiaan, kalau di bina di atas kesedihan orang lain. Saya tak mampu nak tengok wife dia dengan anak-anak dia, memandang sayu dekat saya. Saya boleh merasai kesedihan dan keperitan diorang itu. "

Ridhwan angguk kepala sambil menggaru hujung dahi yang tidak terasa gatal. "Apa kaitannya? Awak trauma dekat mana? " soal Ridhwan. Hari ni memang dia jadi ekstra peramah. Macam-macam benda nak tanya lagi.

" Saya tak trauma lagi masa tu. Just sedih sikit-sikit ajer. Saya ni cepat move on tau. Tapi itu baru first guy. Saya trauma dengan second guy pulak. Dia muda dari Saya 2 tahun. Mulanya Saya macam malas nak layan, tapi tiap-tiap hari dia hantar surat cinta. Dia guna ayat-ayat semanis gula melaka, seriuslah.. Saya macam terbukak pulak hati nak terima dia. Lelaki dengan ayat manis berpisah tiada. Sering kali mengayat perempuan untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi pada suatu hari , lelaki muda tu minta putus tiba-tiba. Dia bagi alasan takde persefahaman. Kepala hotak dia, Saya support dia dari first year dekat U sampai second year pulak tu. Berapa banyak duit Saya dia kikis, tak terkira lagi dengan kereta dia, rumah dia.. Semua Saya yang tanggung. Itu lah kacang lupakan kulit.. Sekali dah berjaya, terus lupakan orang yang selama ini support dia dekat belakang. Saya terus tutup pintu hati untuk kaum lelaki dah sejak hari tu. Tak nak pisang berbuah dua kali. " Berkaca matanya memandang suaminya.

Ridhwan usap bahu itu, lembut." Tapi kan, itu macam fobia percintaan ajer. Macam tak relate langsung dengan penyakit awak. " kata nya dengan muka selamba.

" Iskk, itu baru pendahuluan. Tak masuk lagi isi dan penutup. Sekarang memang tak relate langsung lah. " ujar Wardiena dengan mukanya yang sedih.

" Dah la, nanti kita sambung lagi cita pasal ni. Yang penting sekarang ni, Saya nak kita cakap pasal kita. Hala tuju perhubungan kita. " Ridhwan menyampuk setelah Wardiena menghabiskan kata-katanya.

Tak terkata rasa menyampah di hati Wardiena. Pinggang Ridhwan di cubit kuat, sehingga lelaki itu menjerit minta di lepaskan. Tadi, lelaki itu jugak yang dah bagi green light untuk dia menyelak kembali kisah lama di dalam lipatan sejarah. Tapi dia pulak minta di postpone ke hari lain. Orang punya bersemangat nak cerita.

Ridhwan mengusap perlahan pipi isterinya kemudian dia menggenggam jemari Wardiena.

" Saya terima awak seadanya. Soal penyakit awak tu pun, InshaAllah Saya akan terima. Saya tahu di sebalik semua dugaan yang Allah berikan, terdapat hikmah yang akan menanti. Lagi pun, sakit kan penghapus dosa.

Saya nak ada masa depan dengan awak. Walau Saya tak berapa kenal awak, tapi Saya pasti awak baik orangnya. Layanan awak masa first day kita kahwin dulu pun, bagi Saya terlalu ikhlas. Awak terima aje Saya, walau Saya ni selekeh. Saya tahu Saya bukan lelaki idaman awak, tapi Saya akan cuba jadi lelaki terbaik untuk awak.

Sepanjang hidup Saya, tak pernah ada perempuan yang layan Saya elok-elok. Bila tahu Saya anak Dato, baru buat baik. Masa tu, cakap lembut gigi dari lidah. Tapi bila awak muncul dalam hidup Saya, Saya rasa terharu sangat bila awak panggil abang. Awak hormatkan Saya. Awak tak macam perempuan lain. " luah Ridhwan sambil air matanya bergenang. Kembang-kempis hidungnya. Comel aje Wardiena tengok.

" Selagi Saya bernafas, Saya akan bersama dengan awak. Itu pun kalau awak masih perlu kan Saya. " ucap Wardiena pula. Malam ini terasa sayu pula tiba-tiba. Ridhwan pula diuji dengan penampilannya. Tapi kalau Bab penampilan tu, masih boleh di baiki. Tapi macam dia, hadap ajela sampai menopaus nanti.

Tak terkata rasa bahagia di hati Ridhwan. Senyuman manis terukir di bibirnya. Terus di kucup ubun-ubun cik Isteri, lama. Dalam perhubungan suami isteri tak boleh nak ada perasaan malu. Walau Ridhwan masih gubra tapi dia akan cuba menepis perasaan itu demi kebahagiaan mereka berdua.

" Abang janji jangan tinggal kan Diena ya, bang. Tolong jaga mata dan hati tu hanya untuk Diena. " pintanya dengan wajah tak terkata rasa bahagia. Mungkin inilah kebahagiaan yang sering di sebut oleh papanya. Bila kita cuba bukak kan hati dan ikhlas menerima pasangan, kita akan rasa suatu perasaan yang selama ini tak pernah ada. Rasa bahagia sangat-sangat. Walau kita tengok muka dia terlena, kita tetap akan tersenyum. Ya Allah lapangnya hati yang selama ini merusuh.

Berkaca mata Ridhwan. Yes, panggilan yang dia paling suka kembali meluncur di bibir mungil itu.

" Abang janji sayang. Abang akan sentiasa ada dan cinta kan Diena. Kita bina hidup baru ya, yang. Jangan kita ungkit kisah lama. Kita buka buku baru. Kita tulis tajuk baru. Hanya kita sahaja ya, Diena. " janji Ridhwan.

Wardiena terus memeluk suaminya. Ya Allah, terasa kekoknya. Di elus belakang tubuh itu lembut. Ridhwan membalas pelukan isterinya.

" I love you. " bergetar suara Wardiena mengungkapkan kalimah keramat itu. Walau tak cinta, cakap sahaja lah seolah-olah dah bergolek suka. Mungkin dengan cara ini dapat menyemai benih cinta di hati masing-masing.

" Sebenarnya kan Diena. Bercinta selepas nikah boleh membuatkan kita lebih mesra. Kita boleh berpimpingan tangan dan boleh buat apa sahaja yang kita nak. Lagi dapat pahala ada. Bukannya macam pasangan kekasih dekat luar sana. Yang berpelukan ikut suka hati mereka tanpa fikir soal halal haram.

Cinta suci yang didorong oleh perasaan takut adalah lebih baik dan kekal berbanding cinta yang berlandaskan hawa nafsu. Ingatlah Diena bahawa cinta yang paling agung hanyalah untuk Allah SWT.

Jika kita kenal dengan pasangan kita lepas kahwin, jangan risau. Dengan izin Allah kita akan merasai manisnya hubungan itu lebih daripada orang yang bercinta bertahun-tahun bagai nak rak. " bisik Ridhwan ketika mereka berpelukan.

" Saya nak terus terang ni. Sebenarnya, Saya tak sedia lagi tau untuk yang 'jauh-jauh'. Saya tak nak hubungan yang di bina di atas dasar kasihan." luah Wardiena jujur. Buat apa dia nak berkias atau memendam perasaan sendiri. Nanti dia jugak yang akan menyesal.

Ridhwan terus merungkaikan pelukan. Mukanya sudah berubah riak. Nafasnya terasa kasar menampar wajah Wardiena. " Jadi sukakan Abang ni perasaan kasihan ke? Diena kasihan ke dengan Abang, sebab tu Diena cakap semua ayat-ayat manis tu semua?" soal Ridhwan sebelum berlalu keluar dari bilik.

Terkulat-kulat Wardiena. Dia ada salah cakap ke? Betullah kan. Takkan dia nak berikan jiwa dan raga kalau masih tak cinta? Perasaan terharu tu, adalah sikit tapi tak boleh nak buat apa. Tak nak lah demi terharu, tergadai body pulak. Dia bukan perempuan murah. Suka-suki nak serahkan tubuh badan walau tanpa cinta.

Kesudahannya, suami isteri tu buat haluan masing-masing malam ni. Sorang tidur dalam, sorang tidur luar. Seolah-olah apa yang mereka saling meluahkan tadi umpama siram air ke daun keladi. Cakap di mulut tetapi tidak di simpan di telinga. Aduhaii.... Bila nak baik-baik ni??

Last for today. Hari ni Dania cerita pasal watak hero dan heroin aje. Terima kasih sudi membaca. Boleh follow Dania ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience